Friday 19 October 2012

Rahsia disebalik sujud

Assalamualaikum


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.









Subahanallah disebalik 1 perbuataan manfaatnya tidak terkata. ALLAH MAHA BESAR


p/s: iman share nh dri sebuah pages dlm fb. Iman dh mnx kebenaraan so admin mnx iman n kengkawan lain tolong LIKE boleh? Ni pagesnya   --------->Generasi-Jutawan-Iman-Taqwa

11 comments

20 October 2012 at 01:02

info yg menarik iman..

20 October 2012 at 08:17

sharing info ynag berguna pun satu dakwah kan Iman....

20 October 2012 at 11:57

sebenarnya akak baru berkira-kira nk wat catatan berkaitan solat dan sains ni....Alhamdulillah..Iman dah kongsikan di sini.....Sangat menakjub bukan klau kita baca tentang solat ni....

20 October 2012 at 18:00

iman...gud info... thanks for sharing...tapi memang betul...banyak kebaikan kita bersolat nih...

and sains pown dah buat kajian kannnn? ^_^

20 October 2012 at 22:14

alhamdulillah bertambah lagi ilmu..rupanya masih byk lagi yg kita tak tahu..dan perlu pelajari..amin..

20 October 2012 at 22:29

bagus betul perkongsian ni iman..

22 October 2012 at 10:08

follow sini

Anonymous
22 October 2012 at 10:59

gd one, tq sharing with us ye

22 October 2012 at 12:06

nice ... tq share

22 October 2012 at 14:50

info sangat menarik, follow u back , slm kenal

30 October 2012 at 10:30

info menarik..
ten q iman..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©