Assalamualaikum
Azan menandakan masuk waktu solat dan umat islam akan segera mengerjakan suruhanNYA tanpa berlengah. Azan hari ini membuatkan iman terdiam sekejap dan terdetik untuk membuat en3 pasal
si dia. Kenapa nak buat en3 pasal
si dia sedangkan iman langsung xkenal
si dia? Siapa dia dengan iman? Apa hubungan kami sehingga iman terdetik nak buat en3 pasal
si dia? Macam tak ada keje nak busy body pasal oarng lain kan? Tadi iman bw ke blog
si pipi merah ni bercerita pulak pasal SLE dan siapa2 nak tahu info tentang SLE ni sila pergi page
sini dan
sini. Bila SLE datang tanpa diundang iman tetibe teringat pada
si dia. Apa yang membuat iman tertarik dengan
si dia ialah kekuatan dia teruskan hidup walau terpaksu tunda semester demi MR.SLE tu. Sebenarnya iman baru dapat tau yang ramai kengkawan alam blogger kita `bersama` dengan MR.SLE 2, diantaranya
si dia,
si dia,
si dia,
si dia dan
si dia. Mungkin iman tak mampu nak menyumbang kewangan yang banyak tapi iman hanya mampu menadah tangan meminta pada Allah agar diberi kan kesihatan yang baik supaya kita dapat beramal ibadah denganNYA. Anggaplah juga ia salah satu jian dalam peningkatan darjat dari segi kesabaran.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
 |
allah always besides u dear |
Iman sentiasa ingat kata-kata kakak iman.:
Jika kita ditimpa sesuatu musibah kembalilah padaNYA, anggap ini mungkin satu kifarah untuk kita. Jangan lupa bila kita diberi waktu kesenangan jangan sesekali bersyukur padaNYA serta meneruskan cinta padaNYA.Pendek kata bila senang jangan dilupa dan bila susah jangan dilupa.
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".