Friday 3 May 2013

TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..





credit SweetRaudah

12 comments

3 May 2013 at 00:37

bagus entry nie :) sangat berguna

3 May 2013 at 01:35

bagus bK! boleh dipraktikkan utk anak2 nanti :)

3 May 2013 at 08:16

praktikkan kat anak,anak buah, anak murid...hehe...

sangat bagus panduan ni...
terima kasih kongsi ilmu...

3 May 2013 at 08:54

Assalamualaikum.Terima kasih atas perkongsian..Sangat membantu. InshaAllah boleh digunakan dan dikongsi dengan orang lain juga ^^

Anonymous
3 May 2013 at 14:39

tq share this yer bagus sgt !

3 May 2013 at 15:32

salam jumaat ye budak kampung tuu.,eHHe

3 May 2013 at 15:33

bagus entry ni. kena buatkan utk Amirul. liat benor dia tu

3 May 2013 at 15:45

bagus ni.
thanks ye share

3 May 2013 at 15:46

Suka entri ni. Boleh pinjam idea ni utk anak2 didik ibu..

3 May 2013 at 16:09

In shaa Allah...

3 May 2013 at 18:49

menarik.tq sudi sharekan

4 May 2013 at 10:52

salam =)

wahh tips yg baik ni =)thanks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©