Wednesday, 30 April 2014

90% Preparation Yang Hampir Siap

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je akan berlangsungnya kenduri dkat rumah BK. Al maklum la setelah sekian lama umah kat kampung tu tak pernah diadakan kenduri lagi. Bila start kenduri ni, jadik eksited terlebih dos la. Barang-barang semua dah siap. Preparation pun dah hampir 90% siap, tinggal touch up last time kenduri tu je. BK bahagian goodies, kebetulan abg & SIL BK ada letak nama dalam kenduri tu so kami bershare goodies la. Nervous pula rasanya kenduri kali ni. Ramai orang kata dah macam kenduri kawin. Esok barang-barang yang ada kat tangan BK akan diambil oleh SIL BK untuk dyorang bawak balik ke kampung. Tadi pun dah double check mana barang yang tak siap, touch up sikit-sikit. Kira semua kuantiti cukup ke tak. Kad jemputan pun dah selamat diedarkan. Nebes sangat-sangat padahal kenduri orang lain, kita pula yang eksited.

Checklist

Goodies Done! Selamat hanto ke kampung separuh by SIL BK


Table Centerpieces Done! D.I.Y sendirik sebab puas hati.


Arrow Done! untuk petunjuk bagi jemputan. Ini pun D.I.Y sendirik.


Bunting Done! Dari Fizgraphic BK oder. Puas hati & cantik. Dah selamat sampai kg.


Cheese Tart Done! Tapi tak ada gambar sebab kawan BK tak siap packing lagi.

Nampak tak eksitednya BK? Hehehe... setahun sekali nak happy =)








9 comments

30 April 2014 at 22:22

ingat kenduri kawen tadi.. baca bunting baru perasan..hehehe..

moga majlis berjalan dgn lancar..:)

30 April 2014 at 22:57

sungguh mcm knduri kahwin . klu kat kg sis just beritahu kat surau . tahlil , mkn pastu bagi bungkusan makanan 'berkat' ...

1 May 2014 at 00:31

tak sabar kan? excited ni..moga lancar perjalanan majlisnya.
kak nad cop wat keje setting meja kek2, hahaha!

1 May 2014 at 02:59

perasan yg akan hadir,, bila nak buat majlis,, excitedddd dan x sabar,,

1 May 2014 at 12:46

Salam 1 Rejab Iman...Semoga majlis dipermudahkan ya..

2 May 2014 at 11:30

SMoga majlis berjalan dgn lancar dan dipermudahkan olehNYA.

3 May 2014 at 13:01

Meriahnya iman..kalau majlis iman mesti tripple meriah ni..

9 May 2014 at 10:35

good luck n all the best friend...jom join GA ni..

http://adna2029.blogspot.com/2014/05/rejab-may-giveaway.html
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/giveaway-i-love-perfume.html
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/giveaway-eikingg.html
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.htmlhttp://adna2029.blogspot.com/2014/05/2-mellya-and-iola-giveaway-bonanza.html

15 May 2014 at 22:15

Moga dipermudahkan urusan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©