Thursday, 29 November 2012

PECAHAN DARI RUKUN SEMBAHYANG

Assalamualaikum

Jom sahabat2 belajar sama dengan iman. Walau tak banyak ilmu tapi sekadar nak share je

RUKUN QAULI (perkataan)

1- Takbiratul ihram (menyebut Allahu akhbar)

2- Membaca surah Al Fatihah

3- Tahiyat akhir


4- Selawat kepada Nabi

5- Salam

Rukun ini hendahlah dilafaz dengan suara sekadar didengar oleh telinga sendiri..

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau
wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
_________________________________

Kategori rukun

Rukun qalbi ( يبلق - iaitu berasal daripada perkataan بلق - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Rukun fi'li ( يلعف - iaitu berasal daripada perkataan لعف - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Rukun qauli ( يلوق - iaitu berasal daripada perkataan لوق - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

__________________________________


Surah Al-`Isra' ayat 110:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

__________________________________


Rukun Qauli, Fe'li & Qalbi

4 comments

29 November 2012 at 13:23

terima kasih atas perkongsiaan utk ingatan kt bersama ^^

29 November 2012 at 13:39

tq for the sharing

29 November 2012 at 13:55

@yana aina sambil iman mengingat smbil iman blaja gak ^_^

4 December 2012 at 09:41

alhamdulillah..suke entry ni..... syukran..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©