Tuesday 23 August 2011

Memohon kemanisan beribadah


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“ SOLAT ITU TIANG AGAMA (SESIAPA MENDIRIKANNYA 

BERERTI DIA MENDIRIKAN AGAMA, DAN SESIAPA 

YANG MENIGGALKANNYA BERERTI DIA 

MERUNTUHKANNYA) “

(Riwayat al-Dailami)



Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat:


1.   Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdalnya di masjid).

2.   Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3.   Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4.   Jangan bersolat dengan menagguh untuk membuang air besar atau air kecil.

5.   Memahami segala bacaan dalam solat.

6.   Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.

7.   Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yang terakhir.





Sumber: GenQ Isu 02

Terabai jika mengabaikan

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud: “(Mereka 

ditempatkan ) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat 

tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka 

berkata), `Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?’ Orang-

orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang 

yang mengerjakan solat.’ “



SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENIGGALKAN SOLAT


Orang yang meninggalkan solat akan ddiseksa dengan 15 seksaan; enam daripadanya 

akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi 

daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat.


6 SEKSAAN DITERIMA ALLAH:

1.    Usianya tiada keberkatan.

2.    Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.

3.    Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan.

4.    Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t

5.    Semua mahluk di dunia membencinya.

6.    Tidak menerina bahagian daripada doa untuk orang-orang yang soleh.



3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG:

1.    Matinya adalah dalam kehinaan.

2.    Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.

3.    Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga



3 SEKSAAN KETIKA BERADA DALAM KUBUR:

1.    Kuburnya disempitkan.

2.    Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.

3.    Ular yang dinamakan Shajkul Akrak aan menyeksa si mayat sehingga kiamat.



3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT:

1.    Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.

2.    Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang amat hina.

3.    Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.




Untuk mengelakkan daripada terabai, maka peliharalah solat kita melebihi 

daripada memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini. Jom lakukan!


Sumber: GenQ Isu 02

Wednesday 17 August 2011

Nuzul Al-Quran



Sejarah al-Quran: 

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.  

Erti Nuzul al-Quran:  

‘Nuzul’
 bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain: 

Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.

Proses Penurunan al-Quran:
 

Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
  

Kehebatan al-Quran:  

1.        Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) 
2.        Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 
3.        Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 
4.        Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:“dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23). 
5.        Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi s.a.w. 
6.        Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat. 
7.        Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud:“Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)
8.        Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”  

Tuntutan al-Quran:  

Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
1.        Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya. 
2.        Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan. 
3.        Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.  

Peringatan:  

1.        Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan. 
2.        Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. 
3.        Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. 
4.        Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
5.        Pesan Nabi s.a.w: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). 



Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin. 

(Petikan Asal:
 Education Malaysia, Washington D.C.)


Tuesday 16 August 2011


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, 
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah 
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan 
membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..
  

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

tentangcinta.com

Abah,ita nak tangan ita balik,cepatlah bagi




Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis…
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imagina sinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !’
‘Saya tak tahu Tuan..! ‘
‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantikkan!’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam..’ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….
‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….”

sumber : usrahonline.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©