Thursday 31 March 2011

The secret of suarh Yasin

Kita selalu baca surah yassin, tapi lupa untuk berniat seperti yang di bawah ni. Disini ana ingin berkogsi ilmu sedikit yang tidak seberapa ini.Rugi pulak rasanya...Kisahnya bermula disini...


> My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding
> profusely akibat pendarahan dalaman. Ketika itu jam 10 malam.

>
Panic, apa nak dibuat? Mak, ayah semua nya dah arwah.
>
Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him
>
what we should do? He said ' baca ayat 58 dr surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut'.
>So my niece pun
buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god, what a miracle,

> alhamdullilah, leganya.

> From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu > bantuan menghentikan pendarahan. Yakinlah dgn ayat2 allah.

< Al-Quran & sunnah petunjuk ku >
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

 

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kaliuntuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.



Jika boleh niatkan sebegini:


 1) YA-ALLAH YA-RAHIM
ampuni dosa-dosa ku serta saudara mara ku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN
 kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam


3) YA-ALLAH YA-RAZZAK
 kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.


4) YA-ALLAH YA-JABBAR
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini


5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin


6) YA-ALLAH YA-WADUUD
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....AMINnnnn


tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana ialah.Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...(^_^)



Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih,

Tuesday 29 March 2011

Sahabat


Friendship is the hardest thing in the world to explain
it`s not something you learned on school
But if you haven`t learned the meaning of friendship
You really haven`t learned anything


♥♥♥♥♥♥ MeLOdi KITa beRSAma ♥♥♥♥♥♥




Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
walau maut menjadi nohtahnya
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa 
dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya








Sahabat yang amat diperlukan pada setiap masa seperti udara
Jika dia terputus darimu maka engkau akan mati
Dia adalah sahabat yang dapat mendekatkan dirimu kepada ALLAH

Sahabat seperti penyakit 
Adalah sahabat yang perlu jauhi
dialah yang mendekatkan dirimu kepada neraka





ukwah fillah abadan abada







Saturday 26 March 2011

Mata terpana membicarakan segala-segalanya....

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?
" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan 
itu Allah telah  menurunkan ayat berikut:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)



Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "


Al-Quran


Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.
Firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "




Bukti DicintaiNya


Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "




Siapa Bertakhta Di Hati ?


Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "
(At-Taubah: 24)


Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Ah lan wa sahlan

assalamualaikum w.b.t.....

alhamdulillah tangan di tadah memanjat syukur kehadrat illahi kerana memberi peluang kepada ana untuk menghasilkan `Mimbar Hatiku`....
ana seorang hamba yang sedang merangkak untuk mempelajari blog selepas membaca blog2 sahabat ana..
secara auto nyer hati ana terdetik untuk menghasilkan nya..
alhamdulillah dengan rasmi nya...

                                     Tarikh : 21 Rabial akhir 1432 (26 March 2011)
                                     Hari    : Sabtu
                                     Cuaca : Nyaman..alhamdulillah
                                     Waktu : Azan Asar


dengan lafaz bismillah ana merasmikan blog "Mimbar Hatiku "....semoge ana dapat menggunakan dengan sehabis baik 
jazakallah...amin

Nama d beri oleh ayahbonda....Nurul Imaniah Binti Salleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©