Hari ni BK nak share mengenai Al-Quran samada yang kita tahu atau tak sebab bukan semua orang tahu. Ini BK ambil dari cebisan surat khabar.
Al-Quran itu mengandungi :
- 30 juzuk.
- 114 surah, 87 surah diturunkan di Makkah dan 27 surah lagi diturunkan di Madinah.
- 120 hizib ( iaitu tempat berhenti membaca bagi mereka yang tidak mampu menghabiskan satu juzuk sehari ).
- 6236 ayat keseluruhannya.
- Semua surah dimulakan dengan Basmallah ( Bismillahirrahmanirrahim ) melainkan surah at- Taubat ( surah yang kesembilan), sementara dalam surah am- Naml ( surah yang ke-27 ) mengandungi dua Basmalh, iaitu ayat pertama dan ayat ke-20.
- 6 surah mengguna-pakai nama para Anbiya` seperti surah Hud, Ibrahim, Yunus, Yusuf, Muhammad dan Nuh.
- 5 surah dimulai dengan Alhamdulillah iaitu al- Fatihah, al- An`am, al- Khafi, Saba` dan Fatir.
- 7 surah dimulai dengan Ha- Mim iaitu Ghofir ( Mu`min), Fussilat, as-Syura , az-Zukhruf, ad- Dukhan, al- Jathiah dan al- Ahqaf.
- Surah yang dimulakan dengan tasbih dan disudahi dengan takbir ialah surah al- Isra`.
" Bacalah Al-Quran. Al-Quran ajar kita macam-macam. Al-Quran bagi kita jawapan dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar jawapan " - Ustaz Don
8 comments
nice sharing..kekadang kita lupa tentang itu...
Salam Nuzul Al-Quran Iman :)
terima kasih untuk info ni :)
salam nuzul al-qur'an
Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Terima kasih BK atas perkongsian ilmu ni.. =)
Terima kasih BK, ramai juga yg tak tahu tentang ni.
Salam NuzulQuran.
Terima kasih info yg bagus...., ramai juga yg tak tahu tentang ni.
Salam NuzulQuran.
In Shaa Allah sama2lah kita yer
nice...