Wednesday 25 June 2014

Santai : Angka 7 Dalam Ciptaan ALLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernafas, masih diberi pilihan untuk hidup. Iman pun tak nak cakap banyak, cuma nak kongsi sedikit ilmu pagi ni. Angka 7 dalam ciptaan ALLAH yang cukup mempesonakan. Bila baca, ada yang meremang bulu roma. Ya ALLAH, ilmu aku masih tidak cukup, amal aku masih belum sempurna, masih ada waktu ke untuk aku melakukan nya? Tepuk dada, tanya iman  T___ T


Monday 23 June 2014

Pengalaman Temuduga Ijazah Kejuruteaan Awam UPNM

Assalamualaikum

Lama punya citer ni. Hari tu kan iman ada dapat panggilan temuduga, so macam biasa lah. Confirm la kena pergi dengan hati yang berat & malas. Merengek-rengek macam bebudak, merayu dekat kawan tak nak pergi. Siap dah sampai depan dewan, boleh lagi tarik kawan ajak balik. Macam biasa ayat kawan iman ni macam emak-emak " jangan nak ngada-ngada. dah sampai ni tak kan nak balik. cepat masuk! ". Rasa nak nangis time tu. Rasa macam kena 'penjara' je. Ops lupa. Panggilan dari UPNM ni ambil dua intake untuk budak kadet & awam. Kadet tu khas untuk bakal-bakal tentera yang confirm keluar je berkhidmat dengan ATM, manakala awam pula macam student biasa dekat U lain.

UPNM SINCE 2006


Tepat jam 8.30pagi, kami diminta berbaris untuk pemeriksaan fizikal. Beratur jangan cakap lah, panjang ya Robb, sakit kaki lah, sakit hati lah, sakit jiwa lah. Sampai turn iman, check penglihatan mata. Ok done lulus, next check BMI. Ini paling takut sebab iman sendiri dah tahu obes. Serius kot, naik-naik timbang calculate BMI meme obes. Pen merah kot.. Iman lah first kot yang kena pen merah. Next check BP, ok normal je. Sampai je dekat pegawai perubatan tu, dah tak tanya apa-apa. Sedangkan before-before iman, pegawai akan tanya " kamu ada masalah asthma atau sakit-sakit badan yang serius". Iman??? Confirm lah tak tanya sebab dah ada pen merah. Ok done sesi pemeriksaan fizikal.

Next baru temuduga untuk akademik. Temuduga akademik dyorang buat kat fakulti sendiri-sendiri. Sakit kaki yang tadi tak habis lagi, ni suh berjalan laju pula. Tahan je la. Macam biasa akan berkumpul, then ada urusetia akan tanya siapa nak volunteer dulu. Iman tanpa berfikir, nak jadi volunteer sebab pikir satu je. NAK CEPAT BALIK. Ok sesi temuduga bermula.

Ada 3 orang panel, dan calon akan masuk sekali 2orang iman & partner. Jom iman kongsi apa yang panel tanya & suka bertanya :

  1. Can you introduce urself? ( jawab WAJIB dalam b.i sebab bila panel tanya dalam b.i, jawab dalam b.i. Bila kita tanya bolah jawab tak dalam bm, dia akan tanya reason kenapa tak nak jwb dalam b.i).
  2. Why u interested to study here? ( pandai-pandai la menjawab).
  3. Masih ingat subjek teori struktur? Macam mana lakaran daya ricah, daya lenturan. ( Ini main belasah je. Partner kalut, iman pun kalut. Last-last partner dapat jawab).
  4. U mana lagi apply selain UPNM? ( iman cnfrm jawab benda yang betul, kebetulan partner sependapat dengan iman).
  5. Based on ur spm result in ur add math it`s very worst, when u join poli ur eng math very excellent? Why? ( aku jawab sejujurnya & apa yang aku rasa).

Inilah gambaran soalan-soalan untuk bidang iman. Macam biasalah, bila diterima mereka pesan jangan nak 'beranak' time blajo.Sebabnya risk la, kan itu U yang melatih ketenteraan. Sebelum balik, dyorang akan bagi kita kertas untuk tolak mata kredit bila diterima nanti. Meme niat nak tolak, jimat waktu. Tapi bila seakan 'ayat pedas' tu, terus tak jadi tolak. Ok itu je pengalaman iman. Dan ini pertama kali iman interview untuk sambung belajar. Ada rezeki tak kemana. Insya ALLAH...

Friday 20 June 2014

Renew Lesen Di Pos Malaysia

Assalamualaikum

Lesen semakin hari semakin expired tunggu waktu nak direnew. Yela iman renew dua tahun sekali. Tapi tahun ni macam ongkosnya kurang. So ukur baju pada badan sendiri la. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan hari ni walau hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Ikutkan hati nak je sambung tido, tapi memikirkan 'denda' kalau lambat renew terus tak jadi. Proses renew lesen sekejap je sebab tak ramai orang. Selalunya ramai dekat Pos ofis. Tapi hari ni lengang sangat-sangat. Iman dapat no giliran pun lagi dua giliran nombor iman. Datang 9.25pagi siap 9.35 pagi. Siap boleh pergi JPN tentang pembaharuan IC iman.


Bila nombor dipanggil, just bagi lesen & ic kita je. Bagitau nak renew setahun ke, dua tahun. Rate untuk setahun sepatutnya RM30, tapi tadi iman RM32 plus service tax kot. Kalau dekat JPJ mungkin RM30 je. Lupa pula, kalau renew lambat lepas tarikh expired secara automatic kita kena renew dua tahun RM60. Ini sebab terjadi dekat akk iman awal tahun hari tu. Then kena tunggu sekejap lesen baru tu. Bila dah siap ini hasilnya.




Lesen baru kali ni meme dia scan dari ic. Macam mana gambar kita, macam tu lah dekat lesen. Tapi kalau tak silap iman, dekat JPJ boleh scan dengan gambar pasport yang kita bawak kan? Yang tu iman tak berapa nak sure. Kelakar la lesen baru iman sebab iman tak buat lagi ic yang baru. Ingat nak tukar tapi bz sokmo. Lesen lama dah boleh simpan dalam kotak sambil buat frame hehehe....


Baru-baru ni ada roadblock, so macam biasa motor confirm kena tahan walau tak ada wat salah. First time abam polis tegur iman macam tu.Tegur apa? SSSShhhhh... Nanti iman citer lain. So siapa-siapa yang nak renew lesen dekat Pos Malaysia,proses nya macam iman terang dekat atas lah. Harap dapat membantu siapa yang nak renew. Kenapa iman tak buat dekat JPJ? JPJ dekat bangi ni ada satu je, kena kongsi dengan semua daerah Hulu Langat. Selalu ramai sampai kena tunggu dekat luar. Padahal JPJ tu ofisnya besar. Buka 7.45 pg, bayangkan kalau datang pukul 8pagi nombor dah beratus-ratus. Tu yang tak sanggup. So pilihan yang bijak dan ringkas, POS MALAYSIA je la.




Wish Birthday Awal

Assalamualaikum

Balik dari renew lesen, saja nak buka Google. Sekali tengok terkejut. Awat awal sangat Mr. Google wish awal-awal ni. Padahal hari ni birthday my future husband (INSYA ALLAH).Confus jugak la kan. Tapi apa-apa pun terima kasih la wish awal-awal ni. Mr. Google orang ketiga yang wish awal. First wish, New York Skin Care Solution, second my Celcom bonus hari jadi & 3rd Mr. Google. Terima kasih ^_^. Ada sape-sape nk wish awl lagi tak hehehhe...



Tuesday 17 June 2014

Bila Octupus Serba Salah

Assalamualaikum

Hahaha..kelakar la bukak Google baru sat ni. Dah dia pi buat butang play, try tekan. Ceh ingat kan apa ke bendanya. Hamekaw bila octupas ' Paul ' , rasa serba salah dalam memilih. Macam tu pun ada ke? Memang santai la tengok Octupus ni ^_^


PIPA punya cerita, Octupus jadi mangsa

Monday 16 June 2014

Bila Kita Melakukan Urusan NYA, aLLAH Akan Permudahkan Urusan Kita

Assalamualaikum

Tanggal 5 Jun 2014 bersamaan hari Khamis jam 530ptg dengan selamatnya, anak buah iman LUQMAN HAKIM BIN KAMARULZAMAN & MUHAMMAD SOBRI BIN AHMAD selamat menaiki kapal terbang Yaman Air. Abg Hakim baru berumur 15tahun, Sobri pula 20tahun dan menyambung pelajaran nya di Yaman bersama-sama sahabat perjuangan. Alhamdulillah berkat dengan ketabahan, iman dapat menahan air mata mengalir keluar. Bayangkan macam mana perpisahan itu bermula. Tapi kami redha. Akk pun dah selamat melafazkan " BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, IBU LEPASKAN & IZINKAN ABG DISANA. ALLAH TOLONG JAGA, APA YANG TERJADI DISANA, AKU PASRAH & REDHA".

Insya allah, mereka akan berada disana selama 5tahun. Akk dah pesan, selagi tak habis, tak khatam kitab & Al-Quran, akk tak izinkan Abg Hakim balik. Allahu... besarnya pengorbanan akk. Kadang-kadang iman pun tak mampu nak hadapi. Tapi alhamdulillah, sepanjang urusan Abg Hakim & Sobri kesana amat dipermudahkan malah bertambah rezeki itu. Satu je pesan akk dekat iman " BILA KITA MELAKUKAN URUSAN ALLAH, ALLAH AKAN PERMUDAHKAN URUSAN KITA." ALLAHUAKBAR......

Apa yang boleh iman & keluarga titipkan hanyalah doa yang mampu disampaikan untuk menghilangkan kerinduan ini. Iman anggap ini pengorbanan kami sekeluarga untuk menghadapi ujian ini. Sekarang family iman dah ada family angkat baru. Nanti next entry iman cerita. Semoga doa kami, ALLAH akan sampaikan.


Abg Hakim & Kak Rabiatul ( Ank buah sulung)

Dua belah family


Pelukan & sentuhan terakhir
Para sahabat handai yang berjuang bersama


Lambaian yang terakhir

JANGAN Cabut Bulu Dia!!

Assalamualaikum

Menjerit-jerit iman cakap dengan Si Gemuk ni usah dicabut bulu nya. Dia nak try jugak cabut. Konon-kononnya nak try hidup ke idak monyet tu. Tapi Adik was-was nak pegang. Takut hidup je. Ops!! 18SX jangan tengok gambar ni. Adik nak cabut bulu monyet tu kang fikir lain pula.



Sunday 15 June 2014

CPUV : Huawei Ascend P7 & uMobile Prepaid Free Meal

Assalamualaikum

Macam biasa dan tiada yang luar biasa nyer, aktiviti iman mesti intai En Nuff ada melekat tak. Alhamdulillah ada la melekat sekali dua CPUV Huawei Ascend P7 & uMobile Prepaid Free Meal. Maknya yang tengah on going 5 CPUV dalam bulan Jun 2014. Tapi betul kata +PakcikLie PCL , iklan CPUV : Tune Money - Big Travel Wish tak ada langsung tapi dalam Nuffnang ada pulak. Mungkin time iman tengok, iklan menyorok la kot. Nanti mana yang nampak klik semua iklan kat bawah ye. Nak duit raya ni, nak shopping kat Zalora kalau ada rezeki nya. TQ En Nuff & Kaki Bloggers!



Wednesday 11 June 2014

CPUV : Tune Money - Big Travel Wish

Assalamualaikum

Ehem..ehem.. aktiviti biasa sebelum tido mesti check En Nuff dulu. Nak pastikan 'dia' sihat sokmo, makan cukup, duit cukup....eh???hehehe... malam sat g tidoq lena la iman sebab melekat lagi satu iklan En Nuff bagi tadi iaitu Tune Money - Big Travel Wish. So sekarang yang on going ada 3 total nya. Tu sape-sape ada nampak iklan  Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton tolong klik jugak ye. Tolong la, iman ingat nk kumpul sampai raya. TQ semua.. nak update pasal pengalaman temuduga ni.



Monday 9 June 2014

CPUV : Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. bila En Nuff dah kredit kan semua iklan yang dia dah bagi, kali ni En Nuff bagi 'duit' sekali dua. Alhamdulillah... semoga rezeki untuk ku & sahabat ku bertambah. Ate sape-sape nampak iklan Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton tolong sangat-sangat klik la ek. Iman baru nak merasa duit En Nuff. Kot-kot dapat cash out, boleh shopping kat Zalora.


Sunday 1 June 2014

Temuduga Pelajar Lepasan STPM Sesi Akademik 2014/2015 UPNM

Assalamualaikum

Alhamdulillah... iman dengan senang hati dan gembira menerima akan menghadiri temuduga itu selepas membuat penyemakan keputusan sesi temuduga UPNM. Nama pun sudah tercalon, maka nya iman pun akan menghadiri sesi temuduga berikut. Pelik??? Kenapa pula nak pelik? Sebab sambung belajar kena temuduga juga ke? Sedangkan iman bukan ambil subjek untuk pendidikan. Ermm.. yela kena temuduga juga untuk subjek iman ni. Mana tak nya, ini kan UPNM. Nak-nak askar pula, mestilah kena temuduga. Nak pilih yang terbaik untuk U mereka. Tapi iman dapat untuk pelajar Awam bukan kadet, so iman tak kan ikut Latihan Ketenteraan cuma wajib ikut PALAPES je andai dapat la masuk U ni. Prepare nak interview selasa ni ! 


#perlu belajar dari basic!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©