Tuesday, 29 January 2013

Indahnya bersahabat

Sungguh indah,Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Time zaman kat PUO

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan,harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa, kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Geng rider n drift PSA


Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

Sahabatku,Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam,Jangan memendam,Aku ingin kita tetap bersahabat selamanya :)





Pesanan Iman Al Ghazali tentang sahabat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang disenanginya "
[Riwayat Al- Tabrani]

14 comments

29 January 2013 at 21:32

Iman boleh view blog nani ke sbb boleh komen tu?nani tak boleh view blog sendiri..

29 January 2013 at 21:32

indah nya bersahabat kalau kerana ALLAH. ;) * jom join segmen hana pulak ;) bnyak hadiah taw ;) mana tahu anda yang bertuah ;)

29 January 2013 at 21:56

Assalammualaikum iman,, :) sahabat yang baik sentiasa membantu..sahabat yang cerdik sentiasa membimbing,,sahabat yang setia sentiasa disisi..tapi sgt sukar untuk mendapat sahabat yang sentiasa menyebut nama kita dalam setiap doa doanya..ini bukan sahabat tapi nikmat kurniaan Allah SWT..

29 January 2013 at 22:02

Iman....sok boleh...Mlm ni pki Hp susah....
Nape eh Iman....

29 January 2013 at 22:27

mmg beruntung kalau ada sahabat yg slalu mndoakn kite....

29 January 2013 at 23:03

persahabatan adalah sangat penting.. :')

30 January 2013 at 00:05

sahabat adalah sglanya..sobsob rindu dorg yg dh khwin..ahhaha

30 January 2013 at 00:13

owh bestnya zaman pcl polytec dulu...teringat :P

p/s Lokasi : Pantai Morib, Selangor.
Info : Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

30 January 2013 at 08:57

sahabat yg baik, adalah sahabat yg bole bsama dlm suka dan duka.. insyaallah!

30 January 2013 at 09:06

sahabat adalah segalanya..rindu kat mereka

30 January 2013 at 11:00

ukhuwah untuk selamanya..
hehe suka datang sini, template nyaman :D

30 January 2013 at 15:00

kenangan mengusik jiwa...ya teringan zaman belajar..banyak suka duka diharungi bersama rakan2 seperjuangan... :)

30 January 2013 at 18:30

Yupp.. kawan sejati sukar dicari, kenangan bersama x mungkin luput dr ingatan, tp yg ramai kwn 'plastik' yg menjafi kwn gembira jer,,,

7 February 2013 at 08:52

teringt kat kwn2 dlu2 skg da lain..xrapat cm dulu emm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©