Tuesday 15 January 2013

TINDAKAN SAAT KEMATIAN

Assalamualaikum


AHLI KELUARGA WAJIB TAHU !!! 
BACA & SHARE ....SAUDARA MUSLIM 

LANGKAH2 TERAWAL PERLU DILAKUKAN KETIKA AYAH/IBU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR (SAKARATUL MAUT)

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

semoga dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

1 : Pegawai Hospital perlu mengesahkan kematian seseorang itu dan Mengesahkan kematiannya sama ada di hospital / di rumah 
* Jenazah berumur 40 tahun tidak perlu di bawa ke hospital.

2 : Ambil surat pengesahan Kematian & buat laporan di balai berdekatan untuk Pengesahan Pengebumian Jenazah 

3 : Minta bantuan dengan pihak Qaryiah dalam menguruskan tempat pengebumian & proses menguruskan Jenazah untuk di mandi & di kafan menggunakan Set kelengkapan Jenazah AL Wafiyyah .

4. Pasti Tempat pengebumian telah tersedia ada .

5. Bawa Kad Pengenalan jenazah & Surat pengesahan pengebumian dan daftar kematian di jabatan pendaftaran negara untuk sijil Kematian .

++++++++++++++++
Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

+++++++++++++++
Perkara yang perlu menjaga Kehormatan JENAZAH : 

1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
2. Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
3. Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
4. Rapatkan mulutnya
5. Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
6. Luruskan kakinya.
7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
8. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
9. Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
10.Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
11. Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

12. Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

" KEMATIAN ADALAH BENAR , MAKA INFO YANG BENAR"


semoge arwah abg yusuf ditempatkan bersama org yang beriman~ Alfatihah



p/s: iman tetap nak share dgn semua orang kerana benda ni satu kepastian so kena prepare awl2

20 comments

15 January 2013 at 09:46

Thanks for sharing...

Ps: blog cik rose yg mekapkan, hee

15 January 2013 at 09:46

nice sharing :) terima kasih :D

15 January 2013 at 09:53

TERIMA KASIH,

MOGA IA BOLEH DIJADIKAN PANDUAN..:)

15 January 2013 at 09:57

good and nice sharing...thanks for sharing dear... ^_^

Anonymous
15 January 2013 at 10:13

THANKS FOR THE SHARING, INFO YG BERGUNA DISAAT KITA HADAPI KEMATIAN.

15 January 2013 at 10:31

Assalammualaikum iman,,mati itu pasti..sentiasa ingat mati supaya kita tidak terlalai dan jauh menyimpang daripada landasan agama Islam..nice sharing..

15 January 2013 at 11:05

Nice sharing..mostly ramai tak tau..bagus untuk panduan dimasa hadapan

15 January 2013 at 11:10

assalamualaikum BK....menarik info ini...:)

15 January 2013 at 12:04

thanks sharing this

15 January 2013 at 12:31

Mengurus jenazah sungguh amat perlu ilmu. Salah tingkah-laku kita yg hidup semua akan menanggungnya. Fardhu kifayah buat umat Islam.

15 January 2013 at 14:12

nice sharing...

comelnya header... ^_^

15 January 2013 at 14:49

Allahurabbi..sungguh bermanfaat.jazakillah.

15 January 2013 at 17:07

nice info.. thanks for sharing iman :)

15 January 2013 at 17:57

Berkongsi ilmu itu perlu sebab ada yg tidak tahu..

15 January 2013 at 20:28

pengurusan jenazah perlu diketahui semua orang..thnks for sharing..sedikit ilmu dapat..=)

15 January 2013 at 22:40

terima kasih iman kongsi info ni..

15 January 2013 at 22:40

terima kasih iman kongsi info ni..

16 January 2013 at 17:50

terima kasih iman. maklumat yg sgt berguna utk semuaa.. kt xtahu mati itu bila, yg pasti ia pasti berlaku.. bersdia.. '

*teringt arwh ayh.. hu

Anonymous
17 January 2013 at 00:22

good job... kdg2 ramai org lupe apa yg sepatutnya kite buat, xkan sume nak tunggu tok imam je kan.. ilmu yang bermanfaat, semoga kita menjadi muslim yg lebih baik amin.

21 January 2013 at 09:45

terima kasih iman. kerana berkongsi :D

Al-Fatihah.

ciksu tak sempat bersama arwah adik pada saat itu.hanya sempat tgk jenazah 10minit sebelum disembahyangkan.

Alhamdulillah dipermudahkan sebab arwah seorang tentera.semua urusan dibawah KAGAT dan keluarga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©