Friday, 24 May 2013

Oh My Giveaway

Assalamualaikum


klik banner

Tamat: 31/5/2013


Tazkirah jumaat

Assalamualaikum

Syukran ! Syukran ! Syukran !


Thursday, 23 May 2013

Resepi roti bujang

Assalamualaikum

Tetiba malam balik dari koje lapo je perutnya berbunyi-bunyi. Sambil layan citer Looney Tunes : Back In Action, BK bekalkan resepi bujang (sekarang dah kawin) version abg BK. Abg BK pesan waktu dia memperkenalkan resepi ini dekat BK, ini menjimatkan masa serta mengenyangkan perut pendek kata (panjang tak kata apa-apa ) nak alas perut la. Jangan pikir BK malas tau, ini diet malam tau. Sisimple simply siti tau. Bahan-bahan nya sangat ringkas hanya dua bahan je. Nak tau apa dia?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

.
.
.

Tadaaaa... roti + cheese keping!


' Diet' BK

p/s: inilah resepi abg BK ajar dulu kalau ada siapa2 yang xsempat nak brekpes gunalah resepi BK. Selamat mencuba ^_^


1st Giveaway by Johar

Assalamualaikum

klik banner

6 Pesanan Iman Al Ghazali

Assalamualaikum

Sekadar pengkongsian dan peringatan untuk BK dan semua orang. Kadang-kadang BK lupa apa yang tajam didunia ni sebab rendahnya iman dalam diri.Kadang-kadang BK lupa apa yang paling berat didunia ini sebab BK selalu lalai dan alpa. Kadang-kadang BK merenung kehadapan, kenapa BK tak dapat nak beristiqomah dengan bersungguh-sungguh. BK patut bermula dari mana? BK tak nak kawan-kawan BK lalai jadi sebagai kawan BK bertanggungjawab untuk mengingatkan kepada yang lalai supaya kita dapat bertemu dijannah kelak. 




p/s: BK terlintas nak share sebab terbaca entry Kak Mia tentang jangan mudah lupa diri, dan tetiba muhasabah diri betapa jahilnya BK =(

Segmen : Blogger Pilihan Saya By ALS

Assalamualaikum

klik banner

Info tentang air kelapa

Assalamualaikum

Air kelapa adalah ubat sepanjang zaman untuk banyak penyakit yang tidak ada siapa mampu nafikan keberkesannya dan keasliannya. Ubat yang paling mujarab ketika demam, selain dari ubat yang disebut jelas didalam hadis nabi s.w.t seperti madu, air zam-zam, kurma, habbatus sauda, berbekam dan lain-lain..

Apapun, hanya Allah yang Maha Menyembuhkan. Kita sekadar berusaha dan berdoa.





P/s: Pastikan air kelapa tanpa gula, tanpa ais..BK ni fans of air kelapa. Kalau nak pergi kerja petang mesti beli yang singgit tanpa ais. 



Wednesday, 22 May 2013

Mei topap giveaways by Cik Yaya

Assalamualaikum


klik banner

Makna Al-Fatihah

Assalamualaikum

credit fb

Untuk makluman semua, surah Al-Fatihah adalah kepala bagi semua surah. Walau nampak biasa surah ini tapi kesannya dan maknanya yang sungguh mendalam. Selalu ustaz Don nasihatkan baca alfatihah dengan tajwid dengan betul sebab tersalah tajwid dan hukum, maknanya menjadi lain. Please be alert kawan.

Tuesday, 21 May 2013

Pilih, Klik dan Menang (1st Giveaway by Mahirah Muhamad)

Assalamualaikum


klik banner

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Tiga best friend maut dalam kemalangan ngeri

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni BK rajin tengok berita berkaitandengan kemalangan dan BK tak tahu plak rupa-rupanya kemalangan yang BK cerita ada kaitan dengan keluarga BK (maksudnya kwn akk, sepupu, saudara, adik). 

Pagi ni BK dapat berita dari kakak BK tentang kemalangan petang semalam tiga sekawan meninggal semasa hendak menyambut hari guru. Rupa-rupanya tiga sekawan tu kawan sepupu BK yang dekat sini. Sepupu BK semalam ada paper (student UM) jadi dia menyusul dengan motor untuk pergi menyambut hari guru di MRSM Kuala Kubu, manakala tiga sekawan pergi dengan menaiki kereta. Menurut cerita sepupu BK, pemandu hilang kawalan dan dan memasuki arah jalan yang bertentangan lalu berlanggar dengan lori. BK pon pagi ni tengok la fb sepupu sayu je bila sepupu buat status ni. BK tersentuh bila tengok dekat fb ketiga-tiga arwah dipenuhi dengan salam takziah. Allah menyelamatkan sepupu BK dengan menggerakkan dia menyusul kemudia tapi nasib ketiga-tiga sahabatnya Allah menggerakkan dengan cara lain. Al-Fatihah..


status sepupu BK




Kereta yang dinaiki tiga sahabat

Manakala kemalangan ngeri di MMR 2 yang BK buat entri semalam pula, salah seorangnya student kakak ipar BK dan BK dapat maklumat mangsa putus kepala kerana terkena penghadang jalan. Al- Fatihah..

p/s: kak nad, BK fobia gak accdnt thn 2011 tu tapi yang dekat federal higway kawan2 kirin lagi fobia



Monday, 20 May 2013

Giveaway Simple-Simple by: Anis

Assalamualaikum

klik banner

Kemalangan ngeri di MMR2

Assalamualaikum

Bersyukur dihindari dari bencana pada saat ini tapi kita tak tahu seandainya selepas saat ini giliran kita pula. Mengucap BK bila baca dalam fb kawan-kawan dok share tentang kemalangan ngeri di MMR2 berhampiran petron arah Bukit Antarabangsa petang semalam yang melibatkan 3 buah kereta dan sebuah motosikal. Empat maut dalam kemalangan ngeri itu. 

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua viva mati ditempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar oleh dua buah kereta lain. Kemalangan ini berlaku anggaran dalam pukul5.30 petang.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kerea proton satria yang turun dari susur keluar Bukit Antrabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MMR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan sebelah MMR2 menuju arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata proton satria itu dipercayai melanggar sebuah perodua viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.

Nama mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani 26 dan Nurul Intan Syahida, 22 serta sepupu Nurul Intan iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad 28, dan Asma Ismail, 22.

innalillahiwainalillahirajiun.alfatihah..takziah untuk keluarga mangsa.



p/s: masih fobia dengan kemalangan ngeri kawan adik yang dekat federal highway lagi.

Sunday, 19 May 2013

Pereka fesyen terkenal memeluk islam

Assalamualaikum

Siapakah pereka fesyen terkenal yang dimaksudkan tu kalau bukan Calvin Thoo. Beliau memeluk islam setelah bermimpi mengucap dua kalimah syahadah. Subhanallah, walau ia nya sepotong ayat tapi betapa berkesan dan terkesan nya kepada orang yang betul-betul dipilih oleh ALLAH. BK mendoakan semoga pereka ini beristiqomah bersungguh-sungguh amin...


Calvin mengucap syahadah dihadapan Ustaz Ismail Kamus

SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


Saturday, 18 May 2013

Segmen Saya Blogger Awesome by Mohd Zuhri

Assalamualaikum


klik banner

Tarikh Tamat 25/5/2013

Mini Segmen By DIS

Assalamualaikum

klik banner

CONTEST SAYA COMEL!!

Assalamualaikum



p/s: soalan cepumas..Comey tak BK? Ramai orang kata BK macam eira syazira hehehe... comel BK hanya untuk suami ^_^

Friday, 17 May 2013

Tahniah Siti Sarah dan Shuib

Assalamualaikum




Tahniah kepada dua pasangan yang kecik molek dan chomel ni kerana mendapat cahaya mata perempuan. Semoga Siti Sarah dan anak sihat-sihat selalu. Selanjutnya boleh tengok dekat sini

May Giveaway By Amer Corner

Assalamualaikum

Tomorrow weekend coming again. As usually my activite ^_^

klik banner

Thursday, 16 May 2013

Tanda sokong royalti

Assalamualaikum

Bukan nak bicara panjang, bukan nak berbalah, bukan nak mencaci cuma nak ambil balik hak royalti. Bukan  nak ungkit cuma nak tahu je royalti semua ni sebelum ni kemana? Sudah 3 jam perbicaraan berlangsung di dalam Istana Kehakimann pada pukul 9 pagi tadi. Tanda menyokong royalti di Kelantan BK dengan semangat memakai baju kale merah tanda sokong (sebenarnya kebetulan sebab jiran BK yang bujang bawah umah tu pakai baju merah gak).



Tanda sokong BK kepada royalti


p/s: BK doakan semoge Kelantan berjaya mendapatkan royalti untuk Kelantan



Wednesday, 15 May 2013

Borong- borong

Assalamualaikum



Tudung labuh yang diborong oleh BK dan akk BK. Hanya RM10 sehelai bidang 60 berukuran 1.5meter. Paling best ia merupakan kain kashibo. Akk BK borong 10 helai dan BK borong 10 helai. Kesian abg posman bawak plastik ni macam baru balik dari Nagoya je. Trm ksh abg posman dan akk yang dah jual kat BK ^_^

Tukar 'pemilik' hujung bulan

Assalamualaikum



# Barang-barang ini hadiah untuk para pemenang yang berjaya dan akan ditukar ' pemilik ' hujung bulan ini. Masih menunggu segmen dan GA yang berlangsung untuk menunggu pemenang plak. Ada gak hadiah yang BK tak bagi lagi kat seorang blogger tu. Harap bersabar ek. BK sekarang kena kerja lebih masa masuk pagi balik malam. Keje BK bukan senang2 nak keluar je sebab kadang-kadang kita tak tahu sakit itu datang bila. Bersabar ek semua ^_^


p/s: banyak lagi yang BK ' berhutang' dengan blogger untuk yang tag BK. BK akan usaha join. Kesian dekat pemenang yang menunggu. 

Tuesday, 14 May 2013

Wifi Percuma ^_^

Assalamualaikum

Ingat saja-saja la nak try connect dgn link ni sebab BK dapat tahu hari ini kerajaan negeri Selangor akan melancarkan wifi percuma seperti yang dijanjikan. Dan jika adun tempat BK menang akan dijanjikan salah satunya wifi percuma. Menteri Besar negeri Selangor, Tan Sri Khalid telah melancarkan wifi percuma dinegeri Selangor ini. Dengan rasminya BK telah merasmikan nya di rumah ini. Lepas ni BK kena potong streamx la. Menggunakan kemudahan selama 5 tahun ni dengan sebaiknya. Siapa-siapa dok luar dari Selangor mai pakat-pakat sini la dok wifi percuma sini. Tapi buat masa sekarang ini hanya beberapa tempat sahaja mempunyai wifi dan akan diiukti dengan daerah yang lain. Check samada tempat anda (selangor) ada dalam Wifi Hotspot List tak. Jika ada hanya perlu LOGIN sahaja.

Jom check tempat anda



Insha allah lepas 5 tahun pasti dapat percuma segala-segalanya


p/s: saya sudah connected anda bila lagi? Keadilan pasti terbit jua cuma lambat dan cepat je

Segmen Klik dan Menang by Huda

Assalamualaikum


Klik banner

Sanah Helwah TA

Assalamualaikum

Sanah Helwah untuk Wak Jowo kita kalau bukan Tirana Aduka yang ke 38. Wah dah tua la TA ni. BK kot paling muda beberapa tahun la dari TA. Ucapan untuk TA 

  • Semoga panjang umur dan murah rezeki
  • Jadik suami, ayah, anak dan hamba ALLAH yang soleh serta bertanggungjawab
  • Semoga berani dalam menegakkan islam yang tercinta.
  • Berjaya didunia dan akhirat.
  • Jaga hati, iman dan diri.
  • Ingat ALLAH selalu.

Dah tak tahu nak bagi ucapan apa tapi BK sentiasa doakan yang tebaik untuk TA dan sekeluarga. Nah amik kek halusinasi dari BK. Umur panjang kita buat makan-makan kat masjid At-Taqwa Klang  ek TA?


Monday, 13 May 2013

Chef terkenal balas komen saya ^_^

Assalamualaikum

Dulu musim citer selera dekat tv3 BK tak pernah miss tengok, tapi ada gak la miss bape kali. Nak tengok balik ulangan, BK tengok dekat page Selera TV3 la. BK suka sangat la tengok chef ni masak. Paling BK teruja chef ni boleh bawa motor berkuasa tinggi. Kenal tak? Tunggu next entri ^_^



Maksud bacaan doa duduk diantara dua sujud

Assalamualaikum

Ingat tak lgi sebelum ini BK ada tegur tentang sujud yang dilakukan dalam keadaan bukan macam tu tapi macam ni? Hari ni pulak BK nak share dengan semua orang walau entry tak panjang tapi serba sedikit boleh kita tahu kan serta baiki diri kita dalam menjalani ibadah seharian. Dalam kita bersujud, tahukah kita maksud disebalik doa itu? Meh BK nak share sama-sama.



Rabbighfirlii ( Tuhan ampuni Ku )
Warhamni ( sayangi ku )
Wajburnii (  Tutuplah aib-aib ku)
Warfa`nii ( Angkatlah darjatku )
Warzuqnii ( Berilah aku rezeki )
Wahdinii ( Berilah aku petunjuk )
Wa` Aafinii ( Sihatkan aku )
 Wa` fuannii ( Maafkan aku )

Jom sama-sama share dengakn kawan-kawan yang lain. Andai rasa berguna kita praktik kan sama-sama, andai rasa ilmu ini tidak membantu biarkan sahaja. Wallahualam

Sunday, 12 May 2013

Janji ALLAH itu pasti !

Assalamualaikum

Betul! Allah tidak pernah berjanji tapi janji ALLAH itu pasti dengan melakukan segala suruhanNYA dan meniggalkan laranganNYA. 





Friday, 10 May 2013

Pontianak pon pakai baju longgar

Assalamualaikum

BK tergerak nak share dipagi saiyiddul ayyam ni tentang satu kata-kata dari Ustaz Bolloywood a.k.a Ustaz Haslin. Sebab apa BK share benda ni sebab ada sat waktu BK ditegur oleh seorang sahabat BK tentang pemakaian BK yang menampakkan BK gemuk. Yer! BK akui BK gemuk tapi BK tak menunjukkan gambaran BK. BK hanya mampu tersenyum bila dipanggil macam tu. Ustaz pesan kalau orang mengata kita, cukuplah hanya sekadar berterima kasih dan tersenyum. Banyak BK tengok zaman sekarang baju chantek2, kain mulus, lembut, jarang tapi taste BK sebaliknya. Tersentap lagi bila BK pakai tudung labuh waktu belajar siap ada kawan tegur fesyen ni dah tak sesuai. Tak cakap pape dan senyum je =).


BK xd twitter sebab tu share dengan fb je

p/s: Ustaz bollywood kata pontianak pon pakai longgar sedangkan kita??? Fikir-fikir lah sebab BK sayang dekat ayah, abang, adik dan kaum adam. BK pon ada kekurangan dan tak salah kalau kita sama-sama memperbaiki kekurangan tu



Thursday, 9 May 2013

Teka- teki harga

Assalamualaikum

Petang-petang cmni gini, BK nak menghangatkan blog BK dengan teka teki harga makanan ni. Ni kawan BK punyer makanan so saja la nak gedik-gedik meneka neki harga ni. Sebelum ini BK ada wat sempena untuk hari bekerja tau bukan pekerja. BK pon dah pilih dua pemenang insha allah hujung bulan ini BK akan send semua hadiah yang dituntut para pemenang. Sekali lagi BK saja-saja nak kawa-kawan teka harga makanan ni pulak.



RM????


Lauk : Ayam masak merah
Nasi : Nasi suku
Sayur : Bendi, pisang gulai
Ulam : Kacang Botol
Telur masin



P/S: hanya komen dibawah tanpa membuat entry. Tak nak susahkan siapa-siapa. Hanya pemenang yang hampir tepat dan tepat akan dipilih. Akan ditamatkan pada pukul 11.59mlm ni. Disebabkan masih tak ada peserta yang tepat menjawab mahupun hampir, teka teki ini akan dilanjutkan lagi. BK bagi clue ia berharga RM5 ke atas

Tuesday, 7 May 2013

Ketika Azan berkumandang

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku ;)

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 

Assalamualaikum.

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



Sunday, 5 May 2013

10 Days Giveaway by Fatin Diana

Assalamulaikum

klik banner

Saturday, 4 May 2013

Segmen Makan Donut

Assalamualaikum

klik banner

Terima Kasih Blogger Fizgraphic!

Assalamualaikum

Apa kata anda tentang doodle ni?



Dan yang ni...?



Chomel tak? macam biasalah..doodle dri Mr Apit la. Doodle atas semua tu BK dapat time join segmen blogger muslimah dan segmen gadis blogger DSLR. Semua BK paksa puji doodle ni tau. Chomel kan? Lagi satu doodle ni BK nak amik dengan keras nya dari Mr Apit sempena PRU13 esok. Amik tau Mr Apit . Demi royalti negara, demi pemimpin yang boleh membawa kita didunia dan akhirat.


klik banner kalau nak tengok banyak ag


Friday, 3 May 2013

1st GA by Hijab Valley

Assalamualaikum

klik banner

tag : budak teddy bearbudak senyum

TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..





credit SweetRaudah

Thursday, 2 May 2013

GIVEAWAY NASZ : SIAPA NAK TOPUP RM5?

Assalamualaikum

klik banner dan join!

'Segmen Blogger Terpantas !'

Assalamualaikum

klik banner

Wednesday, 1 May 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Klik Sini ---> Tolong Jujur  LINK 1  ---> LINK 2
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  7. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

SELAMAT HARI PEKERJA 3 in 1

Assalamualaikum


happy labour day

Labour Day

Tanggal 1 Mei hari suka suki untuk mereka yang bekerja tak kira la kerja buruh ke, kerja kutip sampah ke, kerja sekolah ke kalau dah nama pon kerja mestilah kena cuti hari ni. Tapi ada gak kerja yang tak cuti lagi-lagi untuk kaum hawa macam BK ( eceh pasan tak kawin ag la). Kenapa 1 Mei je diistyhiarkan hari pekerja? Kenapa tak 2 Mei ke, 1 Jun ke? Ada siapa-siapa boleh bagi tau? 


Cuti Vs Tak Cuti 

Bagi yang kerajaan serta link-link yang berkaitan confirm cuti tapi ada gak link-link yang tak cuti. Contoh supermarket, hypermarket serta kiosk-kiosk kecik. Kalau diorang cuti, kita yang bercuti ni nak shopping cmne? Lagi-lagi gaji baru masuk confirm ada yang laju-laju dah plan nak pergi mana hari ni. Untuk mak, ibu, mama, umi, ma, emak confirm mereka insan paling sibuk hari ini. Ada yang nak masak makanan yang diluar jangkaan beselah tengok buku resepi macam BK (xsemua org buat mcm BK tau). BK dok cakap orang lain yang kena keje hari ni, sedangkan BK pon kena kerja hari ni. Cuti??? Potong kuku la kalau cuti hari ni dekat tempat BK, tapi nasib baik gaji double hahaha (walau double cuma sikit je). So tak ada istilah cuti bagi BK hari ni melainkan bila dapat kerja lain.


Kerja sebagai apa?

Kalau cakap dengan abg-abg BK confirm sakit hati bila kita bagitau kita tak cuti. Dyorang punya jawapan mesti mcm ni " Pasal pe ko tak cuti ha? Bangla keje construction pon cuti la. Ko warga pe? ". Tengok! ini lah jawapan yang membuatkan BK panas je. Kalau kami cuti macam mana dengan nyawa orang awam yang perlukan bantuan? Orang kata sakit ni tanpa diundang walau kita tak ajak pon. Walau kerjaya BK kecik tapi a part of them hargai kerja kami walau kami semua banyak bersabar dengan karenah pesakit. Ate kalau dah emergency tak kan BK and The Gang nak tengok je darah tu mengalir, kulit terkoyak, luka yang busuk, muntah yang tak berhenti, kepala yang berdenyut dan perut yang memulas semua tu auto hilang sendirik? Ha?ha?ha? fikir-fikirlah sendirik apakah kerja BK.


p/s: jangan lupa jawab soalan-soalan BK sebab bermurah hati nak bagi cendermata untuk 2 pemenang. Tak payah buat entri cuma komen kat bawah je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©