Dah lama BK cari novel ni. Tertarik dengan tajuk yang diberi dan terus mencari di kedai-kedai yang menjual novel. Popular, MPH dah semestinya menjadi pilihan pertama tapi apa kan daya lelah cuma lelah yang dilemparkan sebab stok buku tu dah abis. Betapa lajunya rakyat Malaysia merebut novel tu. Tapi BK beli ni sikit pon tak menggunakan tenaga berjalan sebab beli online. Jom BK review novel ni then boleh la kawan-kawan tertarik samada nak beli ke tak.
Suami Aku Ustaz : Hannah Dhaniyah |
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
" Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah"
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila 'TIDAK' bukan salah satu pilihan jawapan yang ida ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? "Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakn handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ' Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak?
Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula". Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
" Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well ".
Alisa. Cia-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputih. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
Kesimpulan BK:
Perkahwinan bukan penghalang untuk kita mengejar cita-cita sebab cita-cita adalah rezeki dari ALLAH yang perlu kita usaha. Tanpa usaha mimpi tidak bermakna. Disebalik perkahwinan yang awal akan melimpah gandakan rezeki kita yang sedia ada sebab rezeki ALLAH dah atur cantik untuk hamba-hambaNYA.
p/s: Serius ! sangat-sangat serius novel karya by Hannah Dhaniyah memang thumbs up ! Kisah ini mengaitkan pelajar yang bakal menduduki SPM dan Ustaz di sekolah a.k.a abg sepupu dia sendiri. Hehe.. BK tak tahu la kalau ada yang berminat nak baca ke tak. Bagi BK yang tak mendirikan rumah tangga ni mungkin jalan ceritanya menarik dan debom!
7 comments
Assalamualaikum BK! sheila suka cerita ni. nanti nak carilah. hehehhehee :)
hehehe , dah baca novel ni...best :D
fae dah lama pencen baca novel kekeke.
Novel ni best, tak lama lagi nanti keluar filem suami aku ustaz pulak :)
tggu filem aje lah.. x smpt dh nk baca novel... :)
Hehe mesti feeling baca novel nikan BK...ala ala mcm ada boypren ustaz.. Hehe
dah ada boyfriend ke? Hehe
Not bad jugak sinopsis cerita dia.. Terus terasa nak baca jugak.. =)