Friday, 18 July 2014

Pesawat MH17 Penerbangan Jenis Boeing 777 Terhempas Di Ukraine

Assalamualaikum



Allahu... mampu aku menadah tangan berdoa memohon kepadaNYA atas apa yang berlaku. Kita bertubi-tubi diuji dengan 'hidangan' Nya. Hidangan yang mana kita sendiri terlupa ia nya untuk kita. Aku menadah tangan, memanjat doa kepada mu atas apa yang berlaku, aku terima dengan redha.

Seperti yang sedia maklum malam tadi, berita Astro Awani mengatakan MH17 terhempas di Ukraine. Jumlah yang tidak rasmi MH17 seramai 280 orang termasuk Malaysia serta bayi. Pihak ' Republik Rakyat Donestk' mengaku puak pemisah menembak MH17 yang disangkakan sebuah pesawat Ukraine yang besar dalam media Ukraine malam tadi. Sumber myMetro pagi ini.

Sedikit informasi mengenai MH17 dimana penerbangan MH17 yang pertama ialah pada 17.7.1997 dan penerbangan yang terakhir MH17 ialah pada 17.7.2014. Subhanallah... Ia merupakan ulangtahun yang ke 17 bagi pesawat berkenaan.



#prayforMH370
#prayforGaza
#prayforMH17

Ujian untuk 10ramadhan yang terakhir ALLAH mengingatkan kita kembali yang terleka.

2 comments

19 July 2014 at 18:55

takziah utk keluarga mangsa. moga mereka tergolong dlm org2 beriman

20 July 2014 at 15:30

salam takziah dan alfatihah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©