Monday, 21 April 2014

Getah Belacan Bersepah-sepah

Assalamualaikum

Sumber : Google

What we call this object?? Hahaha.. kalau BK panggil getah belacan. Kenapa getah belacan? BK sendiri pun tak tahu sebabnya. Ini kes emak BK ajar mula-mula dulu. Siap mak bagitau.

 " Rui.. acu amik jap getah belacan dekat kepala sinki tu "
" ... jumpe ke idak getah nya .. "

Inilah emak daku punya ayat start mengajar mengenal getah belacan. So sampai sekarang BK pun still panggil getah belacan. Masalah yang sering BK hadapi di klinik bila stok ubat sampai. Berikat-ikat la dyorang letak ( supplier). Memang nampak kemas bila ikat ubat-ubatan tu. Tapi bila nk guna ubat, confirm kena bukak ikatan getah kan. Dah bukak nak campak mana getah tu? Nak buang sayang sebab kita tak tahu kegunaan akan datang. Dah macam-macam BK dengan kawan-kawan gali lubang idea nak letak tempat yang sesuai. Letak dalam kotak nampak macam memenuhkan space ktorang. Makin lama makin banyak pula getah belacan ni. So ada penyelesaian tak nak bantu BK?

14 comments

21 April 2014 at 20:16

Yang ini ibu panggil getah gelang. Memang banyak kat rumah. Nak buang sayang. Simpan di sekolah sebab lepas ni nak ajak anak murid main getah. hehe..

21 April 2014 at 20:58

Sambung2 buat mcm nk main getah tu, bosan2 kt klinik bole main.. Haha

21 April 2014 at 20:58

Sambung2 buat mcm nk main getah tu, bosan2 kt klinik bole main.. Haha

21 April 2014 at 21:52

ada gak yg pggl getah tempe kan? sbb dulu2 org jual tempe dlm daun pastu ikat ngan getah tu..

ala, nak buang pun xpe..tgglkan sikit je. kang supplier dtg anto ubat lg, ada getah lain plak..

hehe

21 April 2014 at 21:57

ada gak yg pggl getah tempe kan? sbb dulu2 org jual tempe dlm daun pastu ikat ngan getah tu..

ala, nak buang pun xpe..tgglkan sikit je. kang supplier dtg anto ubat lg, ada getah lain plak..

hehe

22 April 2014 at 07:41

First time dengar getah belacan...

22 April 2014 at 09:36

boleh buat ikat rambut ni BK...

22 April 2014 at 10:15

hehehe g sedekah lah kat mana2 kedai BK hehehe

22 April 2014 at 10:20

Bk kak Mv panggil getah sayur hahaha

22 April 2014 at 10:29

FIRST TIME akak dengar pasal getah belacan, akak panggil getah barang jerr...

hihi, pasal ngidam tu nnt dah besar boleh laa anak akak baca dalam blog ni..;-)

22 April 2014 at 11:13

ingat apelah getah belacan td.. heh heh

22 April 2014 at 12:25

hazy biasa panggil getah cacing. erk. geli kan? hheheee. biasa ayah hazy buat jadi lastik cicak =D

23 April 2014 at 02:51

nad panggil getah je..hehe..first time dgr getah belacan

23 April 2014 at 22:53

Owh... Kalau akk pggil getah daun rokok... Hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©