Friday 30 November 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejut

p/s: agak xboh gak, cara pintas siram je ngn ayo cnfrm bgn terus

Thursday 29 November 2012

Harap Maaf

Assalamualaikum

Pertama sekalinya iman nak minta maaf kepada blogger2 dri segmen Kak MiaBro Eraz n Bro Apih nh yg sudi bertandang disini.Setakat ni iman xboleh nak BW balik Tetikus iman anak buah iman dia putus kan. Iman leceh ckit nak gune touch sakit tangan huhu. Insyallah dalam malam nh iman akan cuba galakkan diri BW kengkawan yer..Maaf sekali lagi dri iman dengan rasa rendah dirinya

PECAHAN DARI RUKUN SEMBAHYANG

Assalamualaikum

Jom sahabat2 belajar sama dengan iman. Walau tak banyak ilmu tapi sekadar nak share je

RUKUN QAULI (perkataan)

1- Takbiratul ihram (menyebut Allahu akhbar)

2- Membaca surah Al Fatihah

3- Tahiyat akhir

4- Selawat kepada Nabi

5- Salam

Rukun ini hendahlah dilafaz dengan suara sekadar didengar oleh telinga sendiri..

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau
wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
_________________________________

Kategori rukun

Rukun qalbi ( يبلق - iaitu berasal daripada perkataan بلق - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Rukun fi'li ( يلعف - iaitu berasal daripada perkataan لعف - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Rukun qauli ( يلوق - iaitu berasal daripada perkataan لوق - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

__________________________________

Surah Al-`Isra' ayat 110:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

__________________________________

Rukun Qauli, Fe'li & Qalbi

Tuesday 27 November 2012

KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR….

Assalamualaikum

INI BUKAN CERITA BERUNSUR LUCAH..INI HANYA UNTUK TELADAN PADA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…

Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..

Kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..

Membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..

Menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..

Sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.

Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..

Seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…

Katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…

Sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan...duit ayah dah habis dah ni…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”

Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”

Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…

Mungkin sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….

Rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.

“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan....

tapi lama kelamaan rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…..

ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????”

Terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”

Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik....

atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”

“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…

Ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….

Dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..

Lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..

Kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…

Terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…

Ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke...bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…

Saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..

Si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….

Saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.

Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…

”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”

Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…” beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa

Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya itu….

Mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan sambil ketawa….bergurau dan tiba-tiba pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!

Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…

Tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:

”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah-tengah malam ni

Nanti abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..

Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya....seolah-olah dia baru sampai…

Lalu dia memanggil nama anaknya….

Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:

"Hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar muka anak gadisnya menjerit-jerit marah..

"Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….

Ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…

Sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..

Anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….

Anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..

Aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…

Macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****

%^*!~%@$#*&^%$*#@!~!@(#*

……..berdebub…gedebab….berdebub gedebab...

Kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….

Beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu

"Ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!"

"Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….

Tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….

Kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….

Terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??"

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….

Sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.

“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…

Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya….dengan membonceng motor…

Tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……

Kesiannn ustaz…kesiannnn……

p/s: waktu iman belek2 satu page iman terjumpe cter nh, jadi iman nak share kat smua

Photo: KISAH INI MESTI DIBACA OLEH SEMUA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR….

Add caption

Saturday 24 November 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum

Korang klik banner 

Iman macam rasa nak join segmen Kak Mia la. Ni baru kali kedua iman join segmen kak Mia nh. Disebabkan segmen pantun by Kak Mia la iman jadik silent readers walau jarang komen. Biasalah iman ni pemalu banyak tapi sekarang bukan silent readers la cz Kak Mia dah tau, iman bagi tau. Kak Mia nh iman punyer followers

1st time wat capture region..susah toi

Ha Kak Mia suruh buat trademark smile kan? So iman xd la kreatif xkisah pon orang nak kata pe. Juz 4 Aunty Mia from adik

Smile...Smile...Smile

Ok iman suke baca dekat `rumah` Kak Mia kerana ada ada2 info yang latest contoh iman amik MAHA INTERNATIONAL 2. 1 ag walau iman nh batak la kan tapi ada aku kesah? Kak Mia rajin join segmen2, GA n mcm2 la. Paling penting pada penabung2 serta iklan2 di blog, Kak Mia pasti kongsi sme2 tau. Iman cnfrm la xd kena mengena dengan yang itu kerana iman xd iklan n tabung lobong emas 2. Pendek kata try r godek2 blog Kak Mia pasti korang jumpe jawapan la. Iman pon xtau nak tulis cmne kecuali silent readers e dapat memahami.

p/s: iman nak bagitau ada sorang insan prihatin dengan blog iman. insan berkenaan bertanya kenapa xletak iklan atau join tabung mane2.iman ucp trm ksh cz prihatin cz iman pon ada jwpn yg tersendiri kenapa xletak ^_^

Friday 23 November 2012

Jom jemaah Kite Pose

Assalamualaikum

Kedip-kedip mata, wa rasa macam hati tak sedap je. Wa check kalendar, wa check, wa check...kira2. ai nh  baru 8 muharram pasal apa member wa cakap hari ni hari `Asyura. Wa mimpi ke? Wa dengan confident sesangat bagitau akk wa.

"Kak...ko tau x ai nh hari `asyura?"

"Ko bior betoi ce kire bape muharram dah."

Ceh..kak wa pon xtau. Gua dengan belagak selak balik kalendar dan pikir dan check tenet hari `asyura. Sah!! Confirm! Full stop! Dengan ini diishytiharkan bahawa sok Hari `asyura. Maka dengan ni saya wakil dari kak long kawasan bangi menyeru kepada anak2 buah wa supaya berpuasa esok.

wa tepkse wat gegurl ckit bagi nampak comey

“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam”.

Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Ra,

وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ
“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang lalu”.

Kata Ibnu Abbas RA, meriwayatkan mengenai Rasulullah Saw ;
“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan"

Niat : " Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari `asyura kerana allah taala"

Kepada kaum hawa yang tak boleh puasa maka bolehlah perbanyakkan istgfr, selawat ke atas nabi jungan serta melakukan amal2 yang mahmudah. Dan kalau boleh cium serta usaplah ubun2 kepala anak yatim yang belum baligh. Ini kerana Rasulullah sangat kasih pada orang2 yang menyanyngi anak yatim kerana Rasulullah juga anak yatim. Diakhirat nanti bersama Rasulullah seperti dua jariku( rapat dan mendapat syafat Rasulullah S.A.W) termaktub dalam hadith sahih. Wallahualam

Wednesday 21 November 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Assalamualaikum

Lama gak lama teman xmasuk mende2 gini. Yezzaa...wa kenal ini mamat la. Tetttt jangan salah faham ok. Wa kenal  alam maya je. Sempena aniberseri blog bro nh, ia pon wat sepesel segmen ni... Tadaaaaaa. Korang2 yang rasa2 nak masuk bro nh punyer bloglist ce try tumbok sini. Dengan rasa rendah diri wa mencobakan serta menebalkan muka nak join.

Wa saje buat tumbesaran bro nh. Kasi smart skit

Korang. korang dan korang yang nak join 2 laju la sikit. Bro Eraz nh buat dalam mase 15jam je. Lambat kang korang masuk pintu belakang la. Aku rasa macam dah join Extreme Cake plak mcm dalam CH707. Pstt...wa lupe nak ciakap yg Top Reffrel akan di spongebob dalam bloglist Bro Eraz.

p/s: sikalang pukul 2.51pm, wa set alarm 2.25pm untuk meng `follow` bebudak kampung 2. 
(wa saja nk show off)

Sunday 18 November 2012

4 Golongan Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum

Jadilah 2 golongan ini, 

Jadik gini deh

1. Golongan yang tahu dan tidak tahu 
(Dimana dia tahu akan sesuatu ilmu yang baik tetapi dia berusaha mencari ilmu yang lebih terhadap apa yang dia tidak tahu lagi )

2. Golongan yang tahu dan tahu 
(Dimana dia tahu akan sesuatu ilmu yang baik dan dia menyampaikan ilmu yang baik kepada orang lain)

Jangan jadi seperti 2 golongan ini, 

Jangan jadik gini deh

1. Golongan yang tidak tahu dan tidak tahu 
(Dimana dia jahil tentang sesuatu ilmu dan dia malas berusaha untuk mencari ilmu tersebut)

2. Golongan yang tidak tahu dan tahu 
( Dimana dia jahil akan sesuatu ilmu dan menyampaikan ilmu yang jahil kepada orang lain)

Monday 12 November 2012

Topup FREE by Apih

Assalamualaikum

Join jap segmen by Incikapih nh..untung badan sape nak tau kot topup yang beliau nak kasi 2 dapat kat iman.Dengan lafaz bismillah iman join segmen bese nh tapi nilai nya bermakna.

Incik apih kata banner ia xseensom AA(aron aziz)

UOX jimat

Ngpe iman nak topup nh?? Ish2..spe xnk topup free, bagi acik jual tempe pon dia sauk. Iman nak topup free dri Apih sebab topup 2 free so iman xpayah kuaq duit n jimmaatt ...berbaloi-baloiiii  ^_^.

Korang, korang n korang semua sape nak topup free, pergi sini. Jangan lupe ajak sedare mare, acik2, n kengkawan sekali tau. Sambil2 tu boleh taaruf dengan dame2 yang lain.

TQ murah hati (^_^)

Assalamualaikum

Erkk..bluurrrr...alhmdulillah.buncit perut ni dok balun bape liter jag. 7hari bulan lepas, kira baru-baru ni la 7 Eleven telah memurahkan hati dame dengan dengan melancarkan BYO Cup Day yang ke berapa iman pon xtau.

cilok dari 7ElevenMalaysia

Ok! Apa yang kalian nampak dekat buket 2??Air slurpee bukan? Lupa plak nak gtau pe mksd BYO Cup Day ialah bring your own cup day. Sape2 peminat slurpee yang selama nh hanya membeli slurpee berharge RM2.20 dengan cup yang dyorg punyer, Tapi pada hari itu pihak 7ElevenMalaysia murah hati suruh gune bekas kite sendirik yang besar dengan berhrge RM2.2O.

Confirm la iman xlepas peluang ni tapi xd la sampai nak gune buket mcm dame 2. Iman juz gune jag je baru coollll...Tapi 7e sini juz ada perisa anggur je tapi belaasah je la.Puah hati gak la.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa...

Cool tak?

Thursday 8 November 2012

Again, again & again

Assalamualaikum

Pe mende la tajuk again. again & again 2? Jeng2 sebenarnya iman ada wat konon2 ala pencuci mulut. Anak sedare iman la gege suh buat triffle nh. Asalnya dia suh buat pavlova tapi iman xtau, iman tau beli je. Demi anak buah yang sedang sakit nh iman turutkan gak.Nak tau x cmne iman boleh jatuh hati dengan makanan nh?

Smuanya disebabkan air tangan kakak ipar iman (Kak Nad) la. Waktu 2 iman belajar kt shah alam pertama kali beliau bawakkan rasa dah mcm sedap. Paling berkenanan beliau pandai decorate 2 yg nak mkn 2 syg sgt2. Dengan bismillah mula mengorek dri tepi tekan sampai kebawah then angkat sudu msuk mulut..Sedapppppppp...

Iman pon merisik la dekat beliau menanyakan secret resepi 2. Dulu iman panggil makanan nh truffy abg iman asyik perli2 je rupe2nyer salah hahaha..iman try dgn berpandukan secret recipe yg simple oleh kakak iman 2. Ternyata senang tapi xbermakna buat sekali akan berjaya toi x? 1st iman buat time makan2 kat umah abg iman dan komen yg iman dapat SEDAPPPP...OK DAH NH.

Tapi manis skit masa mula2 buat, dengan layer ke2 xjadik belasah je la. Lepas mencuba berkali2 akhirnya berjaya skit la. Yang banyak membantu iman dlm menjayakan resepi nh Kak Nad, emak, kak nor dan warga Giant yg menyediakan bahan hehe..Sape nak resepi????

Thursday 1 November 2012

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu

Assalamualaikum

Hik..hik..sape yang ada masalah sama macam iman? Iman kadang2 je tapi kadang2 tu yang boleh buat selalu. Tadi jejalan kt fb jumpe petua nh. Moh kite cube tau.

♥ Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
♥ Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
♥ Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
♥ Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
♥ Ingatlah bahawa setan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
♥ Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu titibe mati pulak, rugi je...

(( Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu ))

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)-

*InsyaAllah, sama-sama kita menjaga SOLAT kita. sebar-sebarkan utk kebaikan bersama..saling ingat-mengingati antara satu sama lain..MOGA ALLAH REDHA ♥

Kata-kata insan tersayang

Assalamualaikum

Sonok kan balik kampung hari tu jumpe family. Mungkin ada yg whole family balik, mungkin ada yg xbalik atas tuntutan kerja seperti abg iman la. Konferem ramai nak citer pasal balik kampung kan?. Iman pon ada gak citer lagi-lagi berkaitan dengan tajuk nunnnnn yang kat atas 2.

Almaklum la iman ni anak bongsu gegurl yang lazzz sekali. Kakak2 dan abg2 smua dah kwin n ada koje bez2 cume iman ni je yang xada koje yg menambat hati ayah. Balik umah je ayah akan bunyi cmni..." Kakak, ko dah apply belom koje kerajaan spa 2? Isi smua la apa yang patut. Kalau ada maritim ke, pertahanan awam ke amik je."

see...nampak x iman boder kan 2?

Start dari iman stdy kt Ipoh, sambung plak kat Shah Alam dan sampai la koje kat Bangi benda yg sme ayah ulang sampai iman pon dah boleh ikut pe ayah cakap hehhe..Sebenarnya ayah kiciwa banyak dengan iman. Last year dapat interview Laskar Maritim kt Ipoh iman xpergi cz kena buat ujian stamina fizikal. Bila ada ujian 2 yang iman lemah ckit. Awal tahun baru2 nh dapat interview technician kat sisa pepejal pon tak pergi...hahaha rasa mcm malas. Bila ayah dapat tahu geleng kepala jangan cakap la.

So untuk menebus silap tahun lepas, dengan memaksa hati dan tangan pilih gak maritim tapi atas ckit pangkat 2. Yang lain iman tawakal kat allah je. Satu lagi iman ada pesanan dari insan yang tersyg gak cume kena tggu ckit la yer..kdg2 xsedia lagi nak dengar tapi disebabkan beliau adalah salah satu insan yg iman syg maka iman akan cuba tunaikan. Gerek sehhhh...

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©