Friday 27 April 2012

Empat Berkal Ke Akhirat







Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a :

Wahai Abu Dzar,

  1. perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam
  2. carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan it sangat jauh
  3. kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi: dan
  4. ikhlaslah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat

Perbaharuilah perahumu bermaksud perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan 

selamat dari seksa Allah. Kurangilah beban membawa maksud janganlah terlalu mengejar keduniaan. 

Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk 

dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti ditempuhi untuk sampai kepada kebahagian 

di akhirat. 

p/s: ingat ye ikhwan dan akhwat sekalian sambil itu mengingatkan pada diri saya sendiri..bukan g sekolah je kena bawak bekal tau tapi nak g akhirat kelak pon kena bawak bekal awal..(^_^)

3 comments

28 April 2012 at 16:07

Allah...jzkk atas ingtn tentang bekalan ini...insyallah..nak bawa bekalan ke akhirat juga.

28 April 2012 at 20:10

amin...ajak le teman2 yg laen bawa bekal nh

28 April 2012 at 20:23

Assalam...bagus...tingkatkan usaha anda dalam menyebarkan benda baik....tahniah kerana memilih menyebarkan perkara yang baik....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©