Thursday 31 January 2013

Pemuda dan doanya

Assalamualaikum

Ada seorang pemuda meminta jodoh pada Allah dengan berdoa " Ya Allah, temukan aku dengan gadis yang solehah, cantik dan rupawan ". Dengan kuasa Allah, Allah telah mendatangkan sekumpulan anjing untuk menggigit pemuda itu. Maka, pemuda itu marah dan berkata " aku inginkan gadis yang solehah tapi kenapa engkau menurunkan anjing kepada ku? ". Dengan keadaan yang berdarah selepas digigit anjing tadi, pemuda itu berlalu ke hospital yang berdekatan. Dengan izin Allah sewaktu di hospital, pemuda itu jatuh hati pandang pertama dengan seorang gadis disitu seperti apa yang diimpikan. Maka Allah berkata " Aku turunkan anjing itu kerana engkau akan bertemu dengan gadis yang engkau ingini di tempat(hospital) ini ".

kredit 2 Fiz


Moral cerita :
  • Allah memakbulkan doa kita dalam pelbagai cara. Maka setiap kejadian yang diturunkan kita kena mengambil ia sebagai hikmah dalam kehidupan.
  • Aku disembuhkan dengan DIA yang mengirimkan dan menangkat penyakit ini.

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Assalamualaikum

First terpandang ramai sangat yang join segmen hamba ni. Tengok gambar profil macam ganas je muke tapi bila tengok entri2 dia, la ramah tamah gak la dia nh. Blogger i2 sahabat ku....sweet macam cinta tikar sejadah.


klik banner

To dia  : 

" Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mat "

PCL , tolong review blog saya (URL blog anda)

Assalamualaikum

Sambil tunggu nak balik koje, iman nk menempek kat PCL nh ha pasai merayu nak d review. PCL kata xpayah buat en3 so iman nak buat mukadimah je.Iman dah lama follow pak cik ni tapi jadi silent readers je. Laz2 iman tertarik dengan promote pak cik pasal pantai halus tu. Iman ni dah le excited dengan pantai kalau balik umah je mesti nak g Manjung atau Lumut.


klik banner---> comey la isteri PCL



Wednesday 30 January 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Komen Terakhir

Assalamualaikum

Sebelum melabuhkan tirai untuk malam nh, iman nak join GA by Buasir Otak ni.nama unik xboleh blah hehe tapi comey bunyi nyer. Jom2 join sini.


klik banner



Tuesday 29 January 2013

Indahnya bersahabat

Sungguh indah,Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Time zaman kat PUO

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan,harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa, kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Geng rider n drift PSA


Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

Sahabatku,Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam,Jangan memendam,Aku ingin kita tetap bersahabat selamanya :)





Pesanan Iman Al Ghazali tentang sahabat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang disenanginya "
[Riwayat Al- Tabrani]

Sunday 27 January 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~


Assalamualaikum

Boring pepagi ahad nh cz xdapat cuti. Kalau cuti iman nak pergi sambut maulud kat tahfiz anak buah iman, rindu dekat bebudak yang berjubah putih. Sekali tengok, berpuluh-puluh kali pndang pon xjemu tambah pulak dengar alunan ayat-ayat cinta serta qasidah..Subahanallah rasa tenang je. Ops lupe iman nak join segmen pagi ahad ni by Kisah Lestari Abadi.

Kisah Lestari Abadi unik panggilannya macam punyer berjuta2 tanda soal nak tau siapa gerangan disebalik nama tersebut. Ops iman dapat tau yang insan ini pengumpul fm serta menjual fm sama macam kakak iman la. Elok beno la kalau dame main tuko2 fm kan? Ada gak iman berkenaan kat fm yang KLA jual tau tapi, tapi, tapi tggu duluu...Jom tambah followers di sunday blue wave   ^_^

klik banner

ni je yang mampu






Friday 25 January 2013

Pesanan Buat Suami – Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

haa..realiti kot kan?walau iman xkwin lagi tapi rasa ilmu nh.copy sila ke http://pakarcinta.com/blog/pesanan-buat-suami-oleh-dato-dr-hj-mohd-fadzilah-kamsah/ untuk lihat selebihnya.

Thursday 24 January 2013

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?

Assalamualaikum

Sebelum nak buke pose iman nak join segmen Kak Najiah ni. Meh la kenal2 dengan sahabat baru dalam segmen ini.


klik banner untuk join


1) Iman dah lama follower Kak Najiah

2) Done like dah lama..buktinya --->


buktinya terang jelas dan nyara

3) Followers iman hanya secubit ni je dan iman xd fanpage coz iman xpandai buat tapi iman pandai like.


4) Iman dapat tau dari Kak Najiah sendiri dari fanpage dia. Korang yang nak join kena baca betoi2 tau. 


P/s: selamat berbuke pose sape yang pose hari ni ^_^


Sifat-Sifat Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi


Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalasan dendam.
Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.
Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi.
Ayuh sama2 kita contohi dan amalkan dalam kehidupan seharian kita :)

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum


1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.



p/s: tanpa kita sedari sebenarnya baginda sentiasa ada dalam setiap titipan doa kita ^_^

Wednesday 23 January 2013

Al-Quran sebagai panduan

Assalamualaikum






Rasulullah pernah bersabda (yang ertinya) :

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara : mencintai Nabi, mencintai ahlul baitnya dan membaca al-quran kerana orang-orang yang memelihara al-quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain perlindungan NYA ; mereka berserta para nabi-NYA dan orang-orang yang suci. -HR ath- Thabrani


Iman tetibe terasa nak buat en3 nh kerana iman terbaca dalam teratak Kak Najiah tentang preparing a good mummy. Untuk Kak Najiah and husband harap bersabar ok. Allah mungkin memahami situasi akk dgn suami. Allah pasti akan beri cuma cepat dan lambat je sp sebagai hambaNYA janganlah sesekali terputus dari meminta dari NYA. Yong Iman sentiasa akan mendoakan akk smge apa yang akk impikan akan tercapai.

Sunday 20 January 2013

Mohon doa dari kalian

Assalamualaikum

Rancangan DIA adalah sebaik-baik perancangan. Semalam baru je kita jumpe insan ni sihat belaka dok hu ha hu ha, semalam insan ni sempat memancing bersama-sama buah hatinya, semalam insan ni masih tersenyum manja, semalam insan ni sempat bergurau senda dengan kawan-kawan, tapi hari ni insan ni tak seperti semalam. Tak ada memancing, tak ada gurau senda, tiada senyuman tapi hanya raup wajah yang muram. Dengan sokongan dan doa dari keluarga serta kwn2 membuatkan dia tersenyum kembali. 

Pagi tadi tepat jam 9 Abg Jeffri akan melakukan by pass untuk diletakkan dalam jangtung. Pembedahan akan dijangka memakan masa 6jam dan 6jam lagi akan dikomakan maka jumlah bersamaan 12jam baru Abg Jeffri akan sedar insyallah. Mohon doa kalian agar Abg Jeffri selamat melakukan pembedahan jantung.


Semoge hari ni berjalan dengan lancar

Allah sentiasa ada bersama mu

Kita hanya berusaha selebihnya allah yang tentukan

Doa dari kami sentiasa mengiringi mu


p/s: Allah sedang menguji kamu dan sekeluarga dan ini waktu kamu. Waktu kami pon bila-bila masa sahaja


" Ingatlah dengan mengingati allah sahajalah hati tenteram" (Surah Ar-Ra`du 13:Ayat 28) 




Thursday 17 January 2013

Simple Birthday Giveaway by Kay SBK

Assalamualaikum

Jom join simple sempena beday gurl Kay SBK yang coming soon. Comey je blog beliau mesti ore nyer molek dok. Iman join sbgai support blog Kay SBK ni ha. Meh la semua, kalau bukan rezeki iman mungkin rezeki kwn2 yang lain kan? Meh2 jom


klik banner

Hukum hugging-hugging


A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?

B: Dosa la, sebab hukumnya Haram.

A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?

B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?

B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !

A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?

B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..

A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?

B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...

A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?

B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!! Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...

A: Tahu takpe..




p/s: iman nak share hukum pelok2 sebab iman mungkin xmampu nak tegur kwn2. Takut terasa hati lebih baik iman buat general mcm nh. Mungkin suatu hari nanti iman pon terlupa ada org akan ingtkan iman balik. Iman xd niat nak lukakan sape2, iman tegur sbb iman syg. Kadang2 kite terlalu eksited kawin tapi lupa dgn keadaan sekeliling. Tolong sgt2, pikir positif ek. Ini untuk iman dan kwn2 yg laen. Mana yang lemah dtgnya dri iman,  dan yang baek dtgnya dri Allah subahanallah taala

Tuesday 15 January 2013

TINDAKAN SAAT KEMATIAN

Assalamualaikum


AHLI KELUARGA WAJIB TAHU !!! 
BACA & SHARE ....SAUDARA MUSLIM 

LANGKAH2 TERAWAL PERLU DILAKUKAN KETIKA AYAH/IBU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR (SAKARATUL MAUT)

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

semoga dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

1 : Pegawai Hospital perlu mengesahkan kematian seseorang itu dan Mengesahkan kematiannya sama ada di hospital / di rumah 
* Jenazah berumur 40 tahun tidak perlu di bawa ke hospital.

2 : Ambil surat pengesahan Kematian & buat laporan di balai berdekatan untuk Pengesahan Pengebumian Jenazah 

3 : Minta bantuan dengan pihak Qaryiah dalam menguruskan tempat pengebumian & proses menguruskan Jenazah untuk di mandi & di kafan menggunakan Set kelengkapan Jenazah AL Wafiyyah .

4. Pasti Tempat pengebumian telah tersedia ada .

5. Bawa Kad Pengenalan jenazah & Surat pengesahan pengebumian dan daftar kematian di jabatan pendaftaran negara untuk sijil Kematian .

++++++++++++++++
Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

+++++++++++++++
Perkara yang perlu menjaga Kehormatan JENAZAH : 

1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
2. Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
3. Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
4. Rapatkan mulutnya
5. Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
6. Luruskan kakinya.
7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
8. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
9. Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
10.Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
11. Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

12. Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

" KEMATIAN ADALAH BENAR , MAKA INFO YANG BENAR"


semoge arwah abg yusuf ditempatkan bersama org yang beriman~ Alfatihah



p/s: iman tetap nak share dgn semua orang kerana benda ni satu kepastian so kena prepare awl2

Saturday 12 January 2013

Cara Fatimah Az Zahra Memohon Maaf Kepada Suaminya

Assalamualaikum


Ketaatan Fatimah Az Zahra kepada suaminya Sayyidina Ali menyebabkan Allah subhanahu wa ta'ala mengangkat darajatnya. Fatimah Az Zahra tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Meski begitu, kemiskinan tidak menghalangi Fatimah Az Zahra untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Pernah suatu hari, Fatimah Az Zahra telah membuat Ali terusik hati dengan kata-katanya. Menyadari kesalahannya, Fatimah Az Zahra segera meminta maaf berulang-ulang kali.

Melihat air muka suaminya tidak juga berubah, maka Fatimah Az Zahra berlari-lari seperti anak kecil mengelilingi Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan. Melihat tingkah laku Fatimah Az Zahra itu, tersenyumlah Ali dan lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.

Begitulah yang ditetapkan Allah SWT mengenai kedudukan suami sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah Az Zahra itu
bukanlah suatu kesengajaan. Semoga kita bisa mengambil hikmah dari kisah agung ini..

Adakah isteri zaman ini pernah meminta maaf apabila menyakiti hati suaminya ??

copypaste#
sharing is caring#

Segmen: Makanan dan minuman kegemaran blogger Malaysia

Assalamualaikum

encem mu boh


Sebelum iman nak balik umah sambil habiskan bersudu-sudu kuah ayam masak kicap nak join segmen Bro Paly nh. Haha terang2 dah tertulis kantoi iman suke ayam masak kicap.

Makanan


Gile sape xsuke ayam kan? Iman smua ske mknan yg berkaitan dengan ayam tau. Tapi kalau kat kedai iman suke makan ayam goreng panas, budu n tempoyak. Terangkat kening la macam akk Ziana.Iman pon xtau ngpe suke beno simple macam tu, sampai ada org kata iman kedekut makan. Adoi plez la aku makan pon perut aku menari-nari.



Petai. Sape xkenal petai? Ini lah petai ulam feberet iman. Adik beradik iman xpenah lupe kalau dtg sini bawak petai. Syiok tau mkan petai n petai jugak mengeratkan hbgn antra family iman. Kalau xd si petai nh, maka iman akan ulam cili je. Kadang-kadang menggeletar kalau dah lama tak dapat petai nh. Iman advnce makan petai dgn mee, bihun, nasi lemak mcm2 lagi la.



Big Apple a.k.a BA iman panggil. Ni kalau g jejalan luar kena gok beli mende nh. Paling buat iman xterkata dount almond n donut biji ala2 kacang. Seyes korang try la sampai xterkata. Disebabkan iman langsung xsuke coklat maka bergembira kakak iman cz dia G.C (ghost choc).


Minuman



Iman suke teh o be tau. Ore kelantan tau la pe mende. Ok2 teh o be tu kalau nak tau teh o ais. Nikmat bile minum time panas terik bawah kipas. Geng2 iman pon suke tau teh o be nh. Try tau!








Terharu nyer macam dalam jejak kasih

Assalamualaikum


Terharu dan tak terkata seperti kumbang merah di atas rumput dalam rumah Sandy spongebob. Sebenarnya hari tu dah tergerak hati nak tanya dekat sorang akk ni sebab terjumpa blog akk ni dalam blog akk ipar iman. Kot2 akk sorang ni kenal ke dengan akk iman. Pagi tadi iman bukak blog akk ni nak baca en3 n komen pasal tempoyak ikan patin, scroll sampai bawah ada jumpe komen nh.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haiyo macam kenal je rupe2 nya akk ipar iman yang komen. Terkejut gak la ada nama yang comey kat situ. Akk yang iman maksud kan ialah Kak sue a.k.a Cik Sue a.k.a lobak. Tak sangka soalan yang iman nak tanya, Kak Sue telah mendahuluinya dari iman. Kecik je kan dunia nh iman pon mcm terkebil2 je. Ops lupe nak bagitau kawan2 semua. Nad @ MamaZN tu akk ipar tau. Dulu iman selalu baca blog Kak Nad lepas tu blaja senyap2 buat blog then ini lah hasilnya sekarang. Keciknya dunia siber ni lagi bila iman terjumpa dlm bloglist MamaZN insan bertuah ni kalau bukan Kak Fieda. Ya ampun, ya ampun kecik nya dunia siber xsangka jmpe. Rasa macam nak hug mereka2 ni



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©