Friday 27 January 2012

Peringatan di sebalik 5 jari



Assalamualaikum diharap sahabat-sahabat sihat gamaknyer..INSYALLAH


Kat sini saya nak share pasal 5 jari kita


Jari kita???macam pelik je kan bunyi nyer?ada apa yer dengan 5 jari kita ni???


Jom terjah...


pak cik google



 Jari ibu  

Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga  boleh dijadikan sebagai pakar rujuk.  Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakt yang benar - agama Allah s.w.t

Jari telunjuk 

Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t. ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kite sepaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung.

Jari hantu 

Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini sekita 30-an ke atas kehidupan stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ' hantu-hantu' yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamah dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Disinilah keimanan banyak diuji untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.

Jari manis 

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Disebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita unutuk 'amal makruf nahi mungkar ' dengan sebenar-benarnya.

Jari kelingking 

Kecil dan kerdil. Lambang seoarng manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingtakan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, ' melentur buluh biarlah dari rebungnya '.




               

4 comments

27 January 2012 at 21:27

mmm alhamdulillah ilmu baru :) m suke muzik blog ni...

27 January 2012 at 23:22

Allahuakbar..

hebat ciptaan Allah....

alhmdulillah..syg Allah..love Allah..

28 January 2012 at 08:30

bulan syurga firdaus...syukran akhi (^_^)

28 January 2012 at 08:31

srikandi permata...love allah always
my love never change forever...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©