Tuesday 20 September 2011

Lelaki idaman muslimah



bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan


Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.


Amalan yang baik

 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: 
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: 

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ? 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya * 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157. 


Monday 19 September 2011

Yang sederhana



Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya


Imam ku...


IMAMKU…

KAHWINI LAH DIRIMU SEBELUM KAU MENGAHWINIKU..

JIKA KAU TIDAK BERSEDIA MENGAHWINI DIRIMU

MAKA KAU BELUM BERSEDIA MENGAHWINI DIRIKU…

MASA MASIH JAUH..AKU TIDAK MENGENALIMU

AKU TIDAK PERNAH BERTEMU DENGANMU

WAHAI IMAMKU…

TAPI AKU TAHU..ALLAH TELAH MENETAPKAN AKU DENGAN KAU SEBAGAI IMAMKU

IMAM YANG BAKAL MEMBIMBING DIRIKU DAN ANAK-ANAKKU..

HIRUPLAH ILMU AGAMA SECUKUPNYA SEBAGAI BEKALANMU

BEKALAN UNTUK MENYELAMI ALAM PERKAHWINANMU..

DAN AMALKAN LAH SEGALA YANG KAU PELAJARI AGAR MENJADI PANDUANKU..

KERANA KAU TELAH DITETAPKAN ALLAH SEBAGAI IMAMKU SUATU HARI NANTI…

JAGALAH HATI MU AGAR TIDAK DI SENTUH OLEH MANA-MANA MUSLIMAH

KERANA APABILA DISENTUH HATIMU..HATIMU AKAN KOTOR SELAMANYA..

ANDAI PERNAH DISENTUH HATIMU.,MAKA TAUBATLAH ..

SIMPANLAH SEGALA PERASAANMU UNTUKKU…..

SIMPAN RINDUMU..CINTAMU..PADAKU…

AKU TETAP MENUNGGUMU…

MAKA MASIH ADA WAKTU UNTUK KAU MERUBAH SEGALANYA..

WALAUPUN KAU PERLU BERKORBAN…’

YA ALLAH JADIKAN DIA SEPERTI IMAMKU…KERANA DIA LAH BAKAL MENJADI PETUNJUKKU…

RAHMATILAH DIA YA ALLAH…RAHMATI DIA…AKU TETAP MENUGGUNYA….

PINANGLAH DIRIKU ANDAI KAU BERSEDIA SEGALANYA…

PINANGLAH AKU SEPERTI MANA DI SYARIATKAN OLEH ISLAM..

ITU LEBIH BAIK DARIPADA YANG LAIN..

JAGA HATIMU ANDAI TERDETIK DIHATIMU UNTUK MENGHUBUNGI KU…

ANDAI KAU LAKUKAN JUGA..MAKA JAUHLAH CINTA IMAMKU BUATMU..

AKU MAHUKAN KAU SEBAIK MALAIKAT..KERANA AKU MAHU MENJADI BIDADARIMU DISYURGA….


Aku hanya wanita biasa



Aku Hanya Wanita Biasa
Tampak Sempurna Di Luarannya
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku
Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak
Ketahuilah Bahawasanya
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia
Tua itu pasti menjangkau tiba

Buat dia bakal menjadi raja di hati
Aku Hanya Wanita Biasa
Kadangkala Ada Waktu
Saat kerja menghambat waktu
Aku mungkin terlalai seketika
Maafkanlah aku
Apabila aku alpa dengan duniawi
Maka tegur dan bimbinglah aku

Buat Dia Bakal Imamku
Aku Hanya Wanita Biasa
Aku Mohon Sokongan Dan Bimbingan
Aku Mohon Pemahaman Dan Pengertian
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku

Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa


Friday 16 September 2011

kalau kita nak tahu .. eh! mmg kita kena tahu ◕‿◕



Ketahuilah bahawa…
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Luahan hati Nisa(wanita) buat Rijal(lelaki) ◕‿◕

lelaki yang kami rindui


Lelaki yang kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya,
tiangnya agama,
batinnya takwa,
ilmu teguh di dada,
hatinya sarat cinta,
kepada Allah dan RasulNYA,
suluhnya bukan nafsu semata,
tapi ihsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
terhibur dengan kalamullah,
merasa manis dengan zikrullah,
rindukan perjuangan Rasulullah,
cintakan sunah kekasih Allah,
gagah menangkis mehnah,
di akhir zaman yang penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindui,
mengemudi bahtera rumah tangga,
petunjuknya al-Quran,
petanya sunah junjungan,

panjinya Islam,
sauhnya iman,
layarnya takwa,
pakaiannya sabar,
semangatnya membara,
setiap ketika,
menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindui,
malamnya syahdu dek tangisan,
tidak terbuai dek lena yang panjang,
munajatnya pilu, penuh keinsafan,
sujudnya penuh kehambaan,

Gentarkan neraka jahanam,
agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki yang kami rindui,
mengenalkan kami cinta hakiki,
cinta Ilahi itulah visi,
agar hidup diiringi Rabbi,
bersih dari tiupan iblis.
Dan lelaki yang kami rindui,
membentangkan kami permaidani muhasabah,
kata-katanya adalah tazkirah,
senyumannya adalah nasihah,
dan telunjuknya adalah arah,,
agar tetaplah kami penuh hebah,,
di atas landasan Islam yang indah,
hingga ke titisan darah.

berjihad lah kamu dijalan ALLAH =)


dipetik dr buku novel kak fatimah syarha
(seindah mawar berduri)

Syukran ◕‿◕



Praise to ALLAH...ALHAMDULILLAH bcz ALLAH give me chance 2 a life, 2 breathe d air, 2 pray for HIM...=)
Tiada ungkapan seindah bahasa yang dapat saya keluarkan dari mulut serta hati saya..
Memanjat syukur yang tidak terhingga setelah melalui pelbagai ujian dan halangan untuk mematangkan diri ini..
Kadang-kadang hampir berputus asa tetapi setelah diberi kaunseling dari seorang sahabat, saya kembali bersemangat serta berfikiran positif walau hakikat sebenarnya sukar menerima apa yang telah diberi oleh ALLAH
Tapi....Alhamdulillah akhirnya saya ikhlas menerima dugaan yang ALLAH sediakan untuk saya...
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
Saya pegang kata-kata ini
“ ALLAH tidak akan menguji hamba2NYA melebihi kemampuan dirinya “
Maksudnya ALLAH tahu yang saya sebenarnya dapat mengharunginya =)
Sejauh mana, seberat mana, seringan mana, seingat mana
Hanya 1 je..
1 je yang menjadi penawar n ubat
Dalam kesakitan, keperitan, kepahitan, kesedihan..1 sahaja ubatnya
.
.
.
.
.
.
.
Dengan membaca al-quran serta solat kepadaNYA
INSYALLAH pasti akan dapat mengharungi serta meringkan beban yang dipikul..






ini lah scehdule yg xrasmi saya..smua next week punyer



penat kemas bilik tapi hasilnya ?????hehehe




alhamdulillah..salah satu usaha untuk saya sembuh =)



paling penting inilah rahsianya...hanya 1 penawar serta 1 ubat



14 ramadhan bersamman hari ahad..mangsa adalah saya, ag saya serta kelurga akk saya




12 ramadhan bersamaan hari jumaat..mangsa adalah akk saya

Tuesday 6 September 2011

Eid mubarak

Alhamdulilallah rasanya tak terlambat lagi nk mengucapkan

selamat hari raya maaf zahir dan batin
Walau musibah datang menimpa2 saat kegembiraan hendak dicapai

Namun Allah itu Maha Mengetahui

DIA telah mengaturkan apa yang terbaik untuk hambaNYA

MASYALLAH
SUBAHANALLAH
 ALHAMDULILALLAH

Ini lah perkataan yang terucap sewaktu kebahagian dan kegembiraan 

dikecapi

Kami bersyulur sangat tika Allah beri kami sebuah senyuman

Yang penuh dengan hikmah disebaliknya

Biar orang lain tidak mengetahui apa yang disebaliknya

Hanya DIA mengetahui segala2nya

Lagi 1 jgn lupe puasa sunat 6!!!

"Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) 

enam hari Syawal, maka se0lah-0lah dia berpuasa sepanjang tahun." (HR 

Muslim



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©