Wednesday 28 August 2013

Jangan Hina Kami !

Assalamualaikum


Jangan hina orang yang kerja kutip sampah kerana mereka melakukan kerja yang mulia !

Friday 23 August 2013

Segmen : Salam Ukhuwah dari Blogger Madrasahkehidupan.com

Assalamualaikum

KLIK BANNER

Nak buat ayat tak pandai tapi pendek kata jom TERJAH SINI

Thursday 22 August 2013

Kerana Si Candy Crush

Assalamualaikum

Bankrup macam ni kalau hari-hari Candy Crush asyik bertambah-tambah stage. Lagi-lagi suruh si tukang player mainkan. BK ni main tak ada la pandai tapi bengang kot kalau asyik main tak naik-naik stage nya. Bayagkan kalau start dari stage 36 sekarang ditolong oleh pakar Candy dah naik stage 38 tapi dengan upah la. Nak tak nak ketatkan muka sambil ketap gigi la. Punya lah dia ugut BK. Berani betulkan ugut-ugut BK ni. Sekarang ni boleh la nak belagak sebab stage dah naik. Boleh la siapa-siapa yang nak request live ke, massage ke mintak je kat BK. Walau BK jarang main, tapi kalau ada siapa-siapa request meme BK tak kedekut nak bagi tau. Lagipun game Candy Crush fonomena yang tengah meletop-letop. BK tak ada la gian sangat nak main tapi biasa la melaghakan waktu je. Tapi menyakitkan hati gak la, ayat si Candy... Delicious, Sweety, perghhh.. nak lempang gak si Candy ni. Time kita kalah langsung tak ada sebut sweet3 tu. Balik ke cerita kawan BK a.k.a si tukang player tu, demand nak lebih-lebih. Memang gaji BK bulan ni khas untuk dia je la. Terima kasih ye kawan ! Amekawa..! Hitam putih lagi tu punya takut ditipu. Bijak engko kan kawan hehehe..pape pon aku suke.



p/s: ada tak yag rare macam BK ni? Siap hitam putih lagi.


Saturday 17 August 2013

Gambar Kemalangan Jurugambar Ustaz Don

Assalamalaikum

Sebelum tu BK nak salam takziah pada arwah Nadia Zahari yang meninggal petang semalam di Seksyen 13 Shah Alam. Arwah dikenali sebagai jurugambar sewaktu pernikahan dan perkahwinan Ustaz Don. BK terbaca entry pasal arwah di rumah Uzu a.k.a Emas Putih. Bila baca teringat plak BK semalam berkomen dengan member pasal kemalangan ditempat yang sama dan rupa rupa nya kenderaan kereta kancil itu milik Nadia Zahari. Ini je gambar kemalangan semalam yang melibatkan kereta Audi A4 yang sempat kawan BK ambil sewaktu balik kerja petang semalam. AL FATIHAH... semoge roh arwah dilindungi, dirahmati dan dicucuri rahmat.

FB kawan BK

Berita terbaru kawan BK bagitahu tempat yang sama semalam di simpang empat politeknik tu berlaku kemalangan lagi hari ni. Ini gambar yang sempat diambil dengan member.

Berita terbaru tadi.

BK bukan nak cakap apa. Mana-mana pon tempat kita boleh terjadinya musibah. Tapi tak dinafikan la simpang 4 dekat PSA ( politeknik shah alam) tu kawasan hitam la. BK 2tahun lepas student sana so tahu la sikit-sikit. Trafic light kadang-kadang selalu tak hidup lagi-lagi time hujan lebat + ribut. Then satu lagi, jalan tu merupakan main road nak keluar highway, ke perindustrian so meme tak boleh control. Yang BK perasan, simpang tu terlalu besar sangat-sangat. Tak pernah BK jumpe lagi simpang sebesar tu. BK pernah mempertaruhkan nyawa untuk cross simpang tu dengan jalan licin. Time tu fikir serah dekat ALLAH je la. So kena hati-hati walau dimana kita berada. Kadang-kadang kita berhati-hati tapi orang yang langgar kita tu yang careless. Tapi tak boleh nak salahkan siapa-siapa sebab benda dah nak jadi dan sudah tertulis di atas.  Sebab tu kita yang beragama islam ni selalu digalakkan bertaubat sentiasa, sebab takut terlambat untuk bertaubat. Muhasabh diri, kenali diri dan rendah diri.


Proton Preve Hatchback, pelancaran pada 17 August 2013

Assalamualaikum

Hupdate laju-laju pasal Proton Suprima S yang menjadikan nama rasmi bagi Proton Preve Hatcback. Dengan design yang elegan memikat para pembeli. Kenapa dinamakan dengan Suprima S? Menjadi satu kontroversi ( Lantak dyorang la nak letak S ke, J ke, M ke). Malam tadi BK dengan kengkawan dah belek-belek serta bincangkan pasal keluaran terbaru Proton ini. Menjadi isu hangit la sehingga bos masuk campur. Harga yang dianggarkan dalam RM75K ke atas untuk varian premium. Bagi spesifikasi serta warna masih lagi belum diketahui. Setakat ni yang BK tahu colour biru je la.Pelancaran akan dilakukan pada 17 August 2013, Sabtu ( hari ni).  So siapa-siapa yang berkenaan boleh 'merisik' di Proton Edar yang berhampiran. Nak test drive pon boleh untuk menguji keselesaan serta kenikmatan Proton Suprima S.

Model latest proton yang memikat

Pandangan BK

Setiap orang ada hak untuk memilih kan serta melontarkan pandangan. So pandangan BK tentang Proton Suprima S mungkin lagi besar bajet serta maintanence kan? Yang berkemampunan boleh la kot kan? Bagi BK disebabkan gaji tak ada lah besar, tak berkemampuan so golongan macam BK kena amik kereta yang mampu milik serta jimat. Kalau setakat nak berjalan sekali sekala tu pakai kereta yang luas la. Pendek kata ikut pada kemampuan.

Nak tengok design Proton Suprima S tak? Jom KLIK SINI

Friday 16 August 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Thursday 15 August 2013

Fatih Seferagic Selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan

Assalamualaikum

Hafiz yang terkenal dengan menghafaz ayat-ayat suci al-quran dimana dia telah memikat hati para gadis-gadis dan wanita diluar sana, telah selamat mendirikan Baitulmuslim hari ini dengan gadis pilihan beliau. Sumber diperolehi di Instagram Fatih dan Page Fatih sendiri.



p/s: Mabruk Fatih dan pasangan (walau ko xpaham bahasa melayu)..smge berkekalan hingga jannah






Tuesday 6 August 2013

Kan baguss andai macam ni selalu

Assalamualaikum

Ha tula bila semua orang balik kampung, BK plak yang kena kerja hari ini membanting tulang empat kerat memang terbaik dari ladang. Memang la ramai yang keje hari ni, tapi tak ramai kot yang kena kerja sama dengan BK sampai malam ni. Mata panda la esok nak drive. Silap time, tertido gak la time drive. Nak pekena kopi ke, 100plus ke, revive isotonik ke tak ada makna la. Esok puasa lagi, kalau tak pose... gulp ! gulp ! gulp!...erkkkkkk! Alhamdulillah.. Tapi bukan nak citer esok, ini nak citer fresh dari area umah BK. Kan bagus kalau lepas ni macam ni selalu. Tak ada la berebut parking. Umah depan, tu kena parking berlangkah-langkah. Nak tercabut sendi berjalan. Kalau garaj penuh, parking plak nun kat hujung dunia. Tapi bahagia bila...












Bila kena bekerja hari ni

Assalamualaikum

Bila dah masuk 28 ramadhan ini, mood pon suam-suam kuku je. Tuesday blues je la..(layan). Nak tak nak koje jugak la kan? Orang lain dah happy bagai, BK yang senyap-senyap duduk sini 'bermain' dengan komputer, kertas, manusia... arghhhh ngantuk nya. Cuti pulak dapat berapa kerat je la. Boleh la setakat nak perabih kan ketupat, lemang, rendang, kerepek tu cukupla seminggu. Esok BK drive sendiri walau konvoi balik dengan akk. Seram sejuk jugak la nk drive time ramai-ramai kenderaan ni. Ragam bila kena kerja hari ni asyik nak marah-marah, bila ada orang tanya buat-buat pekak, bila orang mintak sign kita apa lagi letak nama Ultraman siap ada ic lagi. Ragam bila kena kerja hari ni lagi, parking sesuke hati je la. Adoi tak tahu la ikhlas ke tak kerja hari ni. Si Justin Timberlake- Mirror memecahkan kesunyian yang sedia maklum dah sunyi pon. Paling 'best', BK kena membanting tulang sampai malam. Memang best thumbs up ! Abg BK lagi best malam esok baru balik sebab dia baru transfer kerja baru. Jadik, baru-baru kena la ikut rules sikit bila dah agak otai baru boleh wat hal sikit hehehe...

Kawan-kawan ada ke yang kena kerja hari ni?

Monday 5 August 2013

GIVEAWAY RAMADHAN





KLIK BANNER


Giveaway ini bermula pada 15/07/2013 dan akan tamat tepat pada 15/08/2013
Terdapat sebanyak 33 hadiah yang ditawarkan  seperti Blouse peplum , shawl , jam tangan , topup , coklat oreo, tasbih digital , mask serta banyak lagi . 



jangan lepaskan peluang ! cepat , sebelum tarikh tamat .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©