Friday, 26 July 2013

Nuzul Quran : Peristiwa Nuzul Quran


Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari dah 17 Ramadhan. Hanya ada berbaki beberapa jam sahaja nak habiskan ramadhan tahun ni. Insha Allah jika diberi peluang hingga akhirnya akan menghargai waktu-waktu tu. Disebalik 17 ramadhan ini ada peristiwa sejarah islam. Tahukah apa dia kawan-kawan? Iyer... hari Nuzul Quran!


sumber google



Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al- Qur`an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al- Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al- Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan " Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al- Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al- Quran.

Ayat al- Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.




3 comments

26 July 2013 at 11:02

nice sharing ! hmm ada typolah dekat ejaan 'Malaikat Jibril' :)

28 July 2013 at 11:41

Terlalu besar mukjizat al quran kan Iman. Alangkah bertuahnya kita kalau dapat menjadikan bacaan al quran sebagai amalan harian..biarpun hanya dengan sepatah ayat.

28 July 2013 at 21:04

Nice info..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©