Assalamualaikum
BK ada nak share tips untuk orang yang nak bangun sahur samada yang mencabar tahap kesabaran kita disebabkan keliatan beliau. Jom try dan test!
Cara lembut dan berhemah
- Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan-lahan.
- Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
- Renjis air kat muka dia.
- Tampar tampar manja pipi dia.
- Tutup kipas/air cond lepas tu buka lampu.
Tapi kan kalau still tak ada effect, cara halus kedua..
- Jerit nama dia sekuat hati..!
- Goyang badan dia kuat-kuat dan jerit 'tsunami!' 'tsunami!'.
Tapi kalau still tak ada langsung effect dan ciri-ciri beliau nak bangun,
- Pergi kat telinga dia, then sebut maa robbuka! sambil seru nama dia banyak-banyak kali..
- Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!.
Langsung tak ada ciri-ciri nak bangun...Ni je la cara yang terakhir.
Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya..Innalillahi wa innailaihi roji un..
SELAMAT MENCUBA!
5 comments
haha..good sharing
hehehe tips menarik utk dicuba ni !
tip berguna ni. susah nak kejut roomate boleh gune cara ni :P
dulu kecik2 mmg ssh gak bgun, dah jadi mak org nih, jadi pndai bngun sndiri.. hehe
Hehe pandai jugak BN buat lawak yeh!