Friday 19 July 2013

Tak layak bekerja

Assalamualaikum

Nak mengarang memang tak pandai tapi setakat nak bercerita rojak boleh la. BK bukan seorang puitis, bukan seorang penulis, bukan seorang karyawan tapi BK macam orang diluar sana yang tak tahu mengarang cerita. Kisah ini berkisarkan kejadian realiti yang berlaku dalam kehidupan remaja seusia BK (lahir 90an).

Tempat kejadian : Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi
Masa : 2.45 petang

Kebetulan urusan BK tadi diuruskan oleh seorang kakitangan LTH yang berumur. Urusan BK hanyalah mengambil masa yang kurang tidak lama. Sepanjang urusan dijalankan staf LTH tadi tengok la ic BK yang comot-comot tu siap tengok umur BK yang muda lagi (padahal tak muda mana pon). Geleng kepala dia tengok umur BK sebab muda-muda lagi dah nak berurusan kat LTH. Serius tersentak sekejap bila staf tu kata umur sebaya-baya BK ni tak digalakkan bekerja so dia suruh BK sambung belajar T_T

" Ya ALLAH, andai engkau mengerti apa yang terbuku dalam hati ku sudah lama aku tidak berada disini".

BK bingung sebab apa dia nak cakap macam tu.. Owh sebab nya dia kata dia yang sudah berumur pon masih lagi belajar dan umur-umur sebaya BK ni sebaya anak dia je yang sedang sambung belajar. BK tetap nak menegakkan kata-kata BK dengan beri jawapan BK mempunyai komitmen yang banyak walau komitmen tu tak nampak tapi bila digalas dan dipikul dibahu sangat-sangat berat. Walau bertitle bongsu perempuan, siapa kata boleh goyang kaki, duit masuk tiap-tiap bulan, menyuruh sana sini dan dimanja-manja? Tak...sebab family BK tak pernah membezakan ko bongsu ke, ko sulung ke, ko alang, achik ke sebab semua ada komitmen dan tanggungjawab. Lagi satu bab sambung belajar. Siapa kat sini sebaya BK tak ada niat nak sambung belajar. Tipu tak ada niat, lagi-lagi bila musim keluar result UPU, IPT tengok kawan-kawan dapat sambung mesti kita sedih jelez. Time tu tanya dalam diri.

" Kenapa aku tak jadi macam dyorang"
" Kenapa dyorang senang sangat sambung-sambung belajar"
" Aku ni bodoh sangat ke sampai kementerian tak nak amik aku ?

Bila dah tanya banyak-banyak dalam diri mula la dah ada jawapan sendirik. Selalu cakap dalam diri macam ni.


" Man, ko bukan tak layak, ko bukan bodoh cuma ko tak pandai kot. Satu lagi, ko kena pikir ko banyak komitmen walaupun ko ada adik beradik lain. Orang lain pon ada komitmen dekat keluarga, ko tu ada komitmen kat mak ayah. Belajar bila-bila masa pon ko boleh amik tapi komitmen ko xboleh bila-bila masa sebab selagi dyorang masih ada ko berbakti la. Ko kena bersyukur sebab ALLAH turunkan perasaan jelez sambil tu ALLAH menghidupkan ko dengan perasaan muhasabah diri. Ko ingat senang-senang ke ALLAH nak bagi kat semua orang macam ko ni. "


Ok.. tu la ayat yang selalu BK cakap untuk pujuk hati ni jangan jelez2 sebab rezeki lain-lain. Ada ALLAH bagi kaya, miskin, senang, susah sebab DIA menguji kita. BK tak kisah kalau orang cakap BK ni tak layak berkerja sebab BK bukan orang senang yang duit masuk tiap-tiap bulan dalam ATM.


" Katakanlah : " Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan ( siapa yang dikehendakiNYA) ". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan DIA lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya ."
[Surah Saba' : ayat 39 ]

Allah dah aturkan cantik rezeki untuk kita. Bila-bila masa ALLAH boleh bagi rezeki tu cuma masanya belum sampai lagi. Kalau ALLAH menghendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. 

8 comments

19 July 2013 at 17:21

Baru je share pasal la tahzan ~ rezeki kt fb td...

19 July 2013 at 17:24

bersabar lah banayak2.. in shaa ALLAH.. ALLAH itu maha pemurah.. mungkin BK boleh cuba untuk bekerja sambil belajar.. lagipun, dalam dunia serba canggih ni, ilmu itu satu bnde yang penting.. yang akan membezakan siapa diri kita ni.. diman kita patut berada.. Semoga BK berjaya.. tabah kan hati. teguhkan semangat.. jangan berputus asa..! May ALLA blees you...

19 July 2013 at 19:10

Sabar lah BK... Bkn semua org blh fahami keadaan kita sbnrnya... Insha Allah ada jalannya... Kuatkan smngt... Pasti ada rezeki yg tak dijangka nnt... Allah tahu yg terbaik utk kita...

19 July 2013 at 19:20

Jangan terlalu difikirkan cakap2 orang.. Allah dah tentukan rezeki untuk setiap hambanya.. Cuma perlu banyak bersabar dan yakin ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi untuk Iman.. Insha Allah.. =)

20 July 2013 at 00:44

sabar ye, bukan semua orang faham situasi kita, dan jangna dengar sgt kat orang cm tu , Allah maha mengetahui, berdoalah kepadanya

20 July 2013 at 08:43

tak semua orang mempunyai rasa empati dengan meletakkan diri sendiri di tempat orang lain...andai juma manusia sebegini..sabar sahajalah yang mamapu

22 July 2013 at 18:28

rezki msg2 kaann.. duduklah posisi mn2 pn, bekerja belajar menganggur ke xkisah, yg penting ada manfaat utk org lain. lebih2 lg pd ibubapa.

kalau belajar, tp menyusahkan makayah pn xgune jgk kan. so be happy with wat Allah have fated to you :) *btul ke english akak ni hehehe.

25 July 2013 at 08:31

Salam BK.. :)

saya pun bekerja awal..habis je SPM terus kerja. dalam tempoh awal kerja sampai sekarang, banyak dugaan bekerja dgn org yg lebih senior..tapi komitmen dan masa mematangkan kita..edehh..hihi but Alhamdulillah,taun ni masuk 4 taun dh bekerja...sabar je BK..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©