Monday 4 February 2013

Pesakit dan doktor

Assalamualaikum

First sekali iman bersyukur masih diberi pinjaman nafas sehingga saat ni. Yang kedua iman terjumpa cerita yang penah diceritakan oleh ustaz iman zaman dulu2 dekat page sahabat iman. Subahanallah tergerak Allah nak tunjukkan cerita ni. Jom hayati serta fahami antara sesama. Allahurabbi.. Kita takde hak nk menilai orang.. Semoga cerita ni memberi pengajaran utk anda.. 

Pesakit dan doktor

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.


Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak ada rasa sebarang tanggungjawab?”


Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!”
jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamdulillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa sila tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis pembedahan, doktor perlu bergegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu terdiam.



  • Manusia biasanya hanya melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

  • Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.. Adakah anda seorang daripadanya? Sama-sama kita renungkan..

  • betul..manusia hanya nampak salah kita..mereka tidak thu ap yang kita lalui..apa yang terjadi...tapi xpo..Allah Maha Mengetahui pada setiap perbuatan serta tingkahlaku kita 



Allah Ta`ala berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman , jauhilah kebanyakan berprasangka , kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain " ( Al-Hujurat : 12)



21 comments

4 February 2013 at 07:30

huhu... sedihnya.

4 February 2013 at 08:10

kita kena selalu berbaik sangka...

4 February 2013 at 09:07

so sad...

4 February 2013 at 09:48

moga tembok kesabaran teguh dihati kita semua..tak kira saat sedang ditimpa musibah mahpun tatkala mendapat perkhabaran gembira.. :)

4 February 2013 at 09:54

betul tu. org selalu berprasangka buruk pada diri kite sedangkan dye tidak tahu hal sebenar.

*moga dijauhkan sifat sebegitu

4 February 2013 at 10:34

huh! main terjah marah2 ikut sesedap rasa jer...jgn la terlalu pentingkan diri sahaja...

kekdang tu sesuatu pengorbanan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...

4 February 2013 at 11:06

assalamualaikum, iman ;)
betul tu iman..doktor berusha utk org lain.tp ada org lain mengerti.jgn cepat menghukum sesorang

anda ditag.jom ambik cepat..hihi

http://lobaksusuegacontest.blogspot.com/2013/02/ga-2013.html

4 February 2013 at 13:54

sedih dan memang ada kebenarannya...jangan suka menjatuhkan kesimpulan,andaian sekiranya x tahu keadaan yang sebenar...

nice sharing iman... thumbs up...

4 February 2013 at 14:13

berbuat baik sesama manusia

4 February 2013 at 15:17

salam iman
Nice entry.

4 February 2013 at 16:18

deno baru post ttg cerita ni dua hari lepas.. sedih kan

4 February 2013 at 16:55

nice entry...

ni nak bagitau,semalam, wawa telah buat satu GA untuk korang semua!!!
hadiah untuk fes GA dari wawa ialah 4 botol perfume yang terdiri daripada maria sharapova,apple green,fantasy dan paris hilton. so, apa tunggu lagi, jom join skarang!!!

http://wawarosli.blogspot.com/2013/02/first-giveaway-by-wawa-rosli.html

4 February 2013 at 20:21

kadangkala kita sering fikirkan msalah sndiri tnpa fkirkan org lain ..
iqa bw dr segmen http://iqasyafiqa93.blogspot.com/2013/01/segmen-blogger-i2-sahabat-ku.html
follow sini !! ^^

4 February 2013 at 20:55

dh bce cter ni tp bce skali lg pon ttp sedih :'(

4 February 2013 at 21:13

ek akak nak like post ni.. nk share kt fb bleh x ? Allahu Akbar ~ sungguh mulia hati seorang doktor. terima kasih BK atas peringatan dn perkongsian sbegini. huhu

5 February 2013 at 00:15

betol tue..hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

5 February 2013 at 12:18

banyak nasihat drp cerita di atas=)betul jangan mudah beperasangka buruk pada org hanya Allah mengatahui..dan beperangsangka baik pada Allah dan yakin Allah sentiasa ada menolong kita.samada cepat atau lambat

6 February 2013 at 09:29

Akak dah baca kisah ni. Mmg tersentuh hati

7 February 2013 at 08:45

sha da bca kat FB nilah manusia zamn skg..xfkir lngsung prsan yg lain...huhu..mmg sdh

7 February 2013 at 11:53

pernah baca ni di FB

18 February 2013 at 20:22

jgn suka cari kesalahan orang..dan bersangka baiklah sesama insan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©