Monday, 25 March 2013

Today is the day !

Assalamualaikum


" Best! best! best! Hari ni kita pergi petik strawberi nak? Lepas tu makan tengahari kita masak ikan talapia bakar, sayur campur, sup, sambal kicap. Air pulak kita bancuh air sirap serbat dan air bandung. Petang kang kita pergi kedai aiskrim starwberi yang kat atas bukit nak? Tetibe rasa nak makan waffle bersalut strawberi la. Ha! Jangan lupa mak mesti nak singgah kedai tepi tu nak cari bunga orkid malam pulak kita pergi pasar malam kat situ ok tak? Nak beli buah tangan sikit tok kengkawan. Esoknya kita pergi Taman lebah dan rama-rama nak? Banyaknya aktiviti kita kan macam tak cukup je 2H 1M tu untuk kita sekeluarga  ^_^ "

 Hanyalah tinggal kenangan. Sebaik-baik rancangan kita, perancangan DIA lebih sempurna. Itulah sebahagian dari kehidupan kita yang kadang-kadang kita lupa dan lalai. Walau kami semua tidak dapat menyempurnakan hari itu tapi kami dapat berkumpul juga dalam situasi yang berbeza. Rancagan kami sekeluarga terpaksa dibatalkan kerana buah jangtung kami dan sekeluarga sedang menduduki 'ujian' dari NYA. Sayangnya DIA terhadap kami sekeluarga menguatkan lagi tangan kami yang dierat sekuat-kuatnya berjalan bersama-sama adik kesayangan kami. Kesian mak ayah makan tak lalu. Tengok nasi je tetibe bergenang air mata ni dan fikir ..

Apa adik makan hari ni?
Selesa ke dia sekarang ni?
Tabah ke dia? redha ke dia? kuat ke dia?


Allah menguji lagi kekuatan, kesabaran dan ketabahan kami sekelurga bila orang menabur fitnah dan dengki mengdengki terhadap kami. Masyallah.. mula-mula berat nak terima bila fikir balik sayangnya DIA dekat kami sekeluarga kerana memilih kami untuk diberi ujian itu. Alhamdulillah ALLAH MAHA ADIL bila orang yang difitnah bebas dari tuduhan. Saat itu dahi mencecah bumi memanjat syukur ke hadrat illahi.



Latest news
p/s: sepatutnya adik operate hari ini (25.3.13) jika diizinkan ALLAH, tapi ALLAH MAHA MENGASIHI pembedahan terpaksa ditangguh. Kesihatan adik tidak mengizinkan semenjak seminggu lalu untuk meneruskan pembedahan dan hari tu doktor ada cakap risiko besar adik mungkin akan terkena jangkitan kuman kerana pembedahan lambat dilakukan. Yes! dugaan kami kerana pembedahan lambat disebabkan sistem hospital macam tu! BK tak minta apa-apa dari kalian, BK minta sepotong doa untuk adik BK =(


Kakak sentiasa bersama kamu dik. Kalau sakit itu boleh dialih, akk akan ambil alik sakit tu =(

19 comments

25 March 2013 at 12:50

semoga BK diberi kekuatan n ketabahan utk mnghadapi dugaan ni..AMIN..

#adik sakit apa? ..

25 March 2013 at 13:13

Assalamualaikum awak. insyallah. doa kami yang terbaik buat adik awak. dia sakit apa ye? tabahkan hati, insyallah ada hikmah disebalik ini :)

25 March 2013 at 13:30

Iman... kakak doakan yang terbaik buat adik iman, semoga Iman, mak dan ayah Iman sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ni...kakak doakan yer... Iman jaga parent Iman elok2 kay...dan Iman pun jaga kesihatan kay...

25 March 2013 at 13:36

Semoga beliau cepat sembuh...
Insyaallah Allah swt akan permudahkan segalanya...

25 March 2013 at 15:05

get well soon yea..

25 March 2013 at 15:35

tabahkanlah hati dan kuatkan semangat....semoga cepat semboh...

25 March 2013 at 19:42

segala ujian Allah itu bukan semata2 azab..namun sebaliknya terselit nikmat dan rahmat..mungkin tidak dapat dirasai didunia namun dapat dinikmati di akhirat..

25 March 2013 at 20:38

moga kak BK dan keluarga tabah mengharungi dugaan itu. kite doakan adik kak bk cepat sembuh :)

25 March 2013 at 21:29

semoga adik BK tabah dah sabar menempuh ujian dariNya..serta diberikan kesembuhan yang sempurna...aminnnn

25 March 2013 at 21:44

semoga segala dugaan ini dipermudahkan oleh-Nya.. ameen..

25 March 2013 at 22:17

semoga tabah hadapi dugaan.. semoga cepat sembuh.. take care ye :)

26 March 2013 at 07:50

semoga cekal,..dan semoga segalanya akan kembali baik sediakala..

26 March 2013 at 08:51

moga adik cept smbuh...

26 March 2013 at 16:28

Akak doakan segalanya dipermudahkan Allah swt...Ya Allah sembuhkan la Adik BK..

26 March 2013 at 16:53

salam
Doa ta agar cepat sembuh.amin

26 March 2013 at 18:32

semoga cepat semhuh yer ... be strong !!! ada hikmah yang kita tak tahu yg ALLAh nk berikan pada kita

27 March 2013 at 10:34

Salam..semoga adik diberi kekuatan..akak dah alami berbulan2 dalam ICU, semoga BK sekeluarga tabah...mohon doa dari yang esa..lakukan solat hajat juga...

27 March 2013 at 12:57

adik ah sihat ker BK

8 April 2013 at 10:50

abg ipar ciksu baru xcident juga.bulan mac..
semoga kita kuat ye iman..

abg ipar baru operate baghaian tengkuk sbb ada tulang patah.
alhamdulillah.baru blk rumah 2,3 hari lepas

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©