Monday, 19 September 2011

Aku hanya wanita biasa



Aku Hanya Wanita Biasa
Tampak Sempurna Di Luarannya
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku
Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak
Ketahuilah Bahawasanya
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia
Tua itu pasti menjangkau tiba

Buat dia bakal menjadi raja di hati
Aku Hanya Wanita Biasa
Kadangkala Ada Waktu
Saat kerja menghambat waktu
Aku mungkin terlalai seketika
Maafkanlah aku
Apabila aku alpa dengan duniawi
Maka tegur dan bimbinglah aku

Buat Dia Bakal Imamku
Aku Hanya Wanita Biasa
Aku Mohon Sokongan Dan Bimbingan
Aku Mohon Pemahaman Dan Pengertian
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku

Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©