Wednesday, 27 November 2013

Emak.. best in the world!


Assalamualaikum

Wajah EMAK paling CANTIK,
Masakan EMAK SEDAP,
Kata-kata EMAK paling BERHARGA,
Doa EMAK  paling MAKBUL,
Restu EMAK paling DIBERKATI.

EMAK sangat sempurna dimata dan dihati saya, kami dan kita. SAYANG EMAK ! MUahhhh



Al Fatihah untuk emak dan ayah

Tuesday, 19 November 2013

Kenapa perlu duduk usai solat?

Assalamualaikum

Tertarik dengan petikan kata dari Habib Syech Zainal Abidin mengenai kenapa perlu duduk usai sahaja solat. Yang BK tahu, apa imam buat kita  buat je la. Kita zikir lepas solat sebabnya imam dok zikir kita pun follow tapi kita tak pernah mengabdikan sepenuh hati waktu tu.. Flash back balik apa kita rasa, solat kita ni diterima ke? apa pandangan allah pada setiap perbuatan kita? bacaan kita? Itulah perlunya duduk usai solat dan berdoa pada NYA.



Kredit : Sumber fb

Monday, 18 November 2013

Resepi : Puding Roti

Assalamualaikum

Jom BK share Puding roti yang BK buat sabtu baru-baru ni. Puding Roti simple, ringkas dan boleh la kecepatan untuk memasak nya.



Bahan-bahan

  • Roti gardenia ( tak kisah berapa keping ikut suka)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar mentega / majerin
  • 1 biji telur (grade tak kisah)
  • 1 sudu scoop tepung jagung
  • Gula ( ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu teh esen vanilla (bagi bau hanyir telur hilang)
  • Kismis ( sebagai hiasan)

Cara-cara membuat


1) Potong atau carik-carik kepingan roti dan rendam dalam susu cair. Susu cair hendaklah tuang separuh      dulu dalam campuran roti dan loyang. BK pilih yang aluminium sebabnya senang waktu nak membakar.

2) Blender mentega, telur, tepung jagung, gula & esen vanilla. Ingat tak susu cair yang separuh tadi yang BK guna untuk rendam roti? Balancenya BK campur dalam bahan yang untuk dikisar ni. Jalan pintas BK tak nak memukul sakit tangan.

3) Gaul bahan yang dikisar tadi dan tuang ke dalam roti yang direndam susu cair tadi. 

4) Taburkan kismis diatas. Tapi bagi BK lebih baik gaul kismis sekali dengan roti tadi sebab bila kita bakar tak ada lah bau hangit macam BK buat ni.

5) Masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius, 30minit. Jangan lupa letak air dalam panas dalam dulang oven. Contoh BK akan lampirkan.


Dalam dulang tu BK letak air baru letak aluminium foil tu.

Sebenarnya ada setengah orang akan makan dengan kuah kastard tapi BK tak buat. Sedap kot BK buat sebab tak kering tak basah. Pendek kata sedap sampai berulang-ulang kali buka peti ais. Bau telur pun kurang sebab penangan esen vanilla dan mentega yang banyak guna.



Saturday, 16 November 2013

Isu restoran nasi kandar: Wanita mohon maaf

Assalamualaikum

Masih ingat lagi tak dekat dalam paper isu Restoran Nasi Vanggey yang terkenal dengan nasi kandar label sebagai restoran 'nasi ganja' di gantung lesen perniagaan nya atas sebab ketidakbersihan restoran tersebut. Hari ni BK terbaca dalam Sinar Harian berita mengenai isu restoran nasi kandar wanita mohon maaf secara terbuka tentang penyebaran nya dalam facebook miliknya. BK tak tahu mana satu betul dan salahnya. Cuma yang pasti restoran tersebut digantung lesen perniagaanya atas sebab kebersihan juga. Sedap kot Nasi Vanggey kat Greentown, Ipoh sebab BK penah makan kat sana zaman belajar dekat PUO, Ipoh dulu. Mantap dan mabeles! Kesahihan ? Wallahualam..


Nasi Kandar di Jalan Yang Kalsom




Giveaway Ole-Ole from Korea by Shad

Assalamualaikum

KLIK BANNER

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Friday, 15 November 2013

Keputusan UPSR : Tak hadir penuh ke sekolah tapi dapat 5A

Assalamualaikum

Semalam adalah semalam, cewah ! Semalam result UPSR sudah pun keluar dan boleh cek melalui online atau SMS. Anak buah BK? Alhamdulillah walau tak dapat 5A masih lagi cemerlang. Bibik bangga sama kamu (hug). Entry kali ni bukan mengenai BK tapi, BK tertarik dengan cebisan akhbar hari ni mengenai seorang pelajar yang terpaksa 'ponteng' ke sekolah tapi dapat 5A. Memang terharu baca kisah adik Amir. 



Thursday, 14 November 2013

Keputusan UPSR | Melalui Online

Assalamualaikum

Hari ni tanggal 14 Nov 2013 bersamaan 10 Muharram, hari Assyura disamping itu result UPSR yang keluar hari ini. BK baru je hantar anak buah ke sekolah untuk ambil keputusan UPSR. Itupun rushing ambil anak buah dekat Klang. BK tak tahu pula yang UPSR boleh semak online. Itu pun terbaca dekat blog Mawardi Yunus, kalau tak baca berzaman BK nak tahu. Untunglah bebudak zaman loni, semua check online. Zaman BK dan kebawah masih lagi kena pergi sekolah ambil slip keputusan dengan berbaris panajngnya, naik pentas. Zaman sekarang sama juga, cuma up sikit guna online. Ini option untuk ibu bapa yang tak dapat hadir bersama ke sekolah untuk ambil keptusan UPSR. Jom check guna online.


Semakan online upsr 2013



Semakan melalui SMS

Goodluck akk ! Bbik tunggu dekat rumah je ni.


Pesanan BK untuk ibu bapa, apa pun keputusan anak kita terima sahaja dan paling penting beri kata-kata semangat. Anak kita dah buat yang terbaik ! 




Wednesday, 13 November 2013

Johor mingguan cuti jumaat sabtu

Assalamualaikum


Betul tak ni? Kalau betul alhamdulillah... Mana tahu lepas ni negeri lain terbuka hati nak buat macam ni pula. Terbayang-bayang kat negara Arab, bila masuk je waktu semua mall, kedai akan tutup dan solat berjemaah dekat mall gak. Tahniah Johor !

Tuesday, 12 November 2013

Ole-ole dari Jogya

Assalamualaikum

Ini je la ole-ole yang BK dapat dari bos BK yang berjimba-jimba ke Jogya. BK dapat beg silang dengan blaus batik, tapi sayang walau blaus tu muat-muat BK terpaksa merelakan dia terbang ke mak BK. Mak sesuai la dengan saiz baju tu. Ada siapa-siapa tak nak bagi ole-ole dekat BK?






Sunday, 10 November 2013

Rezeki Itu Bukan Milik Kami

Assalamualaikum



Sudah ditetapkan bahawa dia bukan milik kami dan bukan rezeki kami untuk memilikinya dalam masa terdekat. Jika sudah ditetapkan, bila-bila masa je DIA akan menarik kembali hakNYA. Walau hanya seketika, tapi masih buat BK tersenyum. Dia hanya meminjamkan sementara hanya untuk 9minggu. Excited bila mula-mula dapat berita sebab bakal jadi bibik yang ke9. Tapi perancangan dari NYA siapa tahu. Bibik sentiasa merindui mu sayang.

Friday, 8 November 2013

Salam Saiyidul Ayyam

Assalamualaikum



#Qoute islam

Itulah yang BK tengah merasa. Mungkin BK tak tahu bahawa orang lain pun fikir apa yang BK fikir. Jangan kita tengok dia macam orang senang lenang, freedom tapi sebenarnya dia sedang menyembunyikan sesuatu kesakitan dan keperitan yang kita tak nampak dan rasa.

Tuesday, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum

Mesti ramai yang terkejar-kejar menghupdate untuk Salam Maal Hijrah kan? So BK tak terlepas untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 dengan tema tahun ni " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ". Apa maksud wasatiyyah? Apa maksuh tonggak? Apa maksud kesatuan ummah itu? Guna SEO untuk cari. Mesti ramai cuti kan waktu ni? BK macam biasa lah tak cuti pun. Private la katakan, lagi satu BK sekarang tengah berusaha untuk masa depan. Doakan dipermudahkan lah.


Friday, 1 November 2013

Berbudi maka diberi ganjaran

Assalamualaikum

Ini sepatutnya cerita minggu lepas, tapi biasalah bila kita ada komitmen lain susah nak beri komitmen yang lain. Tunggu free je la nak beri komitmen. Minggu lepas mak ayah n adik datang sini tapi transit rumah SIL kat Klang. Mak ayah datang sebab ahadnya kena menghadiri kenduri kawin dekat Keramat AU3. Menyelam minum air sekali, mak ayah dari kampung bawak 'bekalan' untuk kami adik beradik yang berada di perantauan ni. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Bila kita berbudi dengan tanah, hasilnya subahanallah tak terkata. Tiga besen juga la mak ayah bawa dari kampung dengan hasil cucuk tanam dyorang. Meh BK nak kenalkan dengan siapa yang tak kenal. Mari dekat, yang dekat mari rapat. BK nak terangkan apa yang dibawa dari kampung ni. Dekat-dekat, rapat-rapat, jangan malu, jangan segan.



Kalau dah nama duduk kampung, tak sah kalau tak bercucuk tanam kan? Seronok je bila kiri kana rumah tanam sayur-sayuran. EMbah( nenek) BK rajin sangat bercucuk tanam, nak pula orang berumur ni bukan nak duduk diam. Ada je benda nak buat. Yang emak ayah bawak dari kampung daun kunyit, serai, daun turi, sayur kacang panjang. Ada lagi tapi BK macam biasa lah tak amik port.


Ini kebiasaan la, kalau balik umah pun buah ni tetap berbuah. Sampai berebut dengan musang la. Ada pelam epal, mangga dengan pelam kecil yang selalu orang buat dalam sambal belacan tu. Pelam tu masam sangat-sangat, tapi SIL BK buat kerabu mangga. Best kot sambil hujan menikmati kerabu mangga.


Ha.. mesti ramai yang tahu dan tak tahu tentang jambu merah ni kan? BK panggil masa zaman sekolah dulu, jambu dragon ball sebabnya bulat macam dragon ball. Lagi satu sebab zaman BK tengah gila Dragon Ball kot. Jambu susu penah dengar tak? Jambu sus yang warna putih tu, Kenapa dinamakan jambu susu, BK pon tak tahu. Lahir-lahir mak dah kenalkan jambu susu & dragon ball ni. Tapi sedap kot. Siapa nak rasa jambu dragon ball ni mai datang umah BK tapi kalau musimnya je. Kalau bukan musim, tunggu kucing keluar tanduk la.

Betul la orang tua-tua kata, orang memberi kita merasa eceh3 walau tak ada kena mengena kan? BK dah bayangkan kalau BK duduk kampung kan nak tanam macam-macam. Jimat sikit tak ada la sangat nak berbelanja lebih. Duit suami kena simpan dalam peti besi hahaha.... Jom try jambu dragon ball !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©