Friday, 11 July 2014

Proses Pembayaran Zakat Online

Assalamualaikum

Maksud zakat dari segi bahasa ialah " Bersih", " Suci', " Subur", "Berkat" & " Berkembang". Pengertian " Bersih" & " Suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya dari sifat kedekut & bakhil. 

Manakala dari segi syarak bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sekarang dah tak payah susah-susah nak pergi Lembaga Zakat nak berasak-asak untuk pembayaran zakat. Dimana-mana sahaja kaunter zakat ada contoh masjid-masjid, shopping mall, lembaga zakat sendiri, drive thru pun ada & paling efektif of cz la menggunakan online system. Ini pun kali pertama iman membayar zakat. Al maklum la, tahun-tahun sebelum nya kerja tak berapa nak mantap sebab baru setahun jagung, tahun-tahun sebelumnya pulak belajar. Jadi inilah pengalaman pertama iman membayar zakat fitrah. Senang je rupa-rupanya menggunakan e-zakat pay ni. Jom iman share. Lupa, kadar pembayaran zakat RM7 untuk satu kepala ( ikut pada kadar zakat negeri masing-masing).

Proses Pembayaran Zakat Online

Buka web Lembaga Zakat Selangor ( ikut negeri masing-masing).


Klik sebelah kanan e-zakat pay


Keluar browser macam dekat bawah ni



Isi semua maklumat yang dikehendaki.


Pilih zakat fitrah. Paling maksimun 2 kupon untuk sekali pembayaran.


Dah isi, confirmkan samada YA, TIDAK.


Bila dah pilih, klik pada bank yang kita nak bayar zakat.


Akan keluar browser bank. Proses bank berjalan dan bila siap akan keluar macam dekat bawah ni. Klik complete transaction.


Done siap!






ISLAM TAK MENYUSAHKAN, TAPI ISLAM ITU MEMUDAHKAN







7 comments

11 July 2014 at 09:31

alhamdulillah..mmg sgt mudah dgn adanya zakat online ni kan.. :)

11 July 2014 at 09:35

mudahnya dah ada epay nie..tapi lebih suka bayar secara manual..hehe

11 July 2014 at 13:09

dah bertambah mudah sekarang ni

11 July 2014 at 14:01

Thanks Iman..Salam 14 Ramadhan ya...

12 July 2014 at 13:28

alhamdulillah, ade kemudahan nak bayar nnt. tq kak BK ^^

13 July 2014 at 00:05

Skg ni segalanya dh mudahkan... Nak dgn tak nak aje..

15 July 2014 at 21:20

dgn online sekejap je dah selesai..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©