Thursday, 27 February 2014

Petua menyegarkan daun sup

Assalamualaikum

BK letih la memikir macam mana nak bagi daun sup yang baru beli kat pasar basah bagi segar, tak nak daunnya layu dan coklat-coklat. Ada orang kata rendam dalam bekas lepas tu letak air. Tapi mak BK buat menjadi pulak 2, segar je. Petuanya letak dalam jug, letak air dan rendam akar serta pokok-pokoknya. Yang secret place nya pula, mak letak dalam bilik mandi. Mungkin disebabkan tempat tu sejuk dekat dengan air ke boleh jadi segar? BK tengok akk letak dekat luar pagar balkoni rumah dia, layu pulak. Sebab matahari memancar panas ke? Terbaca pula dekat blog Si Hakak ni cara dia mengekekalkan daun hijau. Owh selama ni BK salah la sebab letak air sampai penuh. Baru tahu letak air seinchi. Ada petua lain tak selain rendam akar daun sup macam ni? Kot-kot boleh kongsi sebab BK nak try gak menjadi tak. Petua rendam ni BK baru tahu kena letak air seinchi paras akar je. Kalau ada yang lain boleh kongsi ok.


cepat-cepat buang air yang penuh jadikan seinchi

8 comments

27 February 2014 at 12:57

selalu mmg letak dlm bekas ada air je :)

27 February 2014 at 14:08

wah bleh try ni =)

27 February 2014 at 16:07

selalu buat macam nie lah..

27 February 2014 at 17:51

akak pun selalu buat macam ni iman...

27 February 2014 at 21:38

sorrylah iman ..tak ada petus coz selalunya masuk dalam freezer aje..

27 February 2014 at 23:47

Mmg msuk dlm air je...tapi pastikan berakar la... Dan air x blh byk nnt btgnye cepat reput...

28 February 2014 at 20:33

salam iman.. haah slalunye taruk dlm bekas + boh air gitu jugak la hehe

1 March 2014 at 20:04

kene panas memang layu dik oii..hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©