Monday, 18 November 2013

Resepi : Puding Roti

Assalamualaikum

Jom BK share Puding roti yang BK buat sabtu baru-baru ni. Puding Roti simple, ringkas dan boleh la kecepatan untuk memasak nya.



Bahan-bahan

  • Roti gardenia ( tak kisah berapa keping ikut suka)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar mentega / majerin
  • 1 biji telur (grade tak kisah)
  • 1 sudu scoop tepung jagung
  • Gula ( ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu teh esen vanilla (bagi bau hanyir telur hilang)
  • Kismis ( sebagai hiasan)

Cara-cara membuat


1) Potong atau carik-carik kepingan roti dan rendam dalam susu cair. Susu cair hendaklah tuang separuh      dulu dalam campuran roti dan loyang. BK pilih yang aluminium sebabnya senang waktu nak membakar.

2) Blender mentega, telur, tepung jagung, gula & esen vanilla. Ingat tak susu cair yang separuh tadi yang BK guna untuk rendam roti? Balancenya BK campur dalam bahan yang untuk dikisar ni. Jalan pintas BK tak nak memukul sakit tangan.

3) Gaul bahan yang dikisar tadi dan tuang ke dalam roti yang direndam susu cair tadi. 

4) Taburkan kismis diatas. Tapi bagi BK lebih baik gaul kismis sekali dengan roti tadi sebab bila kita bakar tak ada lah bau hangit macam BK buat ni.

5) Masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius, 30minit. Jangan lupa letak air dalam panas dalam dulang oven. Contoh BK akan lampirkan.


Dalam dulang tu BK letak air baru letak aluminium foil tu.

Sebenarnya ada setengah orang akan makan dengan kuah kastard tapi BK tak buat. Sedap kot BK buat sebab tak kering tak basah. Pendek kata sedap sampai berulang-ulang kali buka peti ais. Bau telur pun kurang sebab penangan esen vanilla dan mentega yang banyak guna.



13 comments

18 November 2013 at 16:33

sdapnya..:)

18 November 2013 at 16:37

ingat nak buat jugak...teringat ada lagi roti yang nak tamat tempoh kat rumah tu..

18 November 2013 at 17:00

lama x buat lah tapi mmg sedap kan !

18 November 2013 at 17:07

sedapnyeee mkn ptg2 ni ;)

18 November 2013 at 18:25

dah agak2 cam setahun dah akak tak buat puding roti...he he he... nak rasa Iman buat pulak lah...boleh hantar kat akak?

18 November 2013 at 19:19

Sedapnya...suka puding roti ni...feberet!

18 November 2013 at 20:10

sedapnya akan dicuba nanti

18 November 2013 at 20:23

cik nak try...

18 November 2013 at 22:50

Suka ! :)

19 November 2013 at 10:45

menyelerakan.. :)

23 November 2013 at 21:30

nyum2 sedapnya..

9 December 2013 at 09:20

sedapnya... nanti boleh akak try ni..

11 December 2013 at 12:13

nak cubanya dah lama. tapi sampai sekarang belum cuba lagi. hee

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©