Saturday, 15 March 2014

Resepi : Agar-Agar Chocolate Lapis Oreo

Assalamualaikum

BK nak share resepi agar-agar chocolate lapis oreo homemade by BK sendiri. Gara-gara senior BK share dekat fb, so tergugat lah iman BK nak buat. Tapi disebabkan milo tak ada, so BK pakai serbuk coklat panas a.k.a hot chocolate. Rasa likat, pekat dan struktur yang chantek!. Lupa, sebelum tu, BK nak ucap kredit dekat Kak Along@Roz sebab sudi share resepi yang debomm tu. Jom buat !



Bahan-bahan

1 Bungkus Agar-agar 250g
750ml air ( BK agak-agak je)
2 Sudu gula ( BK guna sudu senduk nasi )
1 Tin Susu Cair (390g)
2 Paket Serbuk Hot Chocolate
1 Bungkus Oreo ( better perisa ori ) - patahkan dua tapi jangan pisahkan lapis nya.

Cara-cara


  1. Masak agar-agar & air sehingga larut.
  2. Masukkan gula & masak sehingga larut.
  3. Masukkan susu, kacau sehingga sebati dan mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain & campurkan serbuk hot chocolate sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran chocolate ke dalam acuan. Panaskan chocolate dengan api yang sederhana bagi mengelakkan ia keras.
  6. Apabila lapisan dah keras, tuang pula kesemua adunan putih tadi.
  7. Susun oreo dekat lapisan putih ikut kreatif masing-masing dan ulang lapisan yang terakhir dengan campuran chocolate apabila lapisan putih sudah mengeras.
  8. Simpan dalam peti ais, tunggu esok baru makan. Sejuk-sejuk sedapnya.

Kak Along@Ros  ada bagi tips sikit. Jom tengok, baca dan faham.


TIPS UNTUK MELAPIS:a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


4 comments

18 March 2014 at 22:34

Terima kasih share.. Nnt blh try...

19 March 2014 at 10:02

baru semalam menggoogle resepi ni..hehe..hujung minggu ni baru nak try.. =)

19 March 2014 at 10:33

blh cuba nie..:)

19 March 2014 at 10:51

Assalamualaikum. memang teringin nak cuba buat sendiri ni. hehee thanks BK kongsi resepi. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©