Tuesday, 2 July 2013

Resepi Tom Yam Putih Versi Ikan

Assalamualaikum

Sape penah dengar tom yam putih versi ikan? Mana2 org pantai timur confirm tau kot. BK ni ha mengidam nak makan tom yam putih versi ikan. Sedap tau lepastu simple sangat-sangat. Agak-agak suri rumah yang nak masak cepat dan simple boleh try resepi ni. Tapi BK tak paksa tau just nak share je kesedapan umpama  makan di tepi pantai dengan angin yang bertiup kencang (cewah poyo je BK ni ). Jom check out tom yam yang BK baru buat tadi. Tom Yam ni kawan BK merangkap pangkat akk kat tempat kerja BK bagi resepi. Jom usha-usha dulu gambar then BK kongsi resepi nak?





Tom Yam Putih Versi Ikan

Bahan-bahan :

Bawang Merah
Serai 
Daun Limau
Limau Nipis
Cili Padi
Bunga Kobis (kalau nak)
Tomato (kalau nak)
Ikan kembung
Daun ketumbar

Cara-cara masak :

  1. Panaskan air bagi mendidih.  Kuantiti air terpulang pada masing-masing kalau rasa nak kuah banyak, maka banyak la kalau nak sikit maka sikit la.
  2. Masukkan serai tapi sebelum tu serai ketuk dulu, bawang merah yang dipotong dan daun limau beberapa helai. Kalau yang suka tambah sayur pastikan masukkan sayur yang keras macam bunga kobis tu waktu ni sebab nak bagi lembut.
  3. Masukkan ikan kembung. BK buat ni untuk 5 ekor ikan tau. Pastikan ikan kembung tu kasi cuci tau.
  4. Masukkan cili padi yang diketuk, garam dan gula. Air perahan limau nipis tu BK guna sebab gantikan asam jawa. Buang biji limau tu takut pahit kang. ( Perahan limau masukkan agak2 bila ikan dah nak masak)
  5. Bila dah masak, tutup api dan masukkan daun ketumbar yang dipotong tadi then serve!

SELAMAT MENCUBA ^_^

p/s: seyes tadi pergi carik daun ketumbar susah sangat2 limited sampai pergi pasar basah pon tak ada. Last2 mak cik 2 kesian dia bagi yang agak2 xsegar tapi jual 30sen je. Jadik la sebagai penyedap rasa



7 comments

2 July 2013 at 13:41

nmpak sedappp...hee

2 July 2013 at 14:14

sedapnya..boleh cuba ni :)

2 July 2013 at 15:27

blh cuba nie..:)

2 July 2013 at 16:13

Mcm sedap je.. Blh cuba nih.. :-)

2 July 2013 at 18:03

Belum pernah buat. Nanti bolehlah ibu cuba..

3 July 2013 at 11:09

tom yam putih? hehe. menarik ni :D

3 July 2013 at 14:38

best sgt & sedap ni !

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©