Tuesday 31 January 2012

Kenapa Aku..


Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta. "

(Surah al-Ankabut: 2-3)


Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: " Boleh jadi aku membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(Surah al-Baqarah: 216)


Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya; " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sessuai dengan kesanggupannya"

(Surah al-Baqarah; 286)


Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?


Firman Allah, maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan ), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan ), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan )"

(Surah Ali Imran: 200)

Firman Allah lagi, maksudnya: " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk "

(Surah al-Baqarah: 45)


Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?


Firman Allah, maksudnya: " Sesungguhnya Allah telah membeli dari oarng mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..."

(Surah al-Taubah: 111)

Friday 27 January 2012

Peringatan di sebalik 5 jari



Assalamualaikum diharap sahabat-sahabat sihat gamaknyer..INSYALLAH


Kat sini saya nak share pasal 5 jari kita


Jari kita???macam pelik je kan bunyi nyer?ada apa yer dengan 5 jari kita ni???


Jom terjah...


pak cik google



 Jari ibu  

Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga  boleh dijadikan sebagai pakar rujuk.  Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakt yang benar - agama Allah s.w.t

Jari telunjuk 

Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t. ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kite sepaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung.

Jari hantu 

Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini sekita 30-an ke atas kehidupan stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ' hantu-hantu' yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamah dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Disinilah keimanan banyak diuji untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.

Jari manis 

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Disebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita unutuk 'amal makruf nahi mungkar ' dengan sebenar-benarnya.

Jari kelingking 

Kecil dan kerdil. Lambang seoarng manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingtakan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, ' melentur buluh biarlah dari rebungnya '.




               

Thursday 26 January 2012

Bila bertemu sesama rakan...

pak cik google


      Memberi dan menjawab salam diantara sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang kecil, kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang Mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.

     Tapi zaman sekarang ini macam-macam jenis salam la plak..if orang Muslim guna " ASSALAMUALAIKUM " but bebudak remaja guna bahasa " YO!! YO!! WASSUP "....siap buat trademark tangan lagi...Masyallah...apo la nk jadi dengan an0k2 mudo nh

    Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainya ada enam perkara :


  1. Apabila engkau bertemu denganya ucapakanlah salam.
  2. Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.
  3. Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.
  4. Apabila iq bersin, lalu mengucapkan " Alhamdulillah ", maka hendaklah kamu sambut dengan " Yarhamukallah ".
  5. Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.
  6. Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.


Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: " Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu. " 

(Riwayat Muslim Abu Hurairah r.a )

Dari Abu yusuf Abdullah bin Salam r.a katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambung silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat tahajjud), nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera. "

(Riwayat al-Tirmizi: Hadis Hasan)

Wednesday 25 January 2012

Yang perlu kita tahu pasal wanita









‎1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda S.A.W.,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.W.T.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.W.T, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.W.T., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

Saturday 21 January 2012

Bermanfaaat


Ya Allah,

BUKAKANLAH JIWAKU KEPADA SESUATU YANG ELOK   

DAN BERMANFAAT


UMAR R.A berpesan :

Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.

Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

Sesiapa yang memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu.

Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.

Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.

Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati.

Friday 20 January 2012

Queenpink lucky draw contest FB


Assalamualaikum reader in second...

Akk manis nh d wt lucky draw sempena Queenpink

korang join le senang je jalan pintas nyer

Just klik AKAK ROSZALIZA

untung badan ley dapat lucky draw

Jom tambah geng blogger


Assalamualaikum all readers!!!

Jom join geng blogger anjuran news blogger

kite pun kureng kaki follow nh pe kata kite support kpd news blogger

semoge ukwah kite semua sampai jannah aminnn....

jangan pikir panjang ag berkawan biar 1000

jom klik sini

Monday 9 January 2012

Anak aset ke syurga atau neraka 2- Ustaz Don Danial

marilah bersama kita menghayati

kite yg belum mengerti apa-apa perlu mengetahuinya sekarang demi masa depan kite

Ambil la masa untuk mendengar, menghayati, mendalami, menginsafi demi masa depan kite

Masyallah...Subahanallah...Allahuakbar..

kongsikanlah bersama sahabat-sahabat kita yg laen

kredit tok sahabat ana..Atieqa Hamzah



Friday 6 January 2012

Erti Bahagia

save as from iluvislam



Saat ini...
Air mataku gugur berlinangan...
dalam sendu  yang kusam...
saya menggarap puisi bahagia...
dalam tangis ini...

Dalam hangatnya air mata ini
ku sedar ada rahmat- Mu...
saya utus kerinduan pada- Mu
dalam genggaman hatiku ini
saya utus cintaku yang satu...
cinta teragung untukku pada- Mu,
Oh Tuhan...

Dalam sebak yang tak tertahan ini...
ku cari bahagia itu...
bahagia `tika bertemu- Mu...
bahagia `tika mengecap rasa cinta....,
bahagia `tika rindu bersulam rahmat- Mu...
dengan rasa kehambaanku...
sambutlah huluran tanganku ini...
agar air mata ini menjadi permata

Dalam tangis ini...
rupa-rupanya ada bahagia
dan dalam tawaku saban waktu...
terselindung di sebaliknya derita...

saya tega...menghadapi...
saya redha...mengharungi
moga kerinduanku...
terbalas...

moga cintaku...diterima...
biarpun huluran cintaku ini...
tidak seagung cinta- Mu

Thursday 5 January 2012

Islam Adalah Cara Hidup

amik dari pak cik Google



Jika kita marah- TOPUP wuduk unutk menyejukkan jiwa

Jika kita bungung- KLIK doa agar tenang hati

Jika kita dipuji- RELOAD syukur supaya tidak alpa

Jika kita gagal- DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat

Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar sentiasa sedar

Jika kita berdosa- UNDO perangai itu dan bersolat taubat

Jika kita berdendam- DELETE buruk sangka supaya bersih hati

Jika kita berbihing- BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan

Jika kita buat maksiat- REGISTER SOFTWARE sikap baru dab bertaubat nasuha

Teks from Teacher Ruby

Kisah Ainul Mardhiah



Assalamualaikum sahabat..

Dah lama saya mencari kisah Ainul Mardhiah

Hati ingin mengetahui siapakah serikandi islam ini???

Mari ikuti kisah serikandi ini

Klik Kisah Ainul Mardhiah

Wednesday 4 January 2012

Mengapa???

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang,
dia dikatakan punya bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati islam,
dia dikatakan tak berguna ?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh,
agamanya tidak dikaitkan..
...tetapi baru sahaja seorang Muslim didakwa melakukan jenayah,
nama Islam turut diadili !

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup,
dia amat disanjungi..
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas ?


cilok dari pak cik Google


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya ,
keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan,
orang kata ia adalah kerana agama Islamnya !

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim? Ish...Ish..
Na`uzubillahiminzalik...

Camne boleh jadi camnie...dunia..dunia..
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaanya..
...tetapi bile seseorang Muslim berbuat demekian,
dia dianggap ekstrim dan pengganas...?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputu keseluruhan tubuhnya kerana memeperhambakan diri kepada Tuhannya..
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu,
dia ditekan ?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapibila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata,
" dia mesti dibebaskan! "

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaanya
kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab,
dia tidak boleh ke universiti ?...

MENGAPA????
Fikir-fikirkanlah...
Semoga kita semua beroleh kekuatan untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM semula..

AMINNNN....
Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang di dalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.

renungkn dan selamat beramal

Ada satu kisah tentang seseorang :

Pada ari jumaat yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ Ù…ُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

Selepas itu dia berkata, "لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ".

Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ ÙˆَبِØ­َÙ…ْدِÙ‡ِ, سُبْØ­َانَ اللهِ الْعَظِÙŠْÙ…ِ".

Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

Orang itu adalah KAMU . :)

Tuesday 3 January 2012

Liga ilmu zizan dan Ustaz Azhar Idrus

 sedikit ilmu daripa Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak pada malam 'count-up' (31/12/11,sabtu)..

1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh...

*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan silap..silalah tegur...kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri...sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©