Assalamualaikum
" Best! best! best! Hari ni kita pergi petik strawberi nak? Lepas tu makan tengahari kita masak ikan talapia bakar, sayur campur, sup, sambal kicap. Air pulak kita bancuh air sirap serbat dan air bandung. Petang kang kita pergi kedai aiskrim starwberi yang kat atas bukit nak? Tetibe rasa nak makan waffle bersalut strawberi la. Ha! Jangan lupa mak mesti nak singgah kedai tepi tu nak cari bunga orkid malam pulak kita pergi pasar malam kat situ ok tak? Nak beli buah tangan sikit tok kengkawan. Esoknya kita pergi Taman lebah dan rama-rama nak? Banyaknya aktiviti kita kan macam tak cukup je 2H 1M tu untuk kita sekeluarga ^_^ "
Hanyalah tinggal kenangan. Sebaik-baik rancangan kita, perancangan DIA lebih sempurna. Itulah sebahagian dari kehidupan kita yang kadang-kadang kita lupa dan lalai. Walau kami semua tidak dapat menyempurnakan hari itu tapi kami dapat berkumpul juga dalam situasi yang berbeza. Rancagan kami sekeluarga terpaksa dibatalkan kerana
buah jangtung kami dan sekeluarga sedang menduduki 'ujian' dari NYA. Sayangnya DIA terhadap kami sekeluarga menguatkan lagi tangan kami yang dierat sekuat-kuatnya berjalan bersama-sama
adik kesayangan kami. Kesian mak ayah makan tak lalu. Tengok nasi je tetibe bergenang air mata ni dan fikir ..
Apa adik makan hari ni?
Selesa ke dia sekarang ni?
Tabah ke dia? redha ke dia? kuat ke dia?
Allah menguji lagi kekuatan, kesabaran dan ketabahan kami sekelurga bila orang menabur fitnah dan dengki mengdengki terhadap kami. Masyallah.. mula-mula berat nak terima bila fikir balik sayangnya DIA dekat kami sekeluarga kerana memilih kami untuk diberi ujian itu. Alhamdulillah ALLAH MAHA ADIL bila orang yang difitnah bebas dari tuduhan. Saat itu dahi mencecah bumi memanjat syukur ke hadrat illahi.
Latest news
p/s: sepatutnya adik operate hari ini (25.3.13) jika diizinkan ALLAH, tapi ALLAH MAHA MENGASIHI pembedahan terpaksa ditangguh. Kesihatan adik tidak mengizinkan semenjak seminggu lalu untuk meneruskan pembedahan dan hari tu doktor ada cakap risiko besar adik mungkin akan terkena jangkitan kuman kerana pembedahan lambat dilakukan. Yes! dugaan kami kerana pembedahan lambat disebabkan sistem hospital macam tu! BK tak minta apa-apa dari kalian, BK minta sepotong doa untuk adik BK =(
 |
| Kakak sentiasa bersama kamu dik. Kalau sakit itu boleh dialih, akk akan ambil alik sakit tu =( |