Thursday 31 October 2013

Gambar serta video kebakaran di Flat Kerinchi


Assalamualaikum

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Flat Kerinchi petang dalam pukul 4.50 petang. KawaN BK pun duduk dekat area sini, harap dia bukan diantara mangsa yang terlibat la. Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, tapi BK agak-agak jela kemungkinan litar pintas kot sebabnya itu kawasan flat lama kot. Dari segi penyelenggaraan, kemungkinan kurang. Pendapat BK la, andai tersasar dari pendapat harap maaf.






Sumber : BK ambil dari FB dan Youtube






Saturday 26 October 2013

Kenapa Dengan Tangan Tu?

Assalamualaikum

" Kenapa dengan tangan tu? " Kita pun check tangan la pasal apa akak ni duk tegur. La rupa-rupanya pasal BK pakai handsock ni.Mungkin akak tu ingat BK pakai bandage kot. Tapi disebabkan BK pun tak nak malukan akak tu, BK pon cakap la tangan tak ada apa-apa demi menjaga air muka akak tu.



p/s: Ada nampak macam pakai bandage ke?

Wednesday 23 October 2013

YummY.. Make Me Hungry ^______ ^

Assalamualaikum




 Desktop BK menggunakan Theme Goggle Chrome. Kenapa BK pilih tema ni? Sebabnya BK suka makanan, bila tengok makanan hari-hari buat BK lapar. Lagi satu impian nak beli cadar 3D ni pulak.





Yummy..yummy..yummy.. u make me hungry every day ^__________ ^

Friday 18 October 2013

Oder Handsock Colouring! Unik !

Assalamulaikum

Ingat lagi tak entry pasal dituduh mencuri handsock berapa hari lepas? BK ada terbaca komen dari Si Cuty ni tentang handsock ni. Cikgu Norazimah ada tanya gak beli dekat mana. Meh BK nak promote hehe..




BK beli dekat Eyefar Muslimah Online. Murah kot. Only RM25 + free postage ! Siapa tak gila bila tengok harga yang berpatutan ni sekali dapat 1set (6 pasang). Kita boleh pilih samada warna-warni atau satu colour( kalau ada stok). Menggila bila BK dapat tahu ni. Jom beli. Tak rugi pon dermakan RM25 untuk akhirat juga kan. Jom sementara promosi masih ada ni.



Sesiapa yang berminat sila pm SINI !
Jom rebut peluang sambil tu boleh baiki diri ^_^








Alhamdulillah.. i will be a bibik again!

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. My Lovely SIL will be a mama untuk anak yang ke-3 Insha allah. BK pon nak kongsi kegembiraan ni dengan kawan-kawan lain jugak. BK ni ada 8 orang anak saudara untuk yang sedia ada, yang 'aman disana' ada 5 orang. Tapi ALLAH gantikkannya dengan lebih dari itu. Yeay.. BK akan jadi ' Bibik' untuk yang ke-9. Abg BK kata, sekarang anak yang no 2 tu asyik meragam je. Semua tak kena, kesian pulak SIL BK. Mungkin Baby Nayli faham kot yang dia bakal dapat adik lagi. Tak pe Baby Nayli, walau awk ada adik baru lepas ni kami semua akan bahagiakan sama rata kasih sayang ni. Abg Z lepas ni kena banyak bertolak ansur la pulak kan. Tanggungjawab sebagai anak sulung lagi bertambah la. Abg Z boleh!. BK pula yang excited sebab dah lama BK tak dapat Baby kecik lagi dalam family. Doakan semoga semua nya dilindungi. Jumaah Barakah !

Kak Nad pinjam gambar

Thursday 17 October 2013

Resepi Cheesecut

Assalamualaikum

Ingat tak entry pasal resepi dari blogger terkenal tu. Dah berhabuk punya entry, gara-gara disebabkan 'kerajinan' M la. Hari ni BK nak 'bayar hutang' plak. Ada la dua orang si chantek yang dapat teka dari blogger mana kan BK bersifu dengan beliau. Jawapan nya... Cik Epal !. Jom BK share resepi dari beliau, tapi versi BK la iaitu belasah je janji rupa sama, rasa lain. BK tau gak ramai dah tahu pasal resepi ni tapi BK nak share untuk siapa yang tak tahu macam BK ni.

RESEPI CHEESECUT

Bahan-bahan :

Nestum (tak kisah nak yang ori atau ada perisa)
Susu pekat ( ikut tekak masing-masing)
Air susu minuman ( jenama masing-masing)
Biskut ( tak kisah biskut marie ke, dulexe ke, tapi kalau boleh yang sedap dan manis)
Cheese ( cari yang khas untuk kek, jangan yang untuk dalam salad)

Kos semua ni tak sampai RM30!

Cara-cara membuatnya :


  • Masukkan satu blok cheese tadi dan pukul sampai jadi standrd mixer la. Agak-agak dah cantik, tuang susu pekat tadi. Kalau ada yang nak manis lagi, nak bagi kombinasi cheese sodap tambah la susu banyak sikit. Tapi BK sarankan banyak susu pun ok. Serius!


  • Next step, sediakan loyang. Comel lagi kalau guna loyang yang ngam-ngam susunan biskut tu. Sebelum tu, rendam biskut ala-ala gitu dalam air susu minuman tadi. Jangan terlalu lama sebab takut lembik lepas tu susun atas loyang. BK guna bekas je sebab tak ada loyang.



  • Next, susun punya cantik, calitkan cheese yang kita dah pukul comel tadi diatas biskut cute. Kalau boleh nipis sikit pun ok sebab lapisan atas sekali boleh tarok banyak-banyak.




Last but no least, taburkan nestum tadi atas cheese. Kalau nak letak banyak pun ok gak. Ikut kesukaan masing-masing. Ini tekak BK punya je. Ulang semula langkah-langkah diatas sampai biskut habis pon ok atau sampai cheese tu dah nak habis.  Nak nampak kawaii lagi, boleh buat hiasan dengan starwberi atau coklat cair. Masukkan dalam peti ais sehari suntuk, tapi BK masukkan pagi malam siap potong dah. Siap! Abg Ipar BK suke beno Cheesecut ni tapi BK macam biasa la masuk tekak tak lalu. Jom selamat mencuba.

Tips

  1. Pemilihan biskut mempengaruhi rasa tau. Kalau boleh biskut yang sedap rasanya sebabnya BK dah try guna biskut cap tesco. Amatlah kurang rasanya huhu..
  2. Bagi cheese pula, disarankan menggunakan cheese yang khas untuk buat kek. BK dah survey cheese dan kebanyakkannya digunakan dalam salad. So, guna pilihan yang tepat.
  3. Nak manis dan kiut, nestum boleh pilih yang ada perisa madu. Siapa yang penggemar manis je la. BK try yang ori dulu.
  4. Air susu minuman tu boleh guna macam-macam perisa. Ikut rasa masing-masing.


Ok ni je yang BK nak share. Siapa nak try silakan. Selamat mencuba !






Friday 11 October 2013

Kecil-kecil dah pandai menuduh mencuri.

Assalamualaikum

Macam biasa rutin harian pepagi mesti siap-siap nak pergi kerja (shift pagi). Sambil-sambil tu, BK pakai la handsock yang baru dapat tu.Almaklum la sebelum ni jahil sikit, tak berapa nak jaga batas-batas tapi sekarang merangkak belajar. Nak dijadikan cerita dipagi hari, kakak BK bagitau kejadian petang semalamnya waktu dia lipat baju BK. Ini dialog dari budak temok tu. 



Dia tuduh BK mencuri ! Wow.. hebatnya. Kecil-kecil lagi dah belajar menuduh yer kau budak temok. Berani betul sampai terlintas dia nak cakap macam tu. Apa lagi, BK kacau dia tido la. Tangan tu sambail gatal cubit-cubit manja pipi dia. Nak tahu dia tuduh BK pasal apa.

KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT YANG LAIN

Pasal handsock yang BK dapat colouring. Dia tak pernah tengok BK pakai colouring macam tu. Sabar je la budak-budak zaman sekarang. Tak pasal-pasal, pepagi dah buat BK ceria ^_^.


P/s: seronok jugak yer bila layan telatah bebudak kecik ni. Tetibe teringin ada anak sendiri


Thursday 10 October 2013

Alhamdulillah... minggu penuh senyuman =)

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. hari isnin hari tu hati berdebar-debar macam ada barang akan sampai tempat kerja. Sekali buka pintu, ada dua bungkusan untuk BK. Waduh.. secret admire mana la bagi ni. Cewah.. ada ke orang nak bagi BK ni? Hari ini pulak, BK dapat dua barang lagi. Terkejut gak la sebab first time ada barang dari pos ' Kangaroo' kan. BK tak pernah layan dari perkhidmatan 'Kangaroo' ni. Jom tengok!


Bungkusan sebelum dibuka

Bungkusan selepas di buka

Beg dari Blog Mama

Minggu ni baru dapat handsock 6pasang, 2 helai baju (penaja dari GA), pemanggang ajaib ( MyDeal), beg Blog Mommy As Blog ( Blog Mama ). Ada kisah pulak dari pemanggang ajaib tu. Almaklum la first time melabur di MyDeal. Kalau kawan-kawan seminggu tu, abg pos laju datang sokmo kat tempat kerja mesti best kan? Hari-hari ada suprise kan? Ini lah minggu yang membuatkan BK tersenyum lebar sampai naik pipi gebu ni. Kawan-kawan pun jelez je hehehe..

p/s: banyak 'berhutang' dengan blogger tentang entry. BERUSAHA malam ni siapkan entry dan esok, lusa , tulat ke boleh publish





Wednesday 9 October 2013

Cara-Cara Menggunakan Roundabouts Yang Betul

Assalamualaikum



Ha study betul-betul tentang cara-cara menggunakan roundabouts yang betul. Ini main belasah je kan nak masuk susur tak kira la kanan ke, kiri ke. Geram bila si kacak/si chantek main pancung. Kalau duit den bertingkek-tingkek tak apa boleh lagi, tapi kalau nyawa den yang DIA pinjamkan ni diragut macam mana? Boleh dibayar dengan duit ekau bertengkek-tengkek ke? Nanti BK buat entry pasal roundabout ni. Study dulu yer. 

Monday 7 October 2013

Makanan Yang Dapat Mengurangkan Stress

Assalamualaikum

Oren

- Vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal
- Selain itu dapat meningkatkan sistem imunisasi.

Ikan Salmon

- Mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi dimana ia dapat membantu menangani penyakit jantung.
- Omega 3 juga menyimpan hormon tekanan daripada memuncak. (Bila nak marah sebab strees, makan salmon terus turun).

Avokado

- Mengurangkan tekanan dara dalam badan.
- Potassium avokado lebih banyak berbanding pisang. Maknanya, avokado boleh merawat sistem saluran kencing.( Belajar medik sekejap).

Sayur-Sayuran Hijau

- Sihat untuk kulit dan sebagai fiber untk badan kita.
- Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan dikala stress.


Gaya BK pula kalau stress, tidur, lepak masjid tak pun makan apa yang rasa nak makan. Tapi tak tahu la pulak gaya kawan-kawan yang lain macam mana. Satu je BK tak suka bila kawan-kawan stress, mesti dan wajib marah orang lain. Kesian kot dekat orang yang tak bersalah, time tu rasa nak hempok dengan kerusi je orang yang buat perangai macam tu.


Selamat Pengantin Baru Twin!

Assalamualaikum

Seminggu tak berhupdate sebabnya keje shift malam, balik pun dah penat. Bangun siang pulak macam badan letih-letih tak cukup tido. Semalam berita gembira sebab 'Twin' BK yang selalu dyorang sakat-sakat BK waktu sekolah, yang selalu kitaorang buli, pulaukan, mempergunakan dan yang buruk-buruk ktorang suruh waktu sekolah akhirnya mendahului ktorang semua dalam mendirikan rumah tangga. Bila flash balik zaman sekolah dulu, sangat-sangat la BK tak suka sebabnya biasalah dulu nakal kot. Ada sebab kenapa dyorang panggil Wani ni twin BK. Sebabnya nama ayah kami berdua sama iaitu SALLEH. Dulu tak boleh terima gak, tapi makin matured baru boleh terima.  Ktorang lain mak lain ayah tau. Banyak la kisah kami semua ni. By the way BK mendoakan sahabat a.k.a twin BK :

  • Semoga berbahagia hingga anak cucu dan jannah
  • Rebutlah menjadi sebah keluarga Sakinah Mawaddah
  • Be a osem muslimah, wife, daughter from ur father, umi and khalifah ALLAH
  • Belajar mencintai NYA dan imam mu
  • Please care about ur aurah and an honour for ur imam







Mesti tercari-cari mana satu BK dalam gambar semua ni kan? Jangan risau sebab BK memang tak ada dalam gambar ini pun. BK tak balik kampung sebab cuti tak dapat, so tadi BK mintak izin dekat sahabat BK pinjam gambar ni. 

Bila ALLAH menetapkan dan waktu yang sesuai, maka DIA kan menemukan kamu dengan insan yang sudah tercatit di Luh Mahfuz. Pimpinlah tangan si isteri dengan membawa dia menjalani kehidupan yang disyariatkan oleh islam dan bersamalah kalian disaat susah dan senang. Dunia hanyalah pentas, dan kita adalah boneka yang diatas. Jangan jadi penonton yang kosong dengan ketawa dan hasutan.


p/s: nanti time BK kawin ada tak siapa-siapa nak datang? hehehe...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©