Thursday 22 December 2011

Sucikanlah

SUCIKANLAH..

" Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada PenciptaMU
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan RabbMU,
Dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





Ya ALLAH, hanya kepadaMU ku bermohon taubat,
betapa berdosa kerana sentiasa membuat sesuatu dengan nafsu bukan dengan akal
aku terlalu inginkan dunia sehinggakan akhirat ku lupa bajai,
kini ku sedar dari mimpi yang tak akan kekal selamaya...

Merendah diri itulah ketinggianmu


Merendah diri ituleh ketinggian mu
Merendah diri itu, disanalah letaknya ketinggian mu

Engkau pandai atau berilmu, banyak orang mendapat manfaat darimu

Engkau rasa dirimu tidak berguna atau tiada jasa apa-apa disinilah kemulian mu

Pandai engkau bergaul di semua golongan masyarakat
Engkau meletakkan diri pada tempatnya
Disanalah semua gologan boleh menghormati mu

Pemurahnya engkau, disitulah rezekimu di dunia,
Ertinya engkau tidak akan papa
Di akhirat kelak harta dan kekayaan bagimu

Engkau tidak suka nama dan glamour
Kalau engkau orang yang berjasa
Banyak orang mendapat faedah dari pertolongan mu
Dari jasamu

Nama dan glamour tetap ada walau tidak dipinta
Nama yang bersih tanpa diminta
Nama dan glamour yang diminta lambat laun orang benci

Setiap kali Tuhan mengangakt darjatmu disisiNYA
Kalau engkau sentiasa baik hati dengan manusia

Dengan manusia engkau baik sangka
Tidak pernah berdendam dan dengki dengan insan
Mudah engkau memaafkan orang
Disitulah ketengan dan kebahagian jiwa mu

Jika engkau sentiasa bertawakal dengan Allah
Engkau tidak akan risau dengan masa hadapan mu

Wednesday 21 December 2011

Belajar sesuatu




Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah
IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah
TAAT walau BERAT
Belajarlah
MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah
SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah
MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah
MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah
TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah
PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa
Allah SWT masih sanggup menolongmu

Berterima kasihlah pada orang yang telah…
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

Monday 19 December 2011

Saya nak join bloglist 2 ilasuhaila


meh korang join ilasuhaila
saje nk tambah kekawan

Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011


Bismillahirrahmaanirrahiim.. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.
 
Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 10 Disember 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 19:35 malam seterusnya bayang umbra pada jam 20:47 malam. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 54 minit.
 
Fasa Gerhana Bulan 10 Disember 2011
1. Bulan terbit :  pukul 6:54 ptg
2. Bulan memasuki penumbra :  pukul  7:35 malam
3. Bulan memasuki umbra   : pukul  8:47 malam
4. Gerhana penuh bermula  : pukul 10:07 malam
5. Kemuncak gerhana : pukul 10:32 malam
6. Gerhana penuh berakhir: pukul 10:57 malam

Solat dan berdoa.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
Syari’at Solat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Dari ’Aisyah r.a. berkata : ”Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Lalu Nabi mengutus seorang munadi (penyeru) mengumandangkan: “As-solatu Jami’ah”. Kemudian baginda solat 4 kali ruku’ pada 2 raka’at dan 4 kali sujud.”

Niat solat sunat gerhana

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam
Definisi Kusuf dan Khusuf 
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindung cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu`nya atau keseluruhannya.
Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu`nya atau pun keseluruhannya. Ramai ulama` yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau matahari.

Berzikir dan beristighfar.

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur.

Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba.

Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Sudah menjadi kewajiban kita selaku ummat Rasulullah saw untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Rasulullah saw telah berwasiat kepada ummatnya agar kita sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran & sunnah.
Persoalan gerhana hanyalah satu dari sunnah fi’liyyah (perbuatan) Rasulullah yang kini kian dilupakan. Menjadi tugas kita ummat baginda untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Wahai sahabatku bangkitlah, kerana hanya ditangan kitalah pewaris Al-ghuraba’ itu ada.
Ayuh anak muda, bangkit hidupkan sunnah Rasul mu!
 Sumber sahabat ana dan blog ustza shauqi

Saturday 26 November 2011

selamat menyambut maal hijrah 1433



Thursday 17 November 2011

Panduan Qiamullail



Ø Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
Ø Bersugi -àbahasa pasarnyer gosok gigi (^_^)
Ø Kerjakan solat sunat yang dituntut seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan ditutupi dengan solat sunat witir.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “ Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam.” (Riwayat Muslim).

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga ALLAH membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak.” (Surah al-Isra’ 17:79)

Ø Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
Ø Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
Ø Merintih dan menangis di hadapan ALLAH.
Ø Sementara menuggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan membaca al-Quran dan berzikir.
Ø Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.

Thursday 10 November 2011

my bubur jagung (^_^)



Salam readers

Sonoknyer cz saya dh pandai wat BUBUR JAGUNG sempoi..

Jejalan kt pasar tetibe Nampak jagung kt kaunter terus otak ligat 

memutar untuk menyediakan bubur jagung

Balik je jejalan kt blog seorang akk nh trs amik resepi BUBUR 

JAGUNG SEMPOIIIII!!!!





Bahan-bahan:

2 batang jagung

1 setengah sudu gula

½  garam secukupnyer

Air

Santan

Daun pandan(lau nk bagi wangi tpi td terlupe beli daun pandan)



Cara-cara membuatnya:

Potong jagung tdi tapi amikbutiran2 je.jangan amik sekali ngn batang2 

pulop(^_^)

Bubuh air dan letak atas dapur dgn menggunakan api yg pelahan tggu 

sampai dlm 10minit

Agak2 dh cun masukkan garam dan gula tadi n biarkan dlm 10 – 15 minit

Lau dah bertambah cun ag, bubuh santan dan air banyak mana anda 

suke.Lau nk wangi letak daun pandan tpi daun pandan 2 ikat2 le dulu

Tggu sampai 5minit n ready to prepare (^_^)


Sedap tau saya wat..meh la try(@_@)

Friday 4 November 2011

" AIDIL ADHA "Mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s



Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka

Wednesday 2 November 2011

Perbualan bayi sebelum kelahirannya


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Tuesday 1 November 2011

Apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah


terima kasih ayah

inilah C.I.N.T.A ayah..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

terima kasih ayah!!terima kasih emak!!

10 kelebihan pertama di bulan Zulhijjah



Sepuluh hari yang pertama di bulam Zulhijjah jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang sangat besar kemuliannya berbanding dengan masa-masa yang lain. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Fajr, ayat 1-3 :
وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
yang bermaksud : Demi fajar,  Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil tersebut ialah hari arafah.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”

Hadis ini jelas menunjukkan kelebihan 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah ini sehingga tidah dapat ditandingi oleh mana-mana amalan pun kecuali mati syahid.

Manakala kelebihan hari arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah SAW ketika menafsirkan ayat ke 3 dari Surah al-Buruj :
الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ
Yang bermaksud : Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat. (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Di dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda :
أفضل الأيام يوم عرفة
Yang bermaksud : Sebaik-baik hari ialah hari arafah (Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Di dalam hadis yang lain pula, sabda baginda SAW lagi :
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
Yang bermaksud : Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SAW akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari arafah.(Riwayat Muslim)

Bagaimana beribadat pada 10 Hari Pertama Zulhijjah Ini?

Di antara ibadat yang boleh diperbanyakkan pada tempoh ini ialah puasa sunat khususnya pada hari wukuf di arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda :
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Yang bermaksud : Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang (Riwayat Muslim)

Selain itu, seseorang muslim digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, bacaan al-Quran, qiyam dan sebagainya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak mungkin di dalam tempoh yang amat berharga ini.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
29 November 2008


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©