Thursday, 1 November 2012

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu

Assalamualaikum

Hik..hik..sape yang ada masalah sama macam iman? Iman kadang2 je tapi kadang2 tu yang boleh buat selalu. Tadi jejalan kt fb jumpe petua nh. Moh kite cube tau.


♥ Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
♥ Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
♥ Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
♥ Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
♥ Ingatlah bahawa setan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
♥ Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu titibe mati pulak, rugi je...

(( Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu ))

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)-

*InsyaAllah, sama-sama kita menjaga SOLAT kita. sebar-sebarkan utk kebaikan bersama..saling ingat-mengingati antara satu sama lain..MOGA ALLAH REDHA ♥












9 comments

2 November 2012 at 12:06

Assalammualaikum,,solat itu tiang agama..5 waktu lima tiang,,kukuh,mantap dan teguh tegak berdiri,,jika sempurna ditunaikan..umpama sebuah rumah tanpa tiang..akan runtuh yang lainnya..

2 November 2012 at 16:21

good entry..
keep on writing..

what ever it is,
tanpa solat runtuh agama..
thanks 4 the sharing..

blogdrifter visit your blog..

from ::Arkitek Hati::

4 November 2012 at 06:48

SOLAT TIANG AGAMA...DAN 'FOUNDATION'NYA/ASASNYA ADALAH IMAN... :)JAZAKALLAH SEBAB BAGI KOMEN DALAM BLOG ANA PASAL 'BOTOL'... ;)

5 November 2012 at 21:17

rumah tanpa tiang tentu tak mampu teguh..begitu jg manusia tanpa ...
Tiang manusia adalah SOLAT..maka jangan sesekali culas mendirikan solat...:)

7 November 2012 at 14:08

TQ .. insyallah ^^

12 November 2012 at 08:32

ingatan yg bagus:d

12 November 2012 at 14:17

bagus n3 ni!

12 November 2012 at 15:37

thanks atas peringatan

18 November 2012 at 12:54

betol tu bila kita lengahkan comfirm tinggal kan..

selalunya kalau nak makan kan ciksu postpone dulu..
mesti mandi, solat baru makan.

kalau mkn dulu comfirm terbabas sbb perut kenyang..pstu malas...(alasan)

tenq nice sharing

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©