Thursday 28 February 2013

Doakan BK

Assalamualaikum

Wah.. tajuk macam ada buat salah je kan. BK nak bagitau buat sementara BK tak boleh nak update, tak boleh nak bagi komitmen untuk berblog buat sementara waktu lagi-lagi sedang menghitung hari keberangkatan dua insan yang BK sayang. Bukan BK tak nak join semua, tak nak BW cuma selepas keberangkatan  mereka, BK banyak komitmen nak buat. Insyallah BK akan kembali semula tapi tak ada la sampai sebulan. Doakan BK dapat melakukan komitmen dengan baik, sempurna dan lancar. Maafkan BK andai selama BK kenal semua kawan-kawan ada yang membuatkan hati terguris ke. Siapa-siapa ada yang tak puas hati ngn BK bagitau tau. BK tak marah pon =)


Redup wajahmu menguatkan hati BK lagi


Insyallah jika BK berkesempatan berBW, BK akan cuba tapi BK akan mendahulukan komitmen BK yer. Andai ada apa-apa pertanyaan boleh tinggal dalam cbox, msg atau email BK. Waallahualam =)



Doakn BK

Wednesday 27 February 2013

Sentiasa siang???

Assalamualaikum

Tadi time koje BK ada selak satu surat khabar ni then BK tertarik dengan fakta ni.


perhatikan betol-betol dalam kotak tu

Ok BK tak ada nak salahkan sape2 tapi BK rasa kawan-kawan boleh fikir kot. Apa pandangan dan ayat yang terlintas dalam kepala kita sekarang bila baca fakta tu. Ok itu fakta BK tau tapi ayat sentiasa siang???? BK pikir dah melanggar sunnatulallah tu tapi pe pandangan kawan-kawan pulak?

Tuesday 26 February 2013

Segmen : Saya Suka Makan...

Assalamualaikum

Biasalah bila dah masuk first day keje petang dah lemau dok teringat bantal, tilam dan selimut. Cuaca pon buat BK uiiiii... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sambil menghitung hari pemergian dua insan tersayang, BK nak join segmen yang BK like sangat-sangat kalau bukan segmen saya suka makan. Semgmen ni sama dengan segmen sebelum ni BK ada masuk by Paly. Tapi BK join je la..

klik banner

BK suke makan macam-macam kalau tak percaya ce tengok sini. Paling bez petai, budu, ayam goreng, big apple, teh o be. Tapi kali ni BK nak cter salah satu peberet BK. Makanan ni kalau kita makan sorang pon dah muak la sebab krim dia memuak kan. Tapi..tapi sedap tau. Tak caya? Ce try beli. Kalau agak-agak tak lalu nak abiskan, kol je BK cnfrm BK boleh tolong habiskan. BK selalu beli 6pcs atau 12pcs je dan paling paling feveret almond donut. Takcaya lagi? Ce try beli dulu sedap ke tak sedap. Kalau tak sedap meh bagi BK rasa plak hehe..Anak buah BK pon suke gak tapi ske makan yang krim je xaci betoi. Tak caya? Meh la nak tunjuk sikit.


Tengok bukti ni..caya tak?

BK suka gak makanan sampingan lain nak tau pe mende? Yang berkaitan dengan kek. BK ni kalau datang `hantu teringin' mesti shoot gi kedai kek crik kek tak kisah la mcm mana pon. Tak caya?


Biarlah gambar berbicara cewaaahh...

Jangan lupe baca hard rock cafe bandung yer..sekian ^_^

p/s: BK syg keluarga BK, mak, ayah, abg2, akk2, adik, ipar duai, nenek...BK tak nak mereka gaduh sehingga melukakn hati sesama sendiri. BK sayang dyorg walau pahit sangat BK nak lalui =(

Monday 25 February 2013

Misi Bloglist By Cik Zara

Assalamualaikum

Monday blues coming again!


klik banner

BK nak tag Miszrockers & Deno

Sunday 24 February 2013

Hard Rock Cafe Bandung... Terima Kasih

Assalamualaikum

Ingat tak beberapa haru lepas BK ada dapat baju i LIKE Navy dari someone? Tapi BK tak bagitau lagi kan siapa insan yang bagi kan? Rahsia dulu sekarang BK nak review hadiah dari seorang kawan jawa ni Wak Gelas jawa mali ma. BK tak malu pon kadang-kadang speaking jowo dengan Wak. Tapi ada ayat-ayat yang BK sendirik pon tak paham. Jangan tak tahu yer BK anak dan keturunan jawa tau. Dalam tahun ni Wak dengan family terloving pergi makan-makan angin kat Bandung sempena ulangtahun kelahiran Wak, so tanpa segan BK suh Wak belikan ole-ole dari sne. Nak tengok apa yang BK dapat? 


Ole-ole bandung

dapat `surat cinta' lagi

Baju dan stick pe ntah. BK pon tak tahu tapi BK simpan lagi. Untunglah BK dapat baju dah da dalam awal tahun ni. Kot-kot ada sape2 yang pergi holiday tu jangan lupe beli ole-ole yer. Kot-kot rezeki BK nak dapat baju lagi hehehe.. Terima Kasih Wak. Wak siap buat statement untuk bebudak yang tak malu nak tak segan mintak ole-ole. Ok fine kami suke dengar statement tu. Terima Kasih Wak... Hidup wong jowo!




Terima Kasih Pada Si Dia

Assalamualaikum

Senyum manis pepagi ni walau ada yang pahit nak ditelan. Ingat pepagi nak review hadiah dari someone yang encem, tapi terpaksa di tunda. Baca kat cbox..aik mende ni? Tapi xpe, BK tak marah langsung pon cz BK tak ada perasaan nak marah-marah pepagi barakaha ni. Tapi selalunya BK hangin jugak, cuma akhir-akhir ni BK susah nak marah sangat penangan cerita ' Jangan Ganggu Aku' malam tadi. BK positif je terhadap si dia yang meninggalkan pesanan kt cbox pagi ni. Mungkin dia tertekan tak pon ada org nak aniayai dia. Kesian kat dia, kesian kat BK la macam ni. Tapi tak pe, untuk si dia terima kasih tau. BK tak marah pon malah nak ucap syukur alhamdulillah. Kalau si dia tak suke BK, BK tak marah malah mengalu-alukan si dia berhadapan dengan BK atau send je email kat BK baru boleh settle, baru gentle. Terima kasih lagi untuk si dia. Beberapa hari lepas baru je BK baca dekat Papa Blogger tentang haters kat dalam cbox, then sekarang turn BK plak. Sabar je la..

Terima Kasih

BK tetap berpeganga pada kata-kata ni..




Saturday 23 February 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum

Weekend coming again!




Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday 22 February 2013

Beribadah dijalan NYA

Assalamualaikum

menghitung hari je

BK petang ni hanya bertemankan lappy sambil pasang radio IKIM tetibe air mata bergenang bila sesi Usrah menceritakan tentang dosa seorang anak kepada ibunya. Eh! Kenapa BK sedih ni? Kenapa sayu je? Kenapa tetibe `slide show' masa silam ditayangkan?? Time ni la baru ingat kat mak. Ustaz pesan kalau kita tetibe teringat mak ayah, sedekahkan al fatihah banyak2..Al Fatihah. BK hanya nak bagitau hanya ada beberapa hari lagi, dua insan kesayangan BK akan pergi mengerjakan salah satu suruhan NYA. Kalau nak dikira dengan saat, masa tu terlama tapi bila dikira dengan hari tolak jam tidur, ibadah, harian...Masyallah kejap je waktu yang di nanti tu. Insan kesayangan BK ni akan meninggalkan 3 orang anak dan anak yang bongsu berumur 4tahun yang masih kecil dimata manusia untuk pergi kesana. Pernah gak BK bertanya.

" sampai hati ke nak tingggal adik ni? Kecik ag kot kang melalak cmne? "
" Sampai hati sangat-sangat kerana mengejar dan meraih cintaNYA. Ala nangis 2 kejap-kejap je kang lama-lama ok la tu"

Bagi BK sendiri pun beratnya hati nak lepaskan insan2 tersayang ni pergi. Sayu, sebak jangan cakap la. Tapi BK sempat mintak kepada mereka supaya mendoakan BK serta keluarga yang baik-baik. Kepada org yang BK sayang tu, ada pesanan sikit. Ingat semasa kita melakukan ibadah ni, ingat lah ni adalah jihad mu dijalan ALLAH. Jadikan ibadah ini satu titik untuk melihat kebesaran NYA yang sering kita terlupa mahupun bersyukur. Amin.. semoge selamat pergi dan selamat pulang  =(. (Insyallah apa yang insan kesygn BK tu impikan akan tercapai dalam masa beberapa hari lagi je)

“Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

(Blog) Mari masuk henfon PCL

Assalamualaikum

Pagi jumaat sepatutunya BK kena la masukkan tazkirah tapi mukadimah BK nak join PCL punyer fon. Jika dapat masuk bangga la BK nak memenuhkan GB nset PCL ni. Ops PCL suke BW gune fon katanya, tapi BK punyer nset murah tak ley nak berinternet...harap maklum je la. Jom serbu sini.


klik banner

Thursday 21 February 2013

Apa sudah jadi?

Assalamualaikum

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus plan-plan. Owh masih bernyawa lagi..terima kasih ya rabb masih memberi nikmat MU ini kepada kami hamba-hamba yang kerdil. Mood pepagi macam biasa la sentiasa chomel dengan sikap positif walau akhir-akhir ni banyak dugaan mendatang. Hanya mampu senyum tanpa sebarang balasan kata-kata serta perbuataan. Ok pagi ni BK nak tanya, sape pagi-pagi dah tengok email? BK tak tahu lah samada BK je ke yang jadi macam ni tapi pepagi nk check email jadik mcm ni plak.


Ha..jadik macam ni plak

Kawan-kawan pon sama macam BK tak? Tapi rasa malam tadi BK tak ada pon setting pape. Bila jadik macam ni mula lah dah pikir bukan-bukan cz akan cakap " Alamak sape tangan gatal tukar-tukar ni ". Juz nak kepastian samada anda semua pon jadik macam BK tak?


Jangan lupa baca i LIKE Navy  ^_^

Wednesday 20 February 2013

i LIKE Navy... terima kasih

Assalamualaikum

"Pin..pin assalamualaikum kak, tolong sain sini. Ada barang nak bagi... "

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.


Markas tentera laut?????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaa....

ops!! Navy?

Terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang memberi baju i LIKE Navy. Kelas gitu walau BK kaw-kaw buat statement tentang navy tu. Nak tau tak dari sape? Tunggu entri seterusnya. Lupa nak cakap yang dalam awal tahun ni je BK dah dapat 2 helai baju dari dua blogger ensem & chantek. Tunggu BK buat entri  ^_^


Top 3 Kawasan Rehlah

Assalamualaikum

Ate sape-sape yang suke ber rehlah bersama kawan-kawan dan keluarga BK mencadangkan top 3 bagi kawasan tersebut. Mungkin ada yang kata.."yeke?bukan ke tempat tu blah..blah..tettttttttttt ", tapi terpulang masing-masing yer. BK cuma mencadangkan jer.


1) Taman Botani, Putrajaya


Tu dia..siapa tak kenal tempat ni. Tempat ni BK paling syiok jalan-jalan lenggang kangkung sambil pose ngada-ngada kat sana. Tapi itu zaman abad berapa BK datang sini. Dah lama BK tak gi sini sebab kekangan masa yang cemburu kot. Siapa yang suke cycling tu boleh la try sini. Basikal disewa dengan harga RM2/sejam pada hari biasa dan RM4/sejam pada hujung minggu. Sambil cycling, sambil pose-pose gambar sambil itu juga kita boleh mentadabbur alam.


2) Sungai Congkak, Selangor


BK tak berapa nak tahu pasal Sungai Congkak cz BK pon xpenah jejak sana. Walau rumah selangkah kera tak pernah pergi sana. Akk BK dolu-dolu rajinlah pergi sana, dengan tak mandi relax je. Taik mata ada lagi, siap bawak bekal, syampu lah, shower la paling penting tikar. Apa yang menarik disini ialah sungai yang cantik dan sangat sesai untuk picnic dan tadabbur alam. Bagi yang baru nak jinak-jinak nak tahu, tempat ni menyediakan chalet dengan harga yang berpatutan. BK tak pasti samada bayaran masuk dikenakan atau tak.


3) Lata Kinjang, Perak


Jangan tanya BK kenapa diberikan nama Lata Kinjang tu tau. BK banyak kali penah lalu dekat area sini waktu nak naik Cameron Highlands. Bila BK dari Tapah, BK kena lau Lata Kinjang dulu baru naik CH. Ramainya manusia jangan cakap la dengan kawasan yang sempit sikit. Kedudukannya betul-betul dekat selekoh maut. Kalau ada kenderaan besar lalu macam lori atau bas, dyorg kena bunyikan hon nak mengtakan dyorg tengah lalu nak mengelakkan buat drift maut kat situ. Cuma bagi BK bahaya sikit dekat jalan la cz kenderaan dri atas bukit nak turun takut brek tak lekat je. Apa yang menarik dekat sini ialah pemandangan dan suasana nya sangat cantik lagi-lagi jika kita lihat dari bahagian atas. Cuma sedikit bahaya la bila waktu hujan. Itu semua sudah maklum kan.


Apa macam ada plan mana-mana tak untuk hujung bulan3 ni? Bawak si comel-si comel anda pergi bercuti, explorace tentang alam, aktiviti lasak ke ok kan? BK cnfrm la dah plan memplan ni untuk pergi ke CH. Dah booking pon xsabar je nak pergi walau dah pergi banyak kali. Jom kita mentadabbur alam  ^_^.




tadabbur = menghayati
rehlah = berkelah, piknik,berkunjung

Tuesday 19 February 2013

Berbaloi ke?

Assalamualaikum

Terima kasih kepada seorang akk tu tegur BK sampai kata dia tau tahu nak komen cz asyik en3 segmen je. Yela kak, BK akan cuba sedaya upaya buat en3 selain segmen yer. Dah2 jangan jemu datang sini lagi tau, BK suke komen chomel tu ^_^. Ok sekarang hangat dicorong-corong radio, televisyen, media serta pelosok-pelosok negeri kejiranan tentang amah yang melambung dan mendera baby di Kuantan. Berita terbaru amah tersebut dijatuhkan hukuman sebanyak 20 tahun penjara. BK tertanya-tanya adakah hukuman yang diberi ni setimpal dengan apa yang di dah buat? Biar Allah melakukan yang selebihnya atas apa yang telah dia lakukan didunia. Insyallah semoge Allah memberi hidayah kepada insan yang mempunyai `hobi` seperti dia.





`Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama denganya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya, sedangkan mereka tidak dianiaya (sedikit pun) '  [ Al- An`am : 160 ]



Monday 18 February 2013

Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly

Assalamualaikum

Weekend coming again! Jom join photo contest by si dia.

klik banner




BK nak try letak pic ni..xkisah la menang ke kalah paling penting ayat dekat gambar 2 ok  tapi kalau rezeki BK menang alhamdulillah . Nak bagitau yang BK belom ada anak lagi tau dan belom kawin lagi. Untuk en Paly, mungkin ayat2 kat bawah tak ada mengena dengan gambar tapi itu yang BK nak sampaikan ^_^


Ops!! BK hanya mak cik `angkat` je
Ujian Allah

Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita, Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita, itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa sahaja...semuanya ujian untuk kita. Ujian itu kita lebih mendekatkan diri padaNYA. DIA amat merindui setiap doa-doa kita...subahanallah





Sunday 17 February 2013

Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013

Assalamualaikum

Sebelum ciap2 nak g kuliah dhuha nak join segmen budak civil ni. Macam bese la weekend coming so memringankan tangan la join macam-macam.


klik banner

Yang anda semua kena tahu, si dia ni stdy kat UTHM. Dulu BK meme target nak msuk UTHM tapi tak ada rezeki laz2 abg BK dapat smbg sne. By d way goodluck in ur stdy frenz.

Saturday 16 February 2013

Kempen Jejak Blogger , Tambah Follower 2013

Assalamualaikum

Weekend coming again!


klik banner

Tu dia...BK rasa laz BK guna perkataan `kempen` time buat karangan sekolah menengah la. Bila dah besaq ni guna jumpa plak si kempen ni. Terima kasih banyak2 la pada si fizi ni berusaha berkempen melalui chat, fb, utueb(barangkali). Jom support fizi.

Petikan blog BK 

Tak tau la apa fizi, BK belasah sesuke hati je agak2 nak tulis BK tulis la. Kalau tak nak tulis BK taip, kalau tak nak taip BK gosip tempat lain tak pon paling malas sgt2 BK nengok sambil scroll je.

Trademark BK

Tu dia... ha 2 la kot trademark BK. Tapi xjugak ikut suke BK gak. Tapi banyak guna 2 la.. Tu dia pening si fizi nak melayan BK.

Short Segmen:Syazana Mencari Bloglist

Assalamualaikum

Weekend coming again!

klik banner

Nama pon simple dan meme simple n sempoi...

GIVEAWAY GOSSIP GIRL

Assalamualaikum

Weekend coming!!! Time to join GA, segmen, kaki gosip, ngumpat2 eceh eceh...Jom join gosip girl.


klik banner

Sorry 2 says kat si dia cz BK xd banner dan tak tahu nak letak. Maafkan BK secara jujur BK berkata sedemikian. BK support GA u girl

10 peringatan bumi

Assalamualaikm

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku…

HIDUP ini Hanya sementara di dunia ini….akhirat yang patot dikejar….INSYA ALLAH. takotlah anda kepada azab yang bakal mnimpa kamu sekalian..

Friday 15 February 2013

Moga selamat ya ^_^

Assalamualaikum

Bila dah hari jumaat mood nak pergi koje mesti dah malas2, siapa ada rasa macam BK? Tak taulah pasai apa, agak2 nya memang dah set dalam kepala comel ni yang hari ni M sokmo. Ops ingat tak lagi entri BK pasal milik siapakah hadiah misteri ? Ok BK dah pon selamat membahagikan semua sama rata jadik jangan gadoh2 tau. Anda semua kan comel2 belaka jadi tak mo gaduh-gaduh tau. BK dah pon selamat pos hari ni. Insyallah dalam masa seminggu sampai la hadiah tu pada tuan baru. Kalau dah sampai beritahu BK ek, bukan apa takut tak sampai la. Tapi BK memberi sepenuh kepercayaan sebagai customer pada abg posmen. Terimalah dengan hati yang terbuka..eceh eceh. Terima kasih semua.



semoge selamat sampai..maaf andai ada kekurangan

Makanan Kegemaran RASULULAH S.A.W

Assalamualaikum

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. SusuNabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak ZaitunRawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. DelimaMembersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. AirMinuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Thursday 14 February 2013

Rezeki jangan ditolak

Assalamualaikum

Orang kata rezeki diberi jangan nak ditolak. So BK buat keputusan akan terima rezeki ni tapi pangkah tetap pangkah la. Orang memberi kita merasa. BK mencuba nasib je tup..tup rezeki mai bergolek tapi kena usaha la. BK rasa mende alah ni akan settle sebelum PRU13 la cz cukup bulan 3 nh maka diisytiharkan PRU cukup 4tahun la. Mau mogok rakyat kalau mende alah ni tak dapat sebelum PRU13.


jeng..jeng..jeng

BK check online email je tapi nak tunggu bukan sekejap. Ce nengok bukti bila BK send email & di reply 5 hari selepas tu. Kawan BK try kol almaklum asyik engaged je la so inesatifnya tryla check online by email ok. BK bagi contoh dan link untuk siapa yang belom mendaftar dan check. Kalau kwn2 yang nak apply dia ada mintak no acc kan, so better bagi maybank acc tau. BK agak2 je hehehe...

Borang BR1M Online ]

[ check gune email ]




Ingatla pesan BK sempena PRU13 yang bakal menjelma ni. Kita bertanggungjawab dalam memilih pemimpin yang adil kerana kita di akhirat akan disoal kenapa kita memilih pemimpin tersebut. Mungkin depan manusia kita boleh bagi jawapan macam2 dengan angkuh tapi depan ALLAH terkelu lidah untuk berkata walau 1 huruf sekalipon.



Wednesday 13 February 2013

Segmen Header Siapa Paling awesome?

Assalamualaikum


Tadaaa....




Inilah header yang iman akan mencuba nasib. Ni header yang iman dapat menang dari si dia tau. Tak menang tak pe cz niat iman saje2 nak tambah kawan dan appreciate si dia je. Jom klik sini


Milik siapakah?

Assalamualaikum




Milik siapa hadiah misteri dalam ni? Tunggu je la ek. Walau tak mahal, tak besar, tak berdiamond tapi ikhlas dari hati  ^_^

Alfatihah sahabat seperjuangan

Assalamualaikum

Allah Rohman Allah Rohim.. semalam BK dikejutkan dengan perginnya seorang blogger terkenal kalau bukan arwah bro jejai. Arwah menghidapi kanser stage ke4. Bk start mengikuti perkembangan arwah start di sinisini dan akhirnya sini. BK ada gak baca-baca tentang arwah di blog Eyriqazz. Klik sini dan sini untuk mengetahui selanjutnya. Arwah menghembuskan nafas terakhir petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ni.


Alfatihah


Dari ALLAH kita datang, dan kepada DIA kita kembali. Dari tanah kita dijadikan, kepada tanah kita dikembalikan dan dari tanah juga kita dibangkitkan- Petikan talkin.

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

Assalamualaikum

Dahsyat la pagi-pagi bukak lappy ada plak Big GA, BK rasa macam dah YES la plak. Ok BK rasa mungkin ni GA paling osem cz ada Cikgu Fizi menjadikan sponsor. Ops!cepat2 kira dari sekarang cz GA ni sempena ulangtahun Cikgu Fizi yang ke???????Tettttttttttt.... biarlah rahsia kerana BK sendiri pon xtau. Jom2 join sini.


klik banner

Macam biasa kite smua dikehendaki mengikut syarat2 yang telah diberikan. Iman rasa objektif GA ni mungkin kita sambil2 tu nak mengenal para2 newbie kot betoi tak Cikgu Fizi? Iman ada gak usha2 cikgu fizi dalam sorang blogger tu waktu majlis denaihati.com. `Merisik` je kot2 lepas ni ehem2...cewah main2 je.


p/s: alfatihah kepada arwah bro jejai

Saturday 9 February 2013

Segmen Pencarian Bloglist Februari

Assalamualaikum

Jari jemari tengah rajin nak join segmen je lagi2 CNY BK langsung xbalik kampung. Sesorang jela kat bilik ni. Jom join segmen si dia.



klik banner

Nak cakap kat si dia comey n miut la header 2 gurl flirity la  ^_^

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic

Assalamualaikum



klik banner

Join segmen bro femes jap. Ate dame suh mike story mory pasal dame la plak. Juz short word untuk menggambarkan tentang dame...ur artrade, doodle meme miut then kreatif la bro. Paling mike suke nengok tutorial serta penulisan dame bila buat entri.





Friday 8 February 2013

SEGMEN : Tambah Follower Sambil Berkenalan 2

Assalamualaikum

Jom join segmen si jejaka ni


klik banner



ni je yang mampu

Banner dia macam apek kat bandar iman pkai pagoda bawak basikal pkai pulak topi sayur. Owh mungkin sempena raya cina ni kot..jangan mara si jejaka.

Untuk si dia :

" Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar " ( Surah At- Taubah ayat 119 )

Kuat Sayang!

Assalamualaikum

Azan menandakan masuk waktu solat dan umat islam akan segera mengerjakan suruhanNYA tanpa berlengah. Azan hari ini membuatkan iman terdiam sekejap dan terdetik untuk membuat en3 pasal si dia. Kenapa nak buat en3 pasal si dia sedangkan iman langsung xkenal si dia? Siapa dia dengan iman? Apa hubungan kami sehingga iman terdetik nak buat en3 pasal si dia? Macam tak ada keje nak busy body pasal oarng lain kan? Tadi iman bw ke blog si pipi merah ni bercerita pulak pasal SLE dan siapa2 nak tahu info tentang SLE ni sila pergi page sini dan sini. Bila SLE datang tanpa diundang iman tetibe teringat pada si dia. Apa yang membuat iman tertarik dengan si dia ialah kekuatan dia teruskan hidup walau terpaksu tunda semester demi MR.SLE tu. Sebenarnya iman baru dapat tau yang ramai kengkawan alam blogger kita `bersama` dengan MR.SLE 2, diantaranya si diasi diasi diasi dia dan si dia. Mungkin iman tak mampu nak menyumbang kewangan yang banyak tapi iman hanya mampu menadah tangan meminta pada Allah agar diberi kan kesihatan yang baik supaya kita dapat beramal ibadah denganNYA. Anggaplah juga ia salah satu jian dalam peningkatan darjat dari segi kesabaran.


Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.



allah always besides  u dear


Iman sentiasa ingat kata-kata kakak iman.:

Jika kita ditimpa sesuatu musibah kembalilah padaNYA, anggap ini mungkin satu kifarah untuk kita. Jangan lupa bila kita diberi waktu kesenangan jangan sesekali bersyukur padaNYA serta meneruskan cinta padaNYA.Pendek kata bila senang jangan dilupa dan bila susah jangan dilupa.


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Thursday 7 February 2013

Syurga dijanjikan untukmu sayang

Assalamualaikum

Alhamdulillah iman bersyukur masih bernafas sehingga zohor ni dan alfatihah iman sedekahkan untuk adik Ahmad Adam Syukri kerana menghembuskan nafas nyer yang terakhir baru je(waktu tak dapat nak dipastikan). Iman baca dalam twitter Fedtri Yahya then terus pergi page adik Adam. Alfatihah semoge arwah adik adam ditempatkan bersama golongan orang0orang yang beriman dan beramal soleh.



Wajahmu manis sayang...



Genggam tangan mama seeratnyer syg


Buat adik ahmad adam syukri,
Allah menjanjikan syurga untukmu sayang
Doa acik untuk dirimu sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu
Engkaulah penghuni syurga yang allah sayangi
Allah meminjamkan kamu pada kami dengan waktu yang singkat
Kerana Allah tidak mahu melihat kami sengsara dengan penderitaan ini.
Allah telah mengambil apa yang sebenarnya menjadi hakNYA.
Tapi kami bersyukur dapat mengenali insan suci sepertimu sayang.
Janji Allah itu pasti dan kematian itu satu kepastian.
Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali.
Dari tanah kita dijadikan, dari tanah kita dipulangkan dan dari tanah jua kita dibangkitkan
Semoge arwah adik adam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.




Alfatihah arwah adik Adam Ahmad Syukri

Wednesday 6 February 2013

Review header dari mereka

Assalamualaikum

Tetibe iman rasa macam nak review header yang iman tempah dan dapat hadiah. Banyak jugak la iman kumpul tapi asyik tak sempat je nak buat review atas appreciate iman dekat sahabat2 iman yang perah kepala buat untuk iman kan? Jom iman review dan jangan lupe terjah mereka jugak tau.


Si Dia

Ini yang pertama

Iman xingat link blog si dia tapi sape yang ada follow mugkin kenal kot. Kalau xsilap iman si mata rabun. Si dia simple je, design blog dia chantek2 belaka. Iman dapat header ni free cz time 2 si dia tengah merajinkan jari jemari nak amik free header yang terawal. So iman pon try2 la mintak tolong si dia design. Ini percubaan pertama. Bagi iman ok nampak muslimah tapi kale & bunga tu nampak feminem sangat. Jadi si dia tukar kepada yang lebih simple. Memamg simple sangat2 tapi iman puas hati. Siap ada orang berkenaan kat header 2. Memang nampak kekampungan sangat la tapi iman ske sangat2 ^_^.


Ini yang kedua.





Si Dia

Sesimple tuan blog nyer

Ok ni iman tempah tau dari budak tecik ni. Iman jejalan kat blog dia terbaca plak si dia ada amik tempahan buat header. Murah tau RM3 je, so iman bayar dgn topup la kan. Kesian plak dekat si dia nak memerah kepala buat tajuk budak kampung ni sebab konsep iman nak simple ke arah kekampungan. Iman suke baca kat blog  si dia tapi xkomen yela rasa diri ni kecik sangat disamping dia. Maka amik keputusan jadik si silent reader je la.Iman suke blog dia pink belaka dan comey seperti tuannyer ^_^.







Si Dia
Terkejut cz ada pokok feberet iman

Sape xkenal si dia ni anak kelahiran bumi kenyalang ni. Umur baru 21 tahun stdy lagi dekat sego college. Muka nampak ceria sangat la sampai nak tengok muke dia mesti tersenyum je. Hari tu mai ada buat tempahan header free so iman pon dengan berkenaan merisik la bertanya tentang free 2 kot-kot boleh lagi ke then si dia kata boleh, apa lagi iman terus la tempah. Free la katakan spe xnk kan? Lagi2 kita yang tak tahu nak buat header sehebat mereka. Iman cume bagitau konsep yang sme konsep budak kampung sekali tengok hasilnya..osem jugak la. Iman memang xecpect si dia nak buat pokok feberet iman 2. Teruja la iman dengan muka garang 2 dok bawah pokok kelapa. By d way iman suke sgt2 ^_^






Si Dia

xnyabo2 ni 

Tadaaa...kenal tak header ni sama dengan header sekarang. Si dia lah yang buat header iman yang ku lihat hijau je. Mula2 tu si dia suruh design sendirik buat gambaran la konon2 nyer dan ni lah yang ada dalam gambaran iman waktu dekat surau hari tu. Hasilnya ni la yang iman tempek sekarang. Ramai gak la yang memuji hasil si dia ni. Iman suke dtg ziarah blog dia sebab blog dia sama kale dgn iman kale hijau lepas 2 dengan doddle yang kawaii sgt2. Si Dia ada buat tempahan tau harga berpatutan tak mahal pon. Sape2 yang nak oder sila datang sini ^_^.









the winners

Ha ni yang latest iman dapat. Baru lagi ni iman dapat dalam siang tadi waktu koje. Ini hadiah dari si dia untuk iman dalam segmen ini. Ramai jugak la yang join segmen ni tapi alhamdulillah rezeki menyebelahi iman. Iman fikir tak ada rezeki kot sebab laz minute join 2 pon si dia invite kalau tak, tak dapat la iman nak kenal dengan  si dia ni. So kite sebagai pemenang tak boleh la nk request macam2 kan? Jadi iman terima apepon si dia create untuk iman. Combine kale iman pilih hijau n pink cz iman rasa macam comey je bila carik dekat pak cik google. Osem n amazing terlalu ceria header nh sampai rasa nak on je laptop. Blog si dia ni kale nyer lembut2 jadi iman xpect orangnyer mesti sopan santun ^_^.


Ok iman rasa cukup untuk malam ni sebab iman nak tido sok koje pagi. Hari esok lebih baik dari hari ni. Jangan lupe terjah mereka yer assalam nam saidan ^_^












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©