Monday, 23 June 2014

Pengalaman Temuduga Ijazah Kejuruteaan Awam UPNM

Assalamualaikum

Lama punya citer ni. Hari tu kan iman ada dapat panggilan temuduga, so macam biasa lah. Confirm la kena pergi dengan hati yang berat & malas. Merengek-rengek macam bebudak, merayu dekat kawan tak nak pergi. Siap dah sampai depan dewan, boleh lagi tarik kawan ajak balik. Macam biasa ayat kawan iman ni macam emak-emak " jangan nak ngada-ngada. dah sampai ni tak kan nak balik. cepat masuk! ". Rasa nak nangis time tu. Rasa macam kena 'penjara' je. Ops lupa. Panggilan dari UPNM ni ambil dua intake untuk budak kadet & awam. Kadet tu khas untuk bakal-bakal tentera yang confirm keluar je berkhidmat dengan ATM, manakala awam pula macam student biasa dekat U lain.

UPNM SINCE 2006


Tepat jam 8.30pagi, kami diminta berbaris untuk pemeriksaan fizikal. Beratur jangan cakap lah, panjang ya Robb, sakit kaki lah, sakit hati lah, sakit jiwa lah. Sampai turn iman, check penglihatan mata. Ok done lulus, next check BMI. Ini paling takut sebab iman sendiri dah tahu obes. Serius kot, naik-naik timbang calculate BMI meme obes. Pen merah kot.. Iman lah first kot yang kena pen merah. Next check BP, ok normal je. Sampai je dekat pegawai perubatan tu, dah tak tanya apa-apa. Sedangkan before-before iman, pegawai akan tanya " kamu ada masalah asthma atau sakit-sakit badan yang serius". Iman??? Confirm lah tak tanya sebab dah ada pen merah. Ok done sesi pemeriksaan fizikal.

Next baru temuduga untuk akademik. Temuduga akademik dyorang buat kat fakulti sendiri-sendiri. Sakit kaki yang tadi tak habis lagi, ni suh berjalan laju pula. Tahan je la. Macam biasa akan berkumpul, then ada urusetia akan tanya siapa nak volunteer dulu. Iman tanpa berfikir, nak jadi volunteer sebab pikir satu je. NAK CEPAT BALIK. Ok sesi temuduga bermula.

Ada 3 orang panel, dan calon akan masuk sekali 2orang iman & partner. Jom iman kongsi apa yang panel tanya & suka bertanya :

  1. Can you introduce urself? ( jawab WAJIB dalam b.i sebab bila panel tanya dalam b.i, jawab dalam b.i. Bila kita tanya bolah jawab tak dalam bm, dia akan tanya reason kenapa tak nak jwb dalam b.i).
  2. Why u interested to study here? ( pandai-pandai la menjawab).
  3. Masih ingat subjek teori struktur? Macam mana lakaran daya ricah, daya lenturan. ( Ini main belasah je. Partner kalut, iman pun kalut. Last-last partner dapat jawab).
  4. U mana lagi apply selain UPNM? ( iman cnfrm jawab benda yang betul, kebetulan partner sependapat dengan iman).
  5. Based on ur spm result in ur add math it`s very worst, when u join poli ur eng math very excellent? Why? ( aku jawab sejujurnya & apa yang aku rasa).

Inilah gambaran soalan-soalan untuk bidang iman. Macam biasalah, bila diterima mereka pesan jangan nak 'beranak' time blajo.Sebabnya risk la, kan itu U yang melatih ketenteraan. Sebelum balik, dyorang akan bagi kita kertas untuk tolak mata kredit bila diterima nanti. Meme niat nak tolak, jimat waktu. Tapi bila seakan 'ayat pedas' tu, terus tak jadi tolak. Ok itu je pengalaman iman. Dan ini pertama kali iman interview untuk sambung belajar. Ada rezeki tak kemana. Insya ALLAH...

15 comments

23 June 2014 at 10:49

salam, wahh ain tak pernah p interview utk masuk U. hehe pgalaman tu kan! goodluck naa

23 June 2014 at 10:50

salam, wahh ain tak pernah p interview utk masuk U. hehe pgalaman tu kan! goodluck naa

23 June 2014 at 11:04

good luck iman

23 June 2014 at 11:31

skrg ni nak masuk U pun kne interview kann..goodluck ^_^

23 June 2014 at 12:40

Good luck iman...

23 June 2014 at 13:28

Moga Iman berjaya..

24 June 2014 at 09:48

In Shaa Allah, kalau ada rezeki iman tak ke mana tu...

24 June 2014 at 11:02

gud luck Iman

24 June 2014 at 12:06

akak xde pengalam i/view utk U..untuk mohon kerja adalah..hehe..tq iman sudi singgah blok akak..

28 June 2014 at 21:42

Nak cont degree civil memang ada interview ke? :o

12 July 2014 at 13:31

tanya terperinci tu. hehe. good luck kak BK ^^

12 July 2014 at 21:00

kalau dah kene temuduga memang cuak

13 July 2014 at 00:07

Moga ada rezeki...

17 March 2016 at 00:06

Contoh ada rabun tak sbb sya punya rabun power 200 lebih .. nak syt asuk upnm ni .. masalah ke kalau rabun nak mauk sni

17 March 2016 at 00:06

Contoh ada rabun tak sbb sya punya rabun power 200 lebih .. nak syt asuk upnm ni .. masalah ke kalau rabun nak mauk sni

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©