Monday 31 March 2014

Review SlimFast Diet : Cabaran 10 Hari

Assalamualaikum

10 hari pun sudah berlalu untuk cabaran Slimfast Diet yang ditaja oleh MyBeauty Herbs dan Kak Mia. Terima kasih kepada mereka yang tidak terhingga. Ramai yang BK baca perubahan dari semasa ke semasa selepas minum SFD ni mendapat kesan yang positif. Alhamdulillah ada perubahan. Macam mana pula dengan BK? Ramai kot yang kecewa dengan kesan pada diri BK sendiri. BK pon tak tahu kenapa jadi macam ni. Jom journey BK bersama SFD selama 10hari.




Masalah yang dihadapi

Tentu tahu kenapa BK join GA ni. Sebabnya BK mempunyai masalh sakit tumit kaki kerana berat yang berlebihan sehingga tidak dapat menampung badan BK. BK ada cerita dalam entry INI. So boleh rujuk kembali.

Hari Pertama

Hari pertama minum SFD macam biasa, segala toksin dalam badan akan dibuang. Disamping itu, ia menstabilkan metabolisma dalam badan. Nak tahu macam mana. Contoh kalau kita makan benda yang kurang sihat eg: benda berminyak maka makin banyak la keluar segala toksin. Jangan cakap lah penatnya pergi masuk keluar tandas sampai badan weak. Member siap suruh pergi jumpa doktor suh ambil air garam (ORS) untuk dihydrate kan balik air dalam badan. Tapi BK kuat tak nak ambil benda-benda tu semua. Pengambilan air minum yang banyak sehingga BK sanggup beli botol air baru 2.7liter untuk cabaran ni.

Hari Ke Lima


Badan dah  jadi ringan. Waktu tu try timbang, turun 1kg je. Tak pe ada lagi berbaki 5hari untuk terus minum SFD ni. Bangun pagi pun dah kurang sakit kaki. Memang SFD salah satu produk yang berkesan untuk BK dalam masalah kegemukkan. Minum sehingga 3liter air sehari, kadang-kadang lebih. 

Hari Ke Sepuluh


Hari yang ditunggu telah tiba. Pagi-pagi timbang berat badan. Rasa luluh hati bila tengok timbang tu. Naik 1kg balik jadi berat BK 72kg balik. Oh!! Macam mana ni?? T______ T. Sedihnya... tak apa, at least SFD membantu BK berdisplin cara-cara pengambilan makanan. Walau pun berat naik, tapi BK puas hati sebab perut BK yang ala-ala 'tummy' ni dah berkurang. Maknanya.. tak muncit dah.Tak snap sebab segan. Dan paling best, BK dah jarang sakit tumit. Walau SFD dah habis minum, BK still amalkan cara berDA dan minum air banyak. Lupa.... ukur lilit lengan BK macam dah berkurang sebab baju BK yang tak muat dah boleh masuk walau tak banyak huhu...TQ Mybeauty Herbs & Kak Mia.



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

Wednesday 26 March 2014

Simple Kad Jemputan From Me

Assalamualaikum

SIMPLE! Easier to make it. Semudah ABC la katakan. Kad jemputan??? BK punyer ke? Suprise pula nak tunjuk. Tunggu BK next entry la. Nervous pula nak tunggu bulan5 ni ^_^



Monday 24 March 2014

CUTEnya!!! Tapi Apakah Ini?

Assalamualaikum

CUTEnya.. geram sebab comelnya melampau tahap newton. Inilah benda alah yang bff BK kasi yang kunun-kunun nya suprise la. Jalan-jalan kat MR D.I.Y kat Warta Bangi, jumpa benda alah cute ni. Tapi korang dapat teka tak apa nama benda ni?



Saturday 22 March 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.




Friday 21 March 2014

Antara Kereta Dan Azan

Assalamualaikum


#pray307 salam jumaah & 99 days ago

Thursday 20 March 2014

Aku Tidak Sabar Menanti Hari Itu

Assalamualaikum

Aku tidak sabar menanti hari itu
Dimana hari aku mempersiapkan diri
Dimana bermula segala hidup ku,
Datanglah kepada ku yang sentiasa merindui hari itu


Aku tetap menunggu MU

#panjangkan umur ku untuk bertemu dengan hari itu

Monday 17 March 2014

Abang salah seorang penumpang MH370?

Assalamualaikum

STAFF parking card

Ya Allah, Betul ke apa BK dengar ni? Macam tak percaya je. Padahal baru sehari sebelum tragedi kehilangan MH370 abg BK siap call nak 'surat' , tapi macam mana boleh jadi mangsa salah seorang penumpang MH370? BK dapat tahu pun dari ayah yang duduk kampung, sedangkan BK duduk sini pun tak tahu. Kenapa semua ini terjadi pada kami sekeluarga? Ya Allah.. Beratnya ujian ni. 

Itulah reaksi BK mula-mula dapat berita tergempar tu sedangkan sudah beberapa hari berlalu baru di gempar gempurkan. Mana tak nya.. orang-orang kampung yang dok buat cerita. Alahai meme la abg BK keje dekat KLIA, tapi bukan bahagian flight tapi bahagian train. BK nak terdengar pon tergelak tau. Ayah yang tak tahu pape pon terkejut, sampai ada orang kampung datang dekat ayah bagi tahu nak kepastian betul ke abg BK ada dalam MH370. Nasib baik ayah pula jenis yang tak serang orang. Kalau tak nak je cabai-cabai mulut insan tu. Kalau nak sebar berita, datang dulu ke rumah nak kepastian. Ini dok menjaja cerita pula. Kawan tu alhamdulillah sihat je pergi balik kerja. Kadang-kadang sampai tak balik rumah sebab banyak kerja. Sudah.. tak mo dok buat-buat cerita ok. 

#prayMH370


Sunday 16 March 2014

Siapa yang nak jawab dan siapa yang nak bertanggungjawab?

Assalamualaikum

Luluhnya hati siapa yang tahu,
Pedihnya hati siapa yang tahu,
Terguris nya hati siapa yang tahu,
Sakitnya hati siapa yang tahu.
Nauzubillah... jauhkanlah kami dari segala bencana serta hindarkan kami dari perbuatan zalim
Perbuatan yang boleh membawa kami lalai dengan suruhan MU
Jika hati kami masih lemah,
Engkau kuatkan lah,
Kerana kami hamba yang lemah.

Apa kata anda?




Apa perasaan mak ayah waktu ni? Penah fikir tak?

Isu Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 Bukit Jalil yang berlangsung selama 3 hari tapi pada hari ketiga dibatalkan kerana 'masalah teknikal '. Festival yang menyebabkan 5 kematian dan 4 orang kritikal? Apa kes? Sebenarnya banyak lagi BK nak debatkan, tapi siapa BK nak cakap dengan 'orang pandai '. Silap-silap kena gam then spam blog plak. Apa pun isu nya sekarang siapa yang nak jawab dan siapa yang bertanggungjawab? ' Orang pandai ' akan salahkan ' kuli ' sebab ambil benda haram tu, ' kuli ' akan salahkan ' orang pandai ' sebab sape suh luluskan. Apa kes? Nak baca lanjut serta kepingan-kepingan gambar sila ke SINI & SINI.

3 Air Mata Solat

Assalamualaikum


BK nak share tentang 3 air mata solat dari fb pages. Kadang-kadang kita lupa, kadang-kadang kita sengaja lupa atau kita memang tak tahu. Mana satu kita dalam golongan diatas yang BK sebut? Jangan terlalu selesa, kerana takut tak jumpa jalan kembali pada NYA.

Saturday 15 March 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


KLIK BANNER

BK ni tak penah merasa pakai power bank. Bebudak tempat keje smua pakai power bank. BK??? Hanya mampu pandang dari jauh dan simpan dalam hati je.


Nak Lagi... Boleh Tolong Buatkan Tak?

Assalamualaikum


Hamboi demand, dah bagi peha dia nak betis pula. Eceh melawak je la. Kawan BK ni suh repeat balik dessert kat atas ni. Bukan dia je, tapi ramai pula juri yang komen.

Juri pertama : Sedap !!!.. Tak manis, tak tawar . Rasa pun seimbang.
Juri kedua : Ermmm... sedap!!! sedap!!!.. Boleh niaga ni. Etek minta resepi
Juri ketiga : Wei sedap!! Ko buat sendiri ke beli?

Hahaha..bajet-bajet la derr.. aku buat kot siap berperang kat dapur tu. Paling buat BK kembang semua, dyorang suh buat lagi. Kira dah boleh bukak kedai la ni. Mesti ramai ingat BK guna milo kan? Hahaha... gara-gara kawan BK yang malas nak beli milo, dia suh pakai makanan yang dia tak habis. Tapi apa dia? Next entry la...

Resepi : Agar-Agar Chocolate Lapis Oreo

Assalamualaikum

BK nak share resepi agar-agar chocolate lapis oreo homemade by BK sendiri. Gara-gara senior BK share dekat fb, so tergugat lah iman BK nak buat. Tapi disebabkan milo tak ada, so BK pakai serbuk coklat panas a.k.a hot chocolate. Rasa likat, pekat dan struktur yang chantek!. Lupa, sebelum tu, BK nak ucap kredit dekat Kak Along@Roz sebab sudi share resepi yang debomm tu. Jom buat !



Bahan-bahan

1 Bungkus Agar-agar 250g
750ml air ( BK agak-agak je)
2 Sudu gula ( BK guna sudu senduk nasi )
1 Tin Susu Cair (390g)
2 Paket Serbuk Hot Chocolate
1 Bungkus Oreo ( better perisa ori ) - patahkan dua tapi jangan pisahkan lapis nya.

Cara-cara


  1. Masak agar-agar & air sehingga larut.
  2. Masukkan gula & masak sehingga larut.
  3. Masukkan susu, kacau sehingga sebati dan mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain & campurkan serbuk hot chocolate sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran chocolate ke dalam acuan. Panaskan chocolate dengan api yang sederhana bagi mengelakkan ia keras.
  6. Apabila lapisan dah keras, tuang pula kesemua adunan putih tadi.
  7. Susun oreo dekat lapisan putih ikut kreatif masing-masing dan ulang lapisan yang terakhir dengan campuran chocolate apabila lapisan putih sudah mengeras.
  8. Simpan dalam peti ais, tunggu esok baru makan. Sejuk-sejuk sedapnya.

Kak Along@Ros  ada bagi tips sikit. Jom tengok, baca dan faham.


TIPS UNTUK MELAPIS:a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Tips Merawat Ruam Pada Bayi

Assalamualaikum

Kredit : Sumber Google


Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari kelak, tetapi, sambil menunggu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan anak anda.

✔ Elakkan persekitaran panas dan lembap
Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh jika anak anda main berlari-lari, dan galakkan masa-masa dia berdiam untuk mengurangkan jumlah dia berpeluh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan atau semasa cuaca panas. Jika cuaca kekal panas walaupun di malam hari, letakkan kipas berdekatan katil anak anda.

✔ Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas; pilihlah fabrik natural. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

✔ Pastikan badannya sentiasa sejuk
Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi anda dalam air suam tab atau hujan. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala; memberi masa lebih untuk dia bertelanjang boleh membantu memulihkan ruam.

✔ Gunakan losyen calamine
Sapukan secara banyak (kecuali dekat kawasan mata) terutama sekali jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.

✔ Gunakan krim hydrocotisine (1 atau 2 %)
Atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.

Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit.

Kredit : SINI



Friday 14 March 2014

Sunnah Nabi Hari Jumaat

Assalamualaikum

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31) "





Jangan Main-Main Dengan 'Woman Instinct ' Seorang Isteri

Assalamualaikum


Anak Blogger Ada Jenama sendiri?

Assalamualaikum

Biar betol ni? Gosok mata banyak kali pun still nama budak ni. Hari tu dah la tak tak mengaku ada anak kembar. Hari ni pula, tak nak ngaku anak ada jenama sendiri. Please lah wei... dah penat la main dengan teka-teki ni. Cubalah ngaku, ini sampai orang lain jumpa rahsia, tengok depan mata baru nak ngaku. Sampai bila nak simpan rahsia. Nak tunggu kitaorang gali-gali lagi dalam ke? Ntah lepas ni rahsia apa kan nak disorok dari kami semua. Ha mesti yang lain pon sama macam BK kan. Nak tahu tak pasal pe BK geram-geram macam ni? Kalau yang lain tengok pon mesti geram.



Nampak tak apa dia yang BK letak? Tu nama anak dia dekat lori Kicap Cap Kipas Udang !!! Anak siapa? Siapa lagi kalau bukan anak Qelate Most Wanted a.k.a Bro Eraz. Gempak plak entri pasal anak Eraz ni. Dah dua kali buat kot buat pasal Zara ni. Boleh tahan femes la ko ni Zara.

Cabaran 10 Hari Bersama Slimfast Diet : First day

Assalamualaikum

Siap la kau SLIMFAST, BK sahut cabaran ni !!!!

Nebes pula nak bercerita dekat semua ni. Lately BK ada join Giveaway Slimfast Diet yang dianjurkan Kak Mia & MyBeauty Herbs. Alhmadulillah rezeki berpihak kepada BK yang beria-beria nak challenge 10 hari mencuba produk tu. Dan BK adalah salah seorang pemenang dari pencarian 40 blogger tersebut. Semalam parcel dah sampai dari MyBeauty Herbs. Excited nak start minum sebabnya BK sekarang nak berat ideal sementara ada masa menunggu bulan5 ni. Kebetulan BK sekarang pon sedang melakukan Diet Atkins ( DA ), mungkin dengan sampingan Slimfast Diet ni membantu mempercepatkan toksin dalam badan BK. Nak tahu lebih lanjut lgi tentang produk Slimfast Diet ni sila KLIK SINI. Jom kenal ' badan ' BK. Malu tapi kena ketepikan sekejap demi Cabaran 10 Hari Bersama Slimfast Diet !.

Kenapa nak cuba produk Slimfast Diet?

14. 3. 2014 ~ 72kg

Berat BK sudah mencecah 72kg dan menyebabkan BK sakit tumir kaki ( dah macam orang tua ) atau bahasa perubatannya Arthritis. Ini menyebabkan BK mudah cepat letih dan sukar mendapat tenaga pagi untuk memulakan kerja harian. BK ambil inisetif nak bagi berat ideal mencecah 55kg disebabkan tinggi BK yang hanya 154cm ( macam ayam katik ). Sambil BK berDA, mungkin Slimfast Diet dapat membantu pembuangan toksin dalam badan. Ia nya juga sebagai, makanan sampingan BK la.

Apa fungsi Slimfast Diet?

Dengan pembakaran lemak yang degil disampingan meningkatkan tahap metabolisme dalam badan. Ia juga dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam jumlah yang banyak. Paling best, Slimfast boleh mengurangkan selera makan dan sekaligus boleh mengawal berat badan secara berterusan. Ada harapan boleh capai berat ideal ni.

Ada pantang dalam pengambilan makanan tak?

Apa nak makan, korang boleh makan. Tapi kena kurangkan benda-benda berkanji, susu, gula dan karbohidrat. Lebihkan protein-protein macam ayam, ikan, daging, seafood dan sayur-sayuran. Air pula, minum dalam 2-3 liter untuk memudahkan proses pembuangan toksin.

Apa bahan-bahan dalam Slimfast Diet?


Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. 
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut. Informasi dari MyBeauty Herbs.

Macam mana nak bancuh?

Senang je.. bukak 1 sachet tu, letak dalam shaker ( kwn bagi ) letak air suam dalam 120ml. Hehe kalau orang lain, BK tak tahu la. Tapi instruction kat kotak kena bancuh dalam 1/2 cawan air suam. So kalau tak ada shaker boleh guna 1/2 cawan air ok.



#baru minum sekali, dah pergi jumpa Cik Jam pepagi. Sakit perut, mungkin ni salah satu proses pembuangan toksin. Pape pun cabaran harus diteruskan !!! 





Thursday 13 March 2014

Bila Berbaju Kurung, Berselipar Jepun

Assalamualaikum

Bayangkan bila berbaju kurung, berselipar jepun. Bukan selipar jepun berjenama ok macam Flipper, Snipper, Adidas, Asadi bagai ok. Ini jenama yang ramai sangat tak mampu beli. Orang macam BK je mampu beli kasut ni. BK memang tak boleh nak lekang dengan kasut 'mahal' ni. Sampai akk tegur, " Ko ni xclass la pkai baju chantek-chantek lepas tu pakai selipar jepun ". BK??? Ada aku kisah. Tak apa lah, belum tentu orang akan tengok kasut kita. Kalau tengok kasut kita pon, mesti dia pikir.. Owh budak ni tak ada lah vouge sangat.

RM 2.90

Tuesday 11 March 2014

Craft Puncher, Mana Nak Cari?

Assalamualaikum


Mano nak carik craf puncher ni? Jenuh gak carik setiap kedai stationery yang besar-besar atau kecil. Still tak jumpa juga. Kut-kut ada sesiapa boleh suggest kat mana nak beli. Tolong sangat2. Nak buat apa dengan craft pucher ni? Tunggu je la.

Monday 10 March 2014

PMPC Annual Fee?

Assalamualaikum

Mohon penjelasan yang sebenar-benarnya. Mentang-mentang kita menggunakan service 'dia', boleh sesuka hati je nak tolak, nak tambah. Mentang-mentang BK tak berapa mahir tentang service 'dia', dia nak mempergunakan kita. Kenapa BK je yang 'special' dalam service 'dia'? Hahaha.. ketidakpuas hati la dengan service 'dia'. Sebelum ni pasal bank Maybank. Duit adik BK konon 'ditelan' Maybank. Adik BK mengadu dia tanya kenapa duit dalam account dia hilang 'misteri' ? BK risau sindiket halus yang kita tak tahu. Last-last, BK suruh adik pergi Maybank mintak statement yang latest. Baru pergi kaunter nombor giliran, boleh plak seorang staf cakap " ok saya dah tahu masalah encik ". ????? Maksudnya ramai gak la yang kena 'telan' duitnya. Then baru dapat balik duit tu. Itu kes adik BK, kes abg ipar & kakak BK tak share lagi. Nanti BK share. Sekarang ni ada tak sesiapa cek dekat CIMBCLICKS tengok dekat view all accout. Tengok latest transaksi atas nama PMPC Annual Fee penolakan sebanyak RM15. Maksud PMPC pun BK tak tahu mende. Nak kata yuran tahunan kenapa baru tahun ni nak tolak sedangkan BK dah lama guna service dyorang. BK guna debit ke? BK tak pernah deal nak guna debit kad. Tengok kat inbox tak ada pula mesej apa-apa tentang ni.Kalau sesiapa ada keje CIMB tolong jelaskan dekat BK. BK tak nak bush je kang tak pasal-pasal kena gam. Kalau ada sesiapa tahu sila jelaskan lagi sekali.


Sunday 9 March 2014

Pray For MH307

Assalamualaikum






#mood ke laut sebab hati berdebar berita mengenai MH370

Saturday 8 March 2014

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum

Tanggal 8 Mac merupakan hari cuti wanita seluruh negara.. Yahooo.. tak payah buat kerja? Mestilah kena buat kerja gak kalau tak sape yang masak bagi yang bujang macam BK ni. Kalau mak BK, tak ada istilah cuti-cuti ni. Yelah.. ayah bukan jenis nak makan luar. Kalau makan luar pon, nasi kat rumah gak dicari. Ate biasa lah dok kampung, kalau nak makan 'luar' nun mak suh makan kat bawah pokok 2. Amekaw nak sangat makan luar. Baru perasan akk BK tag gambar ni kebetulan hari wanita so tempek la gambar ni. Terselit beberapa hero malaya kami ^_^





Thursday 6 March 2014

Ingat tak dulu?

Assalamualaikum

Kebetulan dan berbulan-bulan tak balik kampung cuma menunggu beberapa bulan lagi nak jumpa dengan cinta hati ni.Akk BK share status ni dalam fb dia, menambahkan air kolam bergenang mengalir dengan laju. Baca status ni, menguatkan lagi hati BK takkan berasa malu (walau sebelum ni tak malu pun).Semua-semua, jangan malu-malu tau sebab apa yang kita buat dekat kedua ibu bapa kita sekarang, anak akan buat balik dekat kita. INGAT !!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©