Sunday 23 October 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Thursday 13 October 2011

Rahsia Surah AL-KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &diturunkan di 

Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat 

daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis 

daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi 

daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad 

s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang 

yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu 

Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. 

makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, 

Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air 

mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-

mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk 

ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah 

s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah 

tetapi dizalimi.

7 Peringkat Solat



1. Sembahyang Orang JahiL

Pengetahuan fardhu ain tak lengkap, syarat sah sembahyang tak ingat, 

rukun dengan sunat masih keLiru. Dan tak berusaha puLa nak beLajar. 

IniLah dia dinamakan orang beramaL tanpa 'iLmu.

Hakikatnya : Orang sebegini seperti tidak sembahyang. AmaLannya 

tertoLak waLaupun duduk dekat saf yang paLing hadapan atau pun 

membaca surah yang panjang-panjang ketika sembahyang.


2. Sembahyang Orang Lalai :


Orang yang mengetahui fardhu ain dengan lengkap, tapi biLa bermuLa 

sahaja angkat tangan takbir fikirannya meLayang peLbagai perkara. 

Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang 

hiLang pun boleh teringat baLik daLam soLat. TerLalu banyak yang 

difikirkan daLam kepaLa, tiba-tiba sahaja sudah toLeh kanan, toLeh 

kiri....soLat dah seLesai !

Hakikatnya : FizikaLnya soLat tetapi aqaL dan hatinya tidak. ALLAH hadiahkan mereka neraka waiL untuk orang yang laLai daLam soLatnya.


3. Sembahyang Bukan Kerana ALLAH :

Kita sembahyang sebab ALLAH suruh kita sembahyang, tapi ada pulak 

orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambiL hati bakaL mak 

ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.

Hakikatnya : ALLAH tolak sembahyang yang bukan didirikan kerana-

Nya, kecuaLi biLa dah bertaubat dan menyesaL sungguh-sungguh.


4. Sembahyang Orang Mujahadah :

BiLa sembahyang kenaLah khusyuk, hati kena sentiasa ingat ALLAH. 

Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir daLam sembahyang. BiLa 

muLa nak meLayang ke Lain, cepat-cepat disentap baLik. Jadinya 

sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang 

tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu...

Hakikatnya : TerpuLang kepada ALLAH hendak ampun atau azab ! 

Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya. 


5. Sembahyang Orang SoLeh :

Makna pada bacaan sembahyang dihayati oLeh aqaLnya, fikirannya cuba 

diseiringkan dengan apa yang disebut oLeh Lidahnya. Fikirannya tak 

meLayang tapi kemanisan ibadah tidak terasa oLehnya.

Hakikatnya : Inilah sembahyang minimum yang perLu diusahakan supaya 

selamat di sisi ALLAH dan ia juga dapat mencegah diri daripada 

meLakukan perbuatan keji dan mungkar.


6. Sembahyang Para WaLi :

Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan 

sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. BiLa 

berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat 

dihayati dan dini'mati rasanya.

Hakikatnya : Bukan sahaja dijamin seLamat, ni'mat sembahyang yang 

tidak terucap juga dapat dirasai.


7. Sembahyang Para Nabi dan RasuL :

Sembahyang seorang hamba yang tenggeLam daLam keagungan 

ALLAH. Tidak dapat digambarkan indah dan ni'matnya.


Dimanakah kedudukan kita daLam soLat ???

Thursday 6 October 2011

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Saya blogger muslimah

Saturday 1 October 2011

Subhanallah...Begitu Hebatnya kuasa Allah





5 Sebab Menjadikan Ber"couple" Haram



5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating"
, ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Dosa kuku panjang & cincin di jari



DOSA KUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara
sekandang **** , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang
telah kita tanggung untuk kesemua ****-**** tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth


Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk
beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang ***** atau pun degil dan suka
melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun
tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya.
Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang
berkuku panjang .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan
mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin
pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak
tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita
mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©