Friday 8 February 2013

Kuat Sayang!

Assalamualaikum

Azan menandakan masuk waktu solat dan umat islam akan segera mengerjakan suruhanNYA tanpa berlengah. Azan hari ini membuatkan iman terdiam sekejap dan terdetik untuk membuat en3 pasal si dia. Kenapa nak buat en3 pasal si dia sedangkan iman langsung xkenal si dia? Siapa dia dengan iman? Apa hubungan kami sehingga iman terdetik nak buat en3 pasal si dia? Macam tak ada keje nak busy body pasal oarng lain kan? Tadi iman bw ke blog si pipi merah ni bercerita pulak pasal SLE dan siapa2 nak tahu info tentang SLE ni sila pergi page sini dan sini. Bila SLE datang tanpa diundang iman tetibe teringat pada si dia. Apa yang membuat iman tertarik dengan si dia ialah kekuatan dia teruskan hidup walau terpaksu tunda semester demi MR.SLE tu. Sebenarnya iman baru dapat tau yang ramai kengkawan alam blogger kita `bersama` dengan MR.SLE 2, diantaranya si diasi diasi diasi dia dan si dia. Mungkin iman tak mampu nak menyumbang kewangan yang banyak tapi iman hanya mampu menadah tangan meminta pada Allah agar diberi kan kesihatan yang baik supaya kita dapat beramal ibadah denganNYA. Anggaplah juga ia salah satu jian dalam peningkatan darjat dari segi kesabaran.


Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.



allah always besides  u dear


Iman sentiasa ingat kata-kata kakak iman.:

Jika kita ditimpa sesuatu musibah kembalilah padaNYA, anggap ini mungkin satu kifarah untuk kita. Jangan lupa bila kita diberi waktu kesenangan jangan sesekali bersyukur padaNYA serta meneruskan cinta padaNYA.Pendek kata bila senang jangan dilupa dan bila susah jangan dilupa.


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

9 comments

8 February 2013 at 20:04

Allah.. iman entri yang menyentuh hati.Doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah dan diberi kekuatan menghadapi kesakitan untuk dia..Allah jualah sebaik2 pelindung dan sebaik2 pemelihara..
Moga dibawah PELIHARA itu adalah JAGAAN paling menenangkan.

syukran jazilan untuk entri ni.

Amiin Allahuma Amin,

8 February 2013 at 21:22

nad hanya kenl blogger deno ye yang ngidap SLE..die mmg seorang yang kuat..semoga die cept sembuh..mmg kita kene selalu ingat kepadaNya..kerna Dialah yang menetukan ajal maut kita..Allhuakbar

8 February 2013 at 22:58

Semua yang datang dari ALLAH ada hikmahnya..DIA pasti tau kekuatan hambanya untuk menghadapi dugaan yang diberi..Semoga mereka-mereka yang di uji ALLAH mampu bertahan..

9 February 2013 at 00:05

Akak ada sepupu yg senasib dengan mereka. Semoga mereka semua tabah dgn ujian Allah.

9 February 2013 at 01:14

good entry iman... semoga mereka tabah dengan ujian yang diberi Allah...

9 February 2013 at 01:20

erm..terbaik !

9 February 2013 at 01:20

tabahkan hati.

9 February 2013 at 22:30

Betul tu Iman...ada hikmah disebaliknya..cuma kena sabar

10 February 2013 at 01:44

semoga dorg trus tabah..prnh gk bce slh sorg yg ade SLE ni, dia cerita psl rawatan dia..sedih plak :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©