Thursday 27 February 2014

Petua menyegarkan daun sup

Assalamualaikum

BK letih la memikir macam mana nak bagi daun sup yang baru beli kat pasar basah bagi segar, tak nak daunnya layu dan coklat-coklat. Ada orang kata rendam dalam bekas lepas tu letak air. Tapi mak BK buat menjadi pulak 2, segar je. Petuanya letak dalam jug, letak air dan rendam akar serta pokok-pokoknya. Yang secret place nya pula, mak letak dalam bilik mandi. Mungkin disebabkan tempat tu sejuk dekat dengan air ke boleh jadi segar? BK tengok akk letak dekat luar pagar balkoni rumah dia, layu pulak. Sebab matahari memancar panas ke? Terbaca pula dekat blog Si Hakak ni cara dia mengekekalkan daun hijau. Owh selama ni BK salah la sebab letak air sampai penuh. Baru tahu letak air seinchi. Ada petua lain tak selain rendam akar daun sup macam ni? Kot-kot boleh kongsi sebab BK nak try gak menjadi tak. Petua rendam ni BK baru tahu kena letak air seinchi paras akar je. Kalau ada yang lain boleh kongsi ok.


cepat-cepat buang air yang penuh jadikan seinchi

Wednesday 26 February 2014

Dalam Diam-Diam Si Blogger Lelaki Ini Ada Anak Kembar?

Assalamualaikum

Memang susah nak percaya kot. Selama ni kita dok baca entri dia pasal seorang je anak dia, tapi bila digali-gali rupa-rupanya ada dua orang !. Apa lah nak jadi ni dok sorok-sorok. Nasib baik lah BK ni CSI yang brilliant dan berjaya mengali lubang yang selama ni ditutup rapat oleh si dia ni. Mana tak nya, yang sedia maklum nama anak nya Nur Zara Faleesya tapi ada lagi sorang nama nya Zara Batrisya. Pandai betul la blogger ni keep secret. Meme tak sangka. Korang tak percaya ke? Tapi nak tahu tak siapa blogger 2?Kenal Bro Eraz yang kacak dan bergaya 2? Dia lah orangnya.. Tak sangka kan? Nak bukti ke? Ok jom tengok sendiri. Dah tengok baru komen.


* Got permission from her aunty to stole her picture

Hahaha... gila kan? Muka sama nasib baik umur tak sama. Tu gambar anak buah kawan BK. Bila Bro Eraz selalu update pasal Zara Faleesya, mesti hati membuak-buak nak tengok gambar Zara Batrisya. Hahaha.. sory ek Bro Eraz wat gempak dulu. Mesti bengang je bila Bro Eraz baca entri ni. Jangan salah paham ek. BK hari tu ada gtau Bro Eraz yang muka anak dia sama dengan anak sedara kawan BK, dan secara kebetulan nama pon sama. Cuma Zara Faleesya 7bulan, Zara Batrisya hujung bulan3 ni setahun dah. Sory Bro Eraz. Apa macam sama tak Zara Vs Zara?

Tuesday 25 February 2014

Terapi Al- Quran Mampu Menyembuhkan Kesakitan

Assalamualaikum

BK sejak malam tadi rasa tak sedap badan, pening, nak muntah, sakit-sakit badan & macam masuk angin.First impression.. mengandung ke? Gila! tak kawin mana datangnya mengandung.Check BP, ok je 100/70. BK plak bukan jenis makan ubat klinik, BK layan ubat dari hemopathy PKNS Bangi. Tunggu gaji la jawabnya nak g check aliran darah ni. Bila masuk kerja petang ni, bertambah menjadi-jadi sakitnya. Jadi terapinya, BK pasang ayat al-auran. BK percaya setiap alunan ayat-ayat al-quran mampu menyembuhkan segala penyakit. Alhamdulillah, walau tak sihat sepenuhnya badan BK berasa kurang kesakitannya. Percayalah setiap ayat-ayatNYA !



TQ Ummi Iman share ni


Program Catuan Air Di Seluruh Selangor

Assalamualaikum

Al- maklum la bila dapat berita tergempar dari sumber media tentang Program catuan air di seluruh selangor malam tadi, terus bergegas langkah seribu nak cari bekas untuk simpanan air. BK ingat, BK adalah orang yang pertama beli bekas air rupa-rupanya BK orang yang entah ke berapa ribu beli. Bajet beli kat hardware belakang rumah sewa ni, sekali tengok dah licin tak ada langsung bekas. Bergegas ke Econsave Jalan Reko. Tengok jalan macam clear, tak ada orang. Sekali masuk, masya allah ada lah beberapa orang yang berebut beli bekas simpanan air ni. BK tanpa melepaskan peluang turut 'menyertai' perebutan ni. Inilah adalah yang pertama kali BK join program ni. Baru BK rasa sendiri apa yang orang lain rasa sebelum ni. Sebelum ni tengok dekat media je orang berpusu-pusu isi air untuk bekalan, sekali terkena pula dekat BK. BK tak pasti kawasan BK menjadi salah satu tempat yang bakal menjadi pencatuan air ni sebab hari ni baru pihak berkenaan akan buat sidang media bagitahu kawasan yang terlibat. 

Zzzuuppp..!!! Terlintas dekat fikiran BK. Kalau air tak ada, macam mana dengan hospital, bomba, kedai makan yang betul-betul merupakan sumber dyorang? Kesian nya.. macam mana ni? Kita pula kalau yang ada budak-budak kat umah, lagi satu hal nak memikir. Kalau kita yang dewasa ni boleh la lagi survive, tapi budak-budak ni macam mana? Nak tak nak, kita kena lah menyimpan gak. Tapi bagi BK lah, betul juga pihak berkenaan buat program macam ni betul tak? 

Siapa setuju program pencatuan air mengikut turutan?

Setuju tak setuju, program pon akan dilaksanakan. Nak tak nak memang kena ikut sebab dyorang ada objektif tersendiri.

Sebab apa kena catu?

Sebab loji dekat Selangor ni air nya dah 90% surut dengan kurangnya sumber air hujan. Lagipun awam sekarang baru nak 'menanam benih ' untuk hujan.

Apa objektif program ni?

Objektif nak mengajar kita bahawa dengan program macam ni dapat menjimatkan penggunaan air. Kalau sebelum ni guna air ikut suka, tapi bila program ni launch confirm ramai yang berjimat cermat. Orang kata sediakan payung sebelum hujan, bila dah hujan at least kita dah ada payung.

Berapa lama program ni?

Berapa lama tu tak pasti, tapi berdoa lah supaya keadaan kembali pulih seperti biasa. Berdoa pada ALLAH, supaya kita diberi sebesar ketabahan dan kekuatan nak survive hidup macam ni.


INI LAH bekalan BK sepanjang pencatuan

Sunday 23 February 2014

Permohonan UPU Kemasukan Pelajar Bagi Sesi 2014/ 2015 Online

Assalamualaikum

Permohonan UPU bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/ STPM telah pun keluar. Excited nak share satu benda. Ramai kot yang tak tahu bahawa online UPU dah bertukar web. Web sebelum ni tak boleh nak buka, so BK nak bagi link baru. Harap boleh membantu sesiapa yang nak isi borang tu ok. Anda boleh klik https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ untuk mengisi selanjutnya. BK baru tahu tadi, tapi mungkin ramai dah tahu kot. Sila bantu kawan-kawan yang lain ye. Lupa, pembukaan no pin UPU dah keluar so boleh beli di BSN yang berhampiran dengan kawasan anda. Bagi pemohon lepasan SPM ( kategori A ) no pin berharga RM 10.60, manakala bagi lepasan STPM / DIPLOMA ( Kategori B ) pula RM 15.60. Simpan lah duit gaji anda untuk masa depan ok. Check out !

Anda juga boleh klik http://upu.moe.gov.my/web/ untuk panduan mengisi borang.


KLIK GAMBAR untuk mengisi borang UPU

Bertudung Tapi Tak Tutup Aurat?

Assalamualaikum

Tanya diri sendiri kenapa tidak pakai tudung mengikut syariat walhal tahu ianya termasuk dosa? Pernah dengar tak ayat macam ni kalau ada orang cakap " tudung muslimah ni ikut syariat", tapi bila tengok... ????? awat pendek? jarang? cantik sangat sampai menarik perhatian lelaki? mana yang ikut syariatnya? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Anda lebih bijak memilih dari ditegur dan dijentik dari NYA. 




Thursday 20 February 2014

Buncit Lambang Lelaki Sebenar?

Assalamualaikum



Betul ke? Fakta atau auta? Tapi kalau dah masuk kes penceraian bagai, itu bukan salah satu sebabnya la. Dah tertulis semua nya di Luh Mahfuz. Tapi sejauh mana pula kebenaran tentang buncit lambang lelaki sebenar? Iman tak kawin lagi, so tak tahu.

Wednesday 19 February 2014

Logik tak?

Assalamualaikum

Mintak pandangan dari segi positif atau sebaliknya, adakah logik satu bekas bawang goreng dijual RM15?



Monday 17 February 2014

Tak Cabut Soket Menyebabkan Pembaziran?

Assalamualaikum


ate macam mana? pilihan ditangan anda ^_^

Segmen Jom Beramah Mesra

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Siapa Mejar Zaidi?

Assalamualaikum

Dah baca post BK tentang RESPECT To Mejar Zaidi ?. BK ada baca komen tentang post tu dan kebanyakan bertanya " Siapa Mejar Zaidi?" , " Kes apa? ". Sebelum tu, BK nak minta maaf la sebab post ni ada unsur politik sikit ( politik ke? ). Ingat tak waktu PRU13 yang lepas tentang penggunaan dakwat kekal?. Ada seorang pegawai TUDM menegakkan kebenaran tentang penggunaan dakwat kekal dan terpaksa dipenjarakan 2 tahun disebabkan kebenaran yang ramai orang dah tahu tapi buat-buat tak tahu. Jujur lah dengan diri sendiri, tanya balik diri sendiri ... betol ke dakwat kekal yang kita guna tu benar-benar kekal? Tepuk dada, tanya iman. Siapa Mejar Zaidi masih tak terjawab kan? Dia pegawai yang pertama berani menegakkan kebenaran tentang dakwat kekal walau tahu dia akan kehilangan pangkat. So dah terjawab tak soalan yang anda semua tanya? Kalau nak tahu lagi SEO kat google tau taip MEJAR ZAIDI AHMAD.



RESPECT To Mejar Zaidi

Assalamualaikum

Hukum didunia boleh kita langgar, tapi hukum diakhirat DOSA dilanggar. Kita boleh lari, kita boleh menipu tapi dengan DIA disana jawab lah sendirik. Respect Mejar Zaidi !. Biar hilang pangkat didunia, tapi pangakt disisNYA pasti lebih tinggi didunia.



#salamzuhur sambil muhasabah diri

Sunday 16 February 2014

Imbasan Kembali Kenangan Sekolah

Assalamualaikum

Ingat lagi tak zaman kanak-kanak dulu. Dari tadika, darjah 1 sampai ke UPSR kita dulu pernah jadi trend :



  • Artis cilik newboyz, Spin
  • Baca komik Doremon, Dragon Ball, Ninja Boy, Canon sampai kena sita dengan cikgu.
  • Mengahabiskan duit syiling kat public phone.
  • Permulaan nak berkenalan je mesti mulakan dengan " My Biodata"..Haha...Kalau teringat mesti senyum sorang-sorang.
  • Guna surat untuk berhubung walaupun jarak dekat. Yang best sampai tulis " Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas '. Budak perempuan balas confirm letak bedak bagi surat bau wangi.. hihi..
  • Time cikgu tak ada je main monopoli, saidina, tepuk daun trup, penutup botol, batu seremban, lawan pemadam, tak pun main bila guna kertas.
  • Beli gula-gula getah hitam buat belon. Makan jagoan neon biar lidah jadi warna warni. Beli tora, ding dang, dalam kotak dapat mainan dengan coklat.
  • Pergi kedai runcit yang ada game 20$ dapat kacang.
  • Beli kasut sekolah yang ada lampu ( Pro Att). Beli jam tangan Boy London yang warna kat dalam jam tu boleh bertukar warna. Beli jam G- Shock yamg lampu ada gambar.
  • Time cuti sekolah dan petang-petang main gasing, gulu, polis entri, lubang tikus, galah panjang, roundes, tamiya ( dashyankuro), zeropoint, main masak-masak suruh anak-anak beli barang pakai daun hihihi ....
  • Masa dulu adalah paling indah jika dibandingkan sekarang.
  • Sekarang ni adik-adik kita kecil-kecil lagi dah pakai bb, android.. lepas tu dah pandai nak bash2 ( kenakan ) orang bagai.


Just share.. Biar diorang tahu kelebihan dn keseronokan zaman kita dulu berbanding sekarang. Kalau ingat balik mesti tersenyum sorang-sorang.







Saturday 15 February 2014

Banjir di Ikea/Curve

Assalamualaikum

Berita terkini BK dapat dari sumber  #sinarharian.




Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Wednesday 12 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum

KLIK BANNER


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

P/s : Terima Kasih sebab sudi join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©