Thursday 17 October 2013

Resepi Cheesecut

Assalamualaikum

Ingat tak entry pasal resepi dari blogger terkenal tu. Dah berhabuk punya entry, gara-gara disebabkan 'kerajinan' M la. Hari ni BK nak 'bayar hutang' plak. Ada la dua orang si chantek yang dapat teka dari blogger mana kan BK bersifu dengan beliau. Jawapan nya... Cik Epal !. Jom BK share resepi dari beliau, tapi versi BK la iaitu belasah je janji rupa sama, rasa lain. BK tau gak ramai dah tahu pasal resepi ni tapi BK nak share untuk siapa yang tak tahu macam BK ni.

RESEPI CHEESECUT

Bahan-bahan :

Nestum (tak kisah nak yang ori atau ada perisa)
Susu pekat ( ikut tekak masing-masing)
Air susu minuman ( jenama masing-masing)
Biskut ( tak kisah biskut marie ke, dulexe ke, tapi kalau boleh yang sedap dan manis)
Cheese ( cari yang khas untuk kek, jangan yang untuk dalam salad)

Kos semua ni tak sampai RM30!

Cara-cara membuatnya :


  • Masukkan satu blok cheese tadi dan pukul sampai jadi standrd mixer la. Agak-agak dah cantik, tuang susu pekat tadi. Kalau ada yang nak manis lagi, nak bagi kombinasi cheese sodap tambah la susu banyak sikit. Tapi BK sarankan banyak susu pun ok. Serius!


  • Next step, sediakan loyang. Comel lagi kalau guna loyang yang ngam-ngam susunan biskut tu. Sebelum tu, rendam biskut ala-ala gitu dalam air susu minuman tadi. Jangan terlalu lama sebab takut lembik lepas tu susun atas loyang. BK guna bekas je sebab tak ada loyang.



  • Next, susun punya cantik, calitkan cheese yang kita dah pukul comel tadi diatas biskut cute. Kalau boleh nipis sikit pun ok sebab lapisan atas sekali boleh tarok banyak-banyak.




Last but no least, taburkan nestum tadi atas cheese. Kalau nak letak banyak pun ok gak. Ikut kesukaan masing-masing. Ini tekak BK punya je. Ulang semula langkah-langkah diatas sampai biskut habis pon ok atau sampai cheese tu dah nak habis.  Nak nampak kawaii lagi, boleh buat hiasan dengan starwberi atau coklat cair. Masukkan dalam peti ais sehari suntuk, tapi BK masukkan pagi malam siap potong dah. Siap! Abg Ipar BK suke beno Cheesecut ni tapi BK macam biasa la masuk tekak tak lalu. Jom selamat mencuba.

Tips

  1. Pemilihan biskut mempengaruhi rasa tau. Kalau boleh biskut yang sedap rasanya sebabnya BK dah try guna biskut cap tesco. Amatlah kurang rasanya huhu..
  2. Bagi cheese pula, disarankan menggunakan cheese yang khas untuk buat kek. BK dah survey cheese dan kebanyakkannya digunakan dalam salad. So, guna pilihan yang tepat.
  3. Nak manis dan kiut, nestum boleh pilih yang ada perisa madu. Siapa yang penggemar manis je la. BK try yang ori dulu.
  4. Air susu minuman tu boleh guna macam-macam perisa. Ikut rasa masing-masing.


Ok ni je yang BK nak share. Siapa nak try silakan. Selamat mencuba !






13 comments

17 October 2013 at 13:15

rajin Iman mencuba...he he he...nak rasa boleh?

17 October 2013 at 13:33

mcm senang..bolela mun cuba :)

17 October 2013 at 13:34

dari tuari ingat nak try buat..tapi tak terbeli-beli bahannya tu...

17 October 2013 at 13:41

hee sedapnyaa , nak try buat lah nanti , nice sharing :)

17 October 2013 at 13:42

baru je try....tp tak buh nestum tu....

17 October 2013 at 13:46

rasa cam nak try gak ler buat..nampak memang senang..

17 October 2013 at 14:07

nice!
i've done it!
sangat sedap!
kalau nak letak strawberry or other fruit pun boleh lagi sedap!

17 October 2013 at 14:15

aii...boleh cuba bt ni...cuma cari cheese jer..huhu

17 October 2013 at 16:22

oo..ada tgk kt blog cik epal..nnt nak cubalah

17 October 2013 at 17:51

assalamualaikum BK...wah sedapnya bila tengok resepi ni...:)

17 October 2013 at 20:12

saya rajin makan je, buat malas..huhu

18 October 2013 at 01:41

pandai BK buat^^

18 October 2013 at 18:44

gmbr yg dh siap ptg xde ke iman..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©