Saturday 27 July 2013

Hutang Puasa Orang Yang Meninggal Dunia

Assalamualaikum

Jom baca sini. BK nak share apa yang BK jumpa dan kena orang tahu. Tak semua orang disekeliling kita tahu apa yang kita tahu sebab mereka tak tahu apa yang kita tahu. Kita keliru kan tentang hukum sesuatu perkara, dan adakala kita rasa sesuatu perkara yang kita buat tu boleh bawa kepada perasaan was-was bila dah was-was maka hukum nya jadi haram plak kan? Lebih baik kita rujuk pada yang lebih arif la. So situasi ini selalu terjadi dalam keluarga kita mahupun orang lain. Terutama wali perlu ambil berat dan tambah ilmu sebab ini merupakan tanggungjawab kita. Jom baca bawah. Kalau tak paham boleh bertanya direct dekat ustaz, jangan dengan BK plak. Tapi kalau nak tanya boleh gak kut-kut BK boleh jawabkan. Jom!


Hadith ;
 Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.


Huraian Hadith :
  1. Kelompok orang-orang yang tidak wajib puasa adalah orang tua yang tidak kuat untuk berpuasa, wanita yang sedang mengandung, dan wanita yang sedang menyusukan anaknya ( boleh berbuka jika tidak mampu meneruskan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat pada ibu atau anak ).
  2. Puasa ibu bapa yang tertinggal boleh diganti jika diketahui jumlahnya tetapi jika tidak ketahui atau tidak diwasiatkan tidaklah perlu diganti, namun adalah lebih baik disedekahkan sedikit harta dan diniatkan untuk Allahyarham serta memohon keampunan atas segala dosa-dosa mereka kerana doa anak yang soleh adalah sedekah jariah yang akan sampai kepada si mati.
  3. Namun orang yang wafat dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa, harus digantikan oleh walinya, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W : " Sesiapa yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah diganti oleh walinya. " (Bukhari & Muslim ).
  4. Puasa adalah hak Allah, jika ditinggalkan maka ia menjadi hutang. Oleh itu orang yang berhutang atau walinya wajib melangsaikannya.


Sumber Ustaz Nasrudin Hassan









23 comments

27 July 2013 at 16:13

kena prihatin bab ni

27 July 2013 at 17:34

terima kasih BK ingatkan ini^^

27 July 2013 at 17:49

thanks di atas perkongsian nie..

27 July 2013 at 18:31

kena ambil tahu benda nie ,thanks sharing :)

27 July 2013 at 20:28

oooo. Menarik. Tq ats perkongsian ini :D

27 July 2013 at 22:49

thanks for sharing :)

27 July 2013 at 22:58

perkongsian yang berilmu ni iman..betul menjadi tanggungjawab wali atau waris untuk mengqada puasa andai ibu atau ayah kita yang telah tertinggal puasa semasa hayatnya..

28 July 2013 at 01:15

Alhamdulillah, dapat ilmu baru lagi hari ni.. Thanks Iman atas perkongsian ni.. =)

28 July 2013 at 01:15

Jentik HOTLINK! ;)

28 July 2013 at 08:07

yeke baru tau ni..thx kongsi nohhh

28 July 2013 at 16:54

baru kita tahu kak BK. thanks kak. nanti kita share sgn kengkawan :)

28 July 2013 at 17:54

thanks for sharing

28 July 2013 at 19:01

Nice sharing.. :-)

28 July 2013 at 21:02

nice info iman...

28 July 2013 at 21:51

terima kasih share =)

Anonymous
29 July 2013 at 15:46

very gd sharing ni !

31 July 2013 at 10:32

salam ramdhan ye budak kampunt tuu.,,eHHee

2 August 2013 at 12:44

Good infi. Thanks for sharing.

2 August 2013 at 22:33

Berat jugak tanggungjawab wali ini....
Thanks for sharing membuat kit asedar tanggungjawab kita

4 August 2013 at 20:54

good sharing dear...tq

4 August 2013 at 22:03

assalamualaikum BK...perkongsian yang baik...:)

6 August 2013 at 16:14

fuh..baru tau begitu berat tanggungjawab

16 August 2013 at 10:04

perkongsian yang menarik..thnks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©