Monday 29 September 2014

Respect Each Others.. Needed @ Not?

Assalamualaikum

Respect each others needed or not in our life? Wajiblah kena... siapa tak perlu? Jangan ingat untuk manusia je this value. Mahluk Allah yang lain include haiwan pon kena hormati tau. Siapa yang perlu kita hormat bagi manusia? Pertama mestila ibu bapa . Sebab apa? Sebab mereka lah kita wujud sekarang. Mereka adalah orang yang selayaknya dihormati kerana kejayaan kita hari ini adalah dengan redha mereka. Next, sesama manusia, orang yang lebih tua, jiran tetangga, tetamu, guru dan yang terakhir baru pemimpin.

Kenapa perlu ada sifat hormat menghormati ini? Kerana ia adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat yang terpuji dalam islam. Kenapa iman tetiba bercakap tentang ini? Sebabnya, manusia sekarang hilang rasa hormat terhadap sesama senarai yang iman cakap dekat atas. 

Manusia bila dapat pangkat besar tak kisahlah ketua kelas ke, pemimpin ke, Ir ke, Tn Hj Dato ke, tak kisah asalkan dinamakan big tittle selalu terlepas pandang dengan hormat ni. Kenapa iman cakap macam tu? Sebab iman keje klinik. Iman jumpa banyak orang yang berlatar belakang berbeza. Fine... tak dinafikan klinik iman selalu banyak orang terhormat datang. Dari situ iman dapat menilai nya dengan cara dia bercakap.

Wei.... tak kisah la korang mcm mana pon. Bak kata pepatah " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum". Maksud nya ko dah masuk tempat orang kena lah ikut cara empunya tempat. Nak orang respect dia, tapi dia buat kita macam no feels. Hey... we need respect. But my doc selalu pesan, buat apa kita nak marah orang? Siapa yang rugi sebenarnya? Kita atau dia?

Kita rugi... sebab kita maki-maki dia. Last-last dia dapat pahala. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Kita dah jalankan tugas sahaja. Ok boleh diterima akal jawapan tu. Tapi minta tolong lah, tak kisah la lepas ni kita nak pergi klinik ke, pejabat daerah ke, meskipun pergi kedai gunting rambut... tolong lahirkan sifat hormat tu. Andai semua hormat menghormati, kita sama-sama untung. Untung apa? Untung-untung jumpa dekat syurga. Ok nokhtah ....

3 comments

30 September 2014 at 07:47

Exactly Iman...Kalau kita hormat orang lain pastinya kita juga akan dihormati..

5 October 2014 at 15:47

Tak de ruginya kita buat baik kan Iman .....semuanya berbalik pada diri kita jugak...

9 November 2014 at 12:51

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, erkk.. nak bpantun lak..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©