Wednesday 30 April 2014

90% Preparation Yang Hampir Siap

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je akan berlangsungnya kenduri dkat rumah BK. Al maklum la setelah sekian lama umah kat kampung tu tak pernah diadakan kenduri lagi. Bila start kenduri ni, jadik eksited terlebih dos la. Barang-barang semua dah siap. Preparation pun dah hampir 90% siap, tinggal touch up last time kenduri tu je. BK bahagian goodies, kebetulan abg & SIL BK ada letak nama dalam kenduri tu so kami bershare goodies la. Nervous pula rasanya kenduri kali ni. Ramai orang kata dah macam kenduri kawin. Esok barang-barang yang ada kat tangan BK akan diambil oleh SIL BK untuk dyorang bawak balik ke kampung. Tadi pun dah double check mana barang yang tak siap, touch up sikit-sikit. Kira semua kuantiti cukup ke tak. Kad jemputan pun dah selamat diedarkan. Nebes sangat-sangat padahal kenduri orang lain, kita pula yang eksited.

Checklist

Goodies Done! Selamat hanto ke kampung separuh by SIL BK


Table Centerpieces Done! D.I.Y sendirik sebab puas hati.


Arrow Done! untuk petunjuk bagi jemputan. Ini pun D.I.Y sendirik.


Bunting Done! Dari Fizgraphic BK oder. Puas hati & cantik. Dah selamat sampai kg.


Cheese Tart Done! Tapi tak ada gambar sebab kawan BK tak siap packing lagi.

Nampak tak eksitednya BK? Hehehe... setahun sekali nak happy =)








Santai : Roti Sarang Lebah With Butterscotch

Assalamualaikum


Terima kasih pada Kak Ina sebab sudi jadi sifu chef terjun BK. Dua kali failed sampai doh kena buang, kali yang ketiga & empat alhamdulillah jadik. Semua atas tips yang Kak Ina bagi. Serius, baru tahu susahnya orang dulu-dulu menguli doh semata-mata ingin mendapat kesempurnaan. Terima kasih dengan izinNYA sebab pinjam kudrat BK yang 4 kerat ni. Nak tahu resepi meh g SINI

Tuesday 29 April 2014

Bekerja Lebih Masa Demi Anak-Anak

Assalamualaikum

Sobahul khair semua. Allah maaf la BK tak dapat nak BW sepanjg 3hri lepas disebabkan kena kerja lebih masa demi masa depan anak-anak ( anak2?????) hahaha.... dah kawin ke BK? Tettt..... masuk kerja pagi balik nun 11malam. Untuk hari ni tak pasti lagi. Takut ada staf yang mc plak. Biasalah bila dah nak cuti tanggal 1mei ni semua orang berpusu-pusu mc sampai 2hari. Letihnya badan sampai dah jammed. Tapi pape pun ada hikmah tersembunyi. Sebab nya bila kerja lebih masa, alhmadulillah rezeki duit pun masuk. Lepas ni BK pula cuti 4hari untuk kenduri dekat umah BK. Puas rasanya.. hahaha.. Demi mu anak-anak tekak ku.


#insya allah petang ni BK BW ok

Friday 25 April 2014

Santai : Esok Tanah Di Atas Kita

Assalamualaikum



# Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa beramal.

Thursday 24 April 2014

Be Carefully When Hold @ Carry Your Child Hand

Assalamualaikum

Ibu-ibu mesti suka pegang tangan anak kecil kita macam ni kan? So lepas ni hati-hati tau. Jangan anggap benda macam ni remeh. Tak pasal-pasal jadi pape, kita menyesal kemudian hari pula. BK pun selalu gak pegang tangan anak buah dulu macam ni. Tapi tak sangka pula jadi macam ni kalau kita tak hati-hati. So be precaution lepas ni ek sayang-sayang  ^_^. 


Be carefull

Cara Penyediaan Susu Ibu Yang Telah Dibekukan Sebelum Diberi Pada Bayi

Assalamualaikum

Ramai sekarang ibu, mama, umi, emak yang bekerjaya tapi tak lupa pada tanggungjawab dekat khalifah yang tersayang. Penyediaan susu ibu yang sihat dapat menambahkan sistem imunisasi kanak-kanak. Disamping itu, dapat memberi anak makanan yang sihat pada mereka. BK saje share rules tentang penyedian susu yang dibekukan then nak bagi dekat baby. Yela, kut2 lepas ni BK kawin nak pula prepare susu untuk anak simpan dalam freezer. Bila nak guna amik je. Padahal ada step2 yang disarankan. Jom checkdout!




Wednesday 23 April 2014

Aku Blogger dan Hasrul Hassan

Assalamualaikum


Gambar BK diatas mungkin 'kosong' langsung tak ada kena mengena dengan Bro HH. Peduli apa BK. Ada BK kisah, janji ikut syarat HH bagi. Kenapa letak gambar ni? Gambar ini bagi inspirasi dekat BK jangan sesekali kita menghina orang yang kerja sebagai pengutip sampah ini, kerana selagi kerja dia mulia selagi itu setiap perbuatan nya akan dikira oleh NYA. Insya ALLAH... Bila kita berada diatas, jangan lupa sesekali menoleh kebawah ke masa lalu kerana kita berada diatas disebabkan masa lalu kita. 3hari 3malam pula tak habis ceramah ni. Kang HH bosan pula baca entri aku yang lemau ni. Biasalah BK budak yang main tulis suka-suka je, langsung tak ada motif atau inesatif nak jadikan ranking alexa top. 

Start bila BK kenal HH? Start yang Bro HH merepek pasal SEO dia lah. Ntah pape la Bro ni. SEO bagai la.. macam la penting sangat. Apa ntah SEO tu. BK ingat alien apa ntah. Bajet macam shortform korea je. Last2 BK follow blog dia n frenz dalam fb baru tahu motif nya. Bajet kot sebab HH ni pakar SEO kot. Tak percaya? Serach la kat goggle bulat-bulat nama HH dengan SEO. Confirm nama dia je yang keluar. Master Of SEO ---------> Hasrul Hassan. Kome ada? Tak ada kan? Cara penulisan dia, perghh... anak dara semua cair, tersusun rapi je. Nak jugak tengok muka nya kot-kot ensem ke. Perghh!! Lari semua anak dara bila tengok muka dia. Tapi macam BK cakap kat atas tadi, biar muka tak ensem tapi ensem dimata NYA. Eceh-eceh.. syiok betoi HH kalau dgr orang puji macam ni. 

Pakar SEO HH... KLIK NAK JOIN

#sorry bro HH, BK melawak kat atas smua ni. Harap maaflah ek newbie macam saya ni.




Game Show Dengan Running Man

Assalamualaikum



Gosok mata banyak kali macam tak percaya, bila BK cerita ni sila la percaya. Sedangkan BK sendiri pun tak percaya sampai sekarang dok senyum sedirik-sendirik. Memang tak percaya yang BK dioffer dalam game show Running Man. Serius kot, tapi yang sempat BK main dalam RM ni part makan-makan. Nak tahu BK partner dengan siapa? Of coz la Kang Gary hahahaha... hottest monday couples! BK lagi tak percaya sebab bergame show dengan dia. Adoi time tu dah tak malu dok lawan makan-makan. Tak sempat nak habiskan game..... Krekk.!! Krekk..!! Krekk..!! Pintu bilik dibuka. Ceh ! Kawan BK masuk bilik nak tumpang mandi. Kacau la ..... tak sempat habiskan game show dengan Gary! Ini semua poyo sekadar mimpi. Ini kes malam tadi la, dok sedap asyik sangat menunggu new episod RM 194 last-last tak keluar sampai pagi tadi. Sekali lepas subuh termimpi-mimpi. Hahaha.. pape pun sampai sekarang menjadi salah satu kenangan indah gak la hahahaha.. 

Nak tengok episod-episod lepas Running Man---> KSHOWONLINE

Tuesday 22 April 2014

Destinasi : Intro Gua Tempurung Gopeng

Assalamualaikum

Siapa pernah pergi Gua Tempurung Gopeng? Dekat mana?? Of cz la Gopeng Perak. BK kan anak perak. Dok belek-belek gambar dalam notebook, terjumpa gambar dekat Gua Tempurung beberapa tahun lepas. Saja la nak hupdate dari tak hupdate pape kan? Siapa pernah pergi Gua Tempurung? Boleh share pengalaman tak? BK pun first time pergi. Eksited kot sebab aktiviti nya mencabar. BK amik pakej TOW ( Top Of World) tour selama 2jam. Serius best sangat-sangat sebab ayah BK mampu habis kan tour sampai puncak. Ingat hari tu nak amik pakej yang ketiga 3jam kebetulan air time tu paras tinggi, so atas faktor keselamatan kami pun tak amik. Siapa pernah pergi jom share dekat BK boleh?


Bukti dah pergi

Monday 21 April 2014

Getah Belacan Bersepah-sepah

Assalamualaikum

Sumber : Google

What we call this object?? Hahaha.. kalau BK panggil getah belacan. Kenapa getah belacan? BK sendiri pun tak tahu sebabnya. Ini kes emak BK ajar mula-mula dulu. Siap mak bagitau.

 " Rui.. acu amik jap getah belacan dekat kepala sinki tu "
" ... jumpe ke idak getah nya .. "

Inilah emak daku punya ayat start mengajar mengenal getah belacan. So sampai sekarang BK pun still panggil getah belacan. Masalah yang sering BK hadapi di klinik bila stok ubat sampai. Berikat-ikat la dyorang letak ( supplier). Memang nampak kemas bila ikat ubat-ubatan tu. Tapi bila nk guna ubat, confirm kena bukak ikatan getah kan. Dah bukak nak campak mana getah tu? Nak buang sayang sebab kita tak tahu kegunaan akan datang. Dah macam-macam BK dengan kawan-kawan gali lubang idea nak letak tempat yang sesuai. Letak dalam kotak nampak macam memenuhkan space ktorang. Makin lama makin banyak pula getah belacan ni. So ada penyelesaian tak nak bantu BK?

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Sunday 20 April 2014

Giveaway April by Syira Lokman

Assalamualaikum

KLIK BANNER

#jomsupportsuperblogger

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan

Assalamualaikum


KLIK BANNER

BK tag : Mama Amir

Simple Review Segment#

Assalamualaikum

KLIK BANNER UNTUK JOIN

#jomsupportsuperblogger

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

1st Mini GA by NaNie DeaN

Assalamualaikum


KLIK BANNER UNTUK JOIN

#Jomsupportsuperblogger

Saturday 19 April 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Assalamualaikum

KLIK BANNER

GA Cuci Lemari By Mamamursyid. Blogspot. Com

Assalamualaikum


KLIK BANNER

1) DONE follow manual.

2) i) Siapa nama anak saya ?
       Nama anak mama ialah Ahmad Mursyid Bin Ahmad Kushairy
    ii) Apakah pekerjaan saya ?
       Pekerjaan mama ialah seorang guru dan surirumah tangga.

3) DONE jawab soalan. 



TQ Kak Maria sebab share dalam fb. BK berkenaan betoi dgn blog Mamamursyid comey! Mamamusryid nak cakap.. banner tu betul ke tarikhnya? Closing date 16 mei kan? Kat banner start 1mei- 30mei 2014 pula. Ate ape rguphe nyer.. ^_^


Friday 18 April 2014

Menolak Rezeki .... Daku Terpaksa =(

Assalamualaiku

Memang rezeki itu untuk kita, tapi tanpa kita sedar dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki untuk orang lain.

* Gambar hiasan si gemok


# maaf kawan, terpaksa aku menolak rezeki itu sebabnya aku merasakan diriku masih tak mampu

Thursday 17 April 2014

Santai : Kenapa Perlu Beri Salam Sebelum Masuk Ke Dalam Rumah

Assalamualaikum

" Kenapa perlu beri salam sebelum masuk rumah? Dengar-dengar, kalau tak bagi salam nanti ada jin masuk rumah. Jin nama apa ek? Alaa.. kita pasang ngaji lari la jin tu. Tak payah bagi salam pun tak pe.." Hamboi sodap mulut ek cakap macam tu. Kenapa perlu bagi salam? Jom baca santai bawah ni. So lepas baca, wajib kena buat dan praktikkan.


Wednesday 16 April 2014

Kenali Logo Halal Yang Sah & Tidak

Assalamualaikum



Sumber : Fb JAKIM

Tuesday 15 April 2014

Terlepas Solat Subuh? Apa perlu buat?

Assalamualaikum

Tadi dok belek-belek fb terjumpa status ni. Meme BK tahu pun sebelum ni, andai kita terlepas solat subuh dalam keadaan sedar atau tidak, apa yang perlu kita buat? Qada solat? Atau tinggalkan je? Meh jom baca apa yang perlu kita buat dan kita dalam keadaan yang mana.



Monday 14 April 2014

Santai : Mana badak?

Assalamualaikum




Siapa brilliant? Acu try, dimanakah badak? Dan kenapa badak tak ada dalam cucur badak? 

Air Terjun Buatan Sogo

Assalamualaikum

Ini semua salah Kak Mia !!! Siapa suruh buat entry pasal benda tu. Kan BK dah guling-guling ajak kawan pergi tengok apa yang ada dekat Sogo tu. Gara-gara entry Kak Mia pasal lepak dekat air terjun Sogo tu dah membuatkan BK jatuh tangga. Gigih lepas balik kerja sabtu baru-baru ni, BK ajak akak-akak rumah BK pergi Sogo nak tengok sangat air terjun buatan manusia tu. Tengok gambar Kak Mia macam best je. Kebetulan BK pergi naik kereta la sebab akak roomate BK kerja KWSP HQ tepi Sogo tu je. So naik kereta je la. Betul la Kak Mia kata, memang cantik. Subhanallah... ( ate biasa lah batak sikit). BK boleh tak perasan 2tahun lepas pergi makan dekat foodcourt atas ni ada air terjun. So terpaksa la batak amik gambar. Lupa, seperti yang dimaklum oleh Kak Mia air terjun ni berada di tingkat 6 bahagian foodcourt. So, mata tu kena melilau sikit carik tau. Jom tengok gambar.







Naik atas semata-mata nak ambil gambar air terjun. Then turun balik, pergi jjcm dekat Jalan Tar. Walau hujan, tetap redah jugak.

Saturday 12 April 2014

Nak Kena Babab La EMOK ni !!!

Assalamualaikum

Hamboi-hamboi.. kenyang dah makan anak-anak ayam dalam reban tu? Hamek kaw!! Sape suh makan makanan orang tanpa izin. Kan dah kena habuan dengan ayah & adik. Tulah siapa suh buat perangai macam tu, nak babab dah besar. So terima lah pengajaran nya Cik Sawa.



#Subuh pagi tadi punya cerita, dicerita oleh adik BK kat kg.

Thursday 10 April 2014

3 Waktu Yang Dilarang Mandi

Assalamualaikum

Tahukah ada 3 waktu yang dilarang mandi? BK tahu satu je, iaitu jangan mandi lepas makan nanti gemuk. BK ingat benda ni boleh diambil ringan je. Jom baca 3 waktu yang dimaksudkan nya itu. 


30 Minit Selepas Solat Asar
Adalah waktu dimana darah didalam diri ketika itu sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

Setelah Manghrib
Jantung kita selepas maghrib mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru basah.

Setelah Isya` Sehingga Pukul 12 Malam
Setelah solat isya, ini saatnya jantungkita berhenti dan melakukan istirehat. Jika kita mandi ketika ini, akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam antara pukul 2-3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang lemah telah di cas semula. 

GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum



KLIK BANNER

Wednesday 9 April 2014

Fenomena Wak Doyok

Assalamualaikum

Coollll.... mabeles & rare la. Wak Doyok nama yang tak asing lagi bagi industri masa kini. Sampai mak BK pun kenal siapa Wak Doyok. Gara-gara adik BK la yang membela misai seiras Wak doyok. Tergaru-garu gak kepala ni dok memikir siapa Wak Doyok tu. Artis indon ke sebab mak pun kenal. Setiap kali bergurau, mesti adik akan lentik kan misai yang dia bela dan cakap " Wak Doyok datang ni ". Heyyy... geram nya aku. Siapa Wak Doyok ni sampai mempengaruhi adik & mak BK? Nama pun macam orang tua, ensem sangat ke? Market tinggi sangat ke? 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I`LL SHOW U...... WAK DOYOK!!!!


Owh!! Ni la Wak Doyok

Wak Doyok dengan fenomena misai lenting dan kaki seluar cikang singkat. Haircut ala British yang latest. Skema dengan spec old skol erkkkk.... ???? No komen la.. by d way BK sarankan ada benda yang boleh kita tiru dan aplikasikan dalam diri kita, tapi ada benda disebaliknya. Renung-renungkan & selamat beramal ( Prof Izzi- kes mencabul student ).

Monday 7 April 2014

Langkah Mengatasi Masalah Mulut Berbau

Assalamualaikum


Mulut berbau???errkk.... geli kot. Korang nak dekat ke kalau kawan-kawan kita mulut dia berbau waktu bercakap dengan kita? Tak sanggup tapi demi menjaga air mata dia, tahan je la. Apa punca mulut berbau ni? Salah satu nya tidak menggosok gigi la. Tapi ada fakta ni " orang yang banyak bercakap sering 'diserang' masalah ini kerana ia menyebabkan mulut mereka kering dan berbau ". Fakta ok kalau tak caya tanya Dr. Ezani Masterchef tu. Macam mana nak mengatasi masalah ini? Jom BK share Langkah Mengatasi Masalah Mulut Berbau.

  1. Menitikberatkan asas penjagaan gigi - iaitu menggosok gig seluruh bahagian gigi dalam tempoh 3minit, selain menggunakan pembersih lidah dan flos untuk membersihkan celahan gigi.
  2. Elakkan penggunaan cecair kumur yang mengandungi alkohol.
  3. Terus menggosok gigi selepas menikmati makanan atau minuman yang boleh menyebabkan mulut berbau seperti keju, susu, kopi, teh , bawang dan petai.
  4. Minum air kosong paling kurang 2 liter sehari.
  5. Mengunyah gula-gula getah.
  6. Memeriksa keadaan dalam mulut untuk mengenal pasti wujud masalah gusi, gigi dan mulut berbau.
  7. Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali atau mengikut saranan doktor bagi pemeriksaan.

So boleh la amal-amalkan ek. Tak susah pun kalau rajin hehehehe...



Sunday 6 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2)

Assalamualaikum

KLIK BANNER

Friday 4 April 2014

Soft Tissue Injury ( STI ) @ Gout ?

Assalamualaikum

Inilah kot punca nya bila berat berlebihan. Sekarang berat pun dah mencecah 74kg selepas stop minum SFD. Rabu lepas BK ' diserang ' sakit kaki yang teramat. Bila mengadu dekat kawan, dyorang tak percaya sebab dyorang ingat BK bergurau. Yela BK ni kadang-kadang jadi bahan gak kat dyorang. Tapi waktu itu, bengkak tak nampak lagi. Sakitnya macam lenguh, bila bangun pagi nak pijak lantai sakit teramat sampai menahan air mata. Semalam dah tak tahan sangat, bangun tengok kaki dah bengkak. BK dah tak pikir lain kecuali terseliuh je. 

BK keje shift petang, almaklum la BK ni CA ( Clinic Assistant ) so dah tahu la nak buat apa. Ambil bandage saiz 10cm balut la kaki BK. Doctor tanya kenapa. BK cerita la semua nya. 1st impression dia bagitau kena GOUT. Oh tidakk!!!!! Tapi BK buat Full Blood Counting result clear kecuali yang darah hemoglobin tu je. BK tak boleh terima sebab BK jarang dan tak makan seafood, kekacang dan sayur bayam. Macam mana boleh kena. Yang membuatkan BK gelisah malam sebelum tu BK makan steamboat & grill. Sudah... macam mana nak buat ni. BK suruh akk senior check kaki ( malu dengan doctor sebab dia laki). BK cakap sakit tu banyak dekat bahagian buku lali. Ala-ala macam fisoterapi la dyorang check BK ni. 

" Kaki Gajah " BK


SAH!!!! STI ( Soft Tissue Injury ) ni dan bukan lah gout. Kalau gout BK tahu keadaaan bengkak nya macam mana. Sebab patient BK majority dari minor nya gout. 2nd impression doctor kata kemungkinan BK kena sakit urat-urat sendi. Maghrib tu BK try urut-urut sendiri, keluar angin tak henti-henti. Sah!! Urut hari tu tak habis. Sebelum ni BK urut dekat kampung. Tukang urut tu dah bagitau angin banyak dalam badan. Huhuhu..sebab degil BK pon urut tak habis. Badan pun dah masuk angin. Sakitnya sampai sekarang.

#tahun lepas kaki sebelah kiri terseliuh sebab terjatuh stadium. tahun ni kaki kanan sebab overwieght kot.

Wednesday 2 April 2014

Amazing Benefits Of Mangoes

Assalamualaikum

Siapa dikalangan kita suka makan mango? Rugi siapa tak makan sebab kelebihan dia salah satu nya membantu mencegah kanser. Balik ni terus cepat-cepat beli mango kat pasar malam ok ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©