Assalamualaikum
Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesen radio di negara beliau
untuk ditemuramah serta membincangkan hal2 yang berkaitan dengan agama.
Ketika tengah rancak berkumandang di udara, pihak stesen radio menerima
panggilan telefon daripada pendengar radio tersebut
Pendengar : Assalamualaikum izinkan saya bertanya soalan?
Sheikh Sudais : aiwa, teruskan
Pendengar : Saya ingan bertanya mengenai Tafsir mimpi
Sheikh Sudais : Maaf,saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya,
mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith sohih mengenai mimpi seperti mimpinya
nabi yusuf atau juga hadith2 lain, atau mungkin saya bertanyakan kepada kenalan
yang lebih memahami.
Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel
mengelilingi (tawaf) kaabah tanpa perasaan malu, apakah maksudnya sheikh?
Sheikh Sudais : Masyallah..masyallah ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala
dosanya oleh Allah umpama bayi yang baru lahir.
Pendengar : Bolehkah saya memberi khabar berita gembira ni kepada beliau?
Sheikh Sudais : Sudah menjadi kewajipan saudara untuk memberitahu berita gembira ni.
Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh Sendiri.
Sheikh Sudais menangis teresak2 sehingga program itu dibatalkan dan diberhentikan
kerana esakan Tuan Sheikh Sudais.
..................................................................................
Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu
mendapat keampunan dari Allah dan segalan amalanya diterima
Sedang amalan kita, termasuk perjuangan kita ini banyak
bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan, dan bermacam2 lagi
Subahanallah...Allahuakbar
 |
Tuan Sheikh Ahmad Sudais |