Friday, 1 November 2013

Berbudi maka diberi ganjaran

Assalamualaikum

Ini sepatutnya cerita minggu lepas, tapi biasalah bila kita ada komitmen lain susah nak beri komitmen yang lain. Tunggu free je la nak beri komitmen. Minggu lepas mak ayah n adik datang sini tapi transit rumah SIL kat Klang. Mak ayah datang sebab ahadnya kena menghadiri kenduri kawin dekat Keramat AU3. Menyelam minum air sekali, mak ayah dari kampung bawak 'bekalan' untuk kami adik beradik yang berada di perantauan ni. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Bila kita berbudi dengan tanah, hasilnya subahanallah tak terkata. Tiga besen juga la mak ayah bawa dari kampung dengan hasil cucuk tanam dyorang. Meh BK nak kenalkan dengan siapa yang tak kenal. Mari dekat, yang dekat mari rapat. BK nak terangkan apa yang dibawa dari kampung ni. Dekat-dekat, rapat-rapat, jangan malu, jangan segan.



Kalau dah nama duduk kampung, tak sah kalau tak bercucuk tanam kan? Seronok je bila kiri kana rumah tanam sayur-sayuran. EMbah( nenek) BK rajin sangat bercucuk tanam, nak pula orang berumur ni bukan nak duduk diam. Ada je benda nak buat. Yang emak ayah bawak dari kampung daun kunyit, serai, daun turi, sayur kacang panjang. Ada lagi tapi BK macam biasa lah tak amik port.


Ini kebiasaan la, kalau balik umah pun buah ni tetap berbuah. Sampai berebut dengan musang la. Ada pelam epal, mangga dengan pelam kecil yang selalu orang buat dalam sambal belacan tu. Pelam tu masam sangat-sangat, tapi SIL BK buat kerabu mangga. Best kot sambil hujan menikmati kerabu mangga.


Ha.. mesti ramai yang tahu dan tak tahu tentang jambu merah ni kan? BK panggil masa zaman sekolah dulu, jambu dragon ball sebabnya bulat macam dragon ball. Lagi satu sebab zaman BK tengah gila Dragon Ball kot. Jambu susu penah dengar tak? Jambu sus yang warna putih tu, Kenapa dinamakan jambu susu, BK pon tak tahu. Lahir-lahir mak dah kenalkan jambu susu & dragon ball ni. Tapi sedap kot. Siapa nak rasa jambu dragon ball ni mai datang umah BK tapi kalau musimnya je. Kalau bukan musim, tunggu kucing keluar tanduk la.

Betul la orang tua-tua kata, orang memberi kita merasa eceh3 walau tak ada kena mengena kan? BK dah bayangkan kalau BK duduk kampung kan nak tanam macam-macam. Jimat sikit tak ada la sangat nak berbelanja lebih. Duit suami kena simpan dalam peti besi hahaha.... Jom try jambu dragon ball !



19 comments

1 November 2013 at 11:56

Sedapnya tgk jambu tu.

1 November 2013 at 12:26

jambu keling..

1 November 2013 at 12:31

memang seronok tinggal di kg

1 November 2013 at 12:34

lamanya tak makan jambu tu BK..memang susah dah nak jumpa sekarang..

MIL pon kalo datang KL ni memang segala benda yang ada diangkut..syokkkk..

1 November 2013 at 13:10

lama dah tak jumpa jambu susu dengan buah dragon ball tu..sedapnya...masam dah terasa nie..

1 November 2013 at 13:17

Ada lg x jambu tu? Stok kami dah abes haha!

1 November 2013 at 13:36

sedapnya mangga tu !
dap2!! ^_^

1 November 2013 at 14:46

jambu dragon ball tu sedap kak.. husna suka..tp payah nak dapat kalau bukan pokok sendiri..huhu..

1 November 2013 at 14:50

bestnya bila mak datang

1 November 2013 at 14:52

tengok daun kunyit tu terasa pulak nak masak kerang rebus la iman..

1 November 2013 at 15:28

kecur air liur tengok buah2 tu..dapnyaa

1 November 2013 at 18:41

berbudi pada tanah , tak rugi :D

2 November 2013 at 13:07

sedapnya jambu tu..tetiba rasa nak capai..hahaahh

2 November 2013 at 17:08

Macam lain je dragon ball dengan jambu ni..haha

3 November 2013 at 11:40

sedapnya jambu tu.. lama tak makan.. kami panggil jmbu bola.. kt kg byk dulu.. smpai tak larat nk mkn... skrg dh susah nk jmpe.. huhu

3 November 2013 at 20:44

Itulah bestnya duduk kampung.....macam2 boleh tanam

5 November 2013 at 10:57

kite makan jambu batu je. hehe :P

6 November 2013 at 18:54

semuanya sedap2 la bk...haih beznye kalau dibuat ulam ni

7 November 2013 at 10:48

walla best2 ole2 dari kampung tu !

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©